Monday, June 13, 2011

Kisah Hantu Mahallah Khadijah


salam kepada semua.

uish. nampaknya ramai yang baca post pasal Mahallah Aisyah tu. tapi ingin aku ingatkan kepada semua, tu hanya pengalaman yang aku dengar dan aku sendiri alami saje ye. kepada mereka yang memahami maksud aku, bagus la. kalau tak faham, anggap je la tu suatu cerita yang aku ingin kongsi dengan korang.

ada beberapa orang kawan yang memberi cadangan untuk menulis pengalaman aku berkenaan satu lagi mahallah. so aku pun bersetuju la untuk kongsi pengalaman aku. ini pengalaman yang aku dengar dari orang okay. bukan aku nampak sendiri. bukan aku duduk mahallah tu pun kan. so ni hanyalah cerita yang aku dengar dari orang. yup. seperti tajuk di atas. Mahallah Khadijah.



seperti yang semua tahu, mahallah ni terletak di sebelah padang, sebelah mahallah Umar Al-Khattab, depan bangunan makmal, sebelah CELPAD. mahallah yang paling tinggi dengan ketinggian 9 tingkat. satu-satunya mahallah yang ada lif. eh? macam mana aku tahu? pernah la masuk kat lobby diorang tu. eh. aku hantar barang la bersama rakan-rakan. i bukan pervert la you all. pape pun kepada semua, terutamanya junior-junior yang rasa lemah semangat tu, dinasihatkan jangan baca sampai habes. takut nanti takleh tido pulak malam ni.

kalau korang nampak mahallah ni dari luar, mahallah ni takde la dull sangat. meriah jugak la. mungkin sebab mahallah yang paling ramai penghuni, so bangunan ni pada waktu malam agak terang benderang jugak la. dan mahallah ni takde terpencil macam mahallah Aisyah. so pada kebiasaannya korang akan rasa mahallah ni takde la masalah sangat kan. biasa-biasa je la. tapi tapi tahukah korang bahawa mahallah ini jugak tersimpan banyak rahsia.

tahukah anda bahawa mahallah Khadijah dulu sebenarnya merupakan sebuah bangunan hospital. hospital UM kalau tak silap. jangan pelik la kenapa tinggi sangat bangunan tu sampai 9 tingkat. jadi bila dengar hospital korang pun faham-faham la kan. mesti la ada bilik-bilik yang boleh menaikkan bulu tengkok korang. bilik ICU, bilik mayat, bilik pembedahan. tu aku tak tahu la. kemungkinan tetap ada. untuk korang yang menghuni mahallah tersebut tak tahu la kot pernah terjumpa pisau bedah kat bilik ampaian ke kan.



mahallah Khadijah pada waktu malam masa TAWE 2010. kan lawa tu?

aku dengar cerita daripada sorang kawan aku. lecturer dia pernah cerita dalam kelas. ada kisah pernah terjadi dekat KC. tapi kisah ni dah lama. lecturer tu cakap memang kisah betul. lecturer tu la yang kata ye. kisahnya begini. dulu pernah terjadi suatu kemalangan. ada sekumpulan budak perempuan sedang bersembang dalam bilik. alaa. sembang macam biasa je la.

tapi tiba-tiba ada seorang yang duduk berdekatan dengan tingkap entah macam mana boleh tergelincir dan terkeluar dari tingkap. dia jatuh dari tingkat 6 atau 7 macam tu la terus ke bumi. kemalangan tu mengakibatkan dia hilang bahagian bawah pusat selepas dibedah. ada jugak cerita yang mengatakan dia mati. tu la kisah yang diceritakan. persoalannya adakah dia jatuh macam tu je atau ditolak atau memang takdir dia? wallahualam.



jangan tenung lama-lama sangat gambar tu, dik oi.

ada satu lagi cerita yang aku dengar. ni memang ramai cerita.
cerita ni panjang sangat lah pulak. baca dalam kotak ni ye.


sem lepas la aku dengar sangat banyak kecurian yang berlaku kat mahallah Khadijah. puncanya semua orang tak tahu. mungkinkah memang ada pencuri kat KC? yang peliknya setiap minggu mesti ada kecurian. contohnya minggu ni kecurian banyak berlaku kat tingkat 5. minggu depan kecurian berlaku kat tingkat 8 pulak. macam tu la lebih kurang. semua orang memang pelik dan macam-macam cerita la yang keluar. ada toyol tiga beradik la, ada orang luar pukau masuk dalam KC la, ada persatuan pencuri dalam KC la. macam-macam. tapi mana satu yang betul?

lepas tu aku dengar cerita pulak. ni kira update version la. at last semua dah tahu siapa punya angkara, kisahnya macam ni. pada suatu malam ada sorang perempuan yang berjalan di salah satu tingkat kat KC. orang cakap perempuan tu memang selalu jalan berlainan tingkat. pada malam tu kelihatan perempuan tu sedang berjalan sambil membawa baldi lalu memasuki lif. kebetulan pada masa yang sama seorang lagi perempuan masuk jugak dalam lif tu. mengikut cerita perempuan tu adalah pelajar Darul Quran. lif mula bergerak. dalam lif dua orang perempuan tu macam biasa je la kan.

tiba-tiba pelajar DQ tu terbau sesuatu. sesuatu yang sangatlah busuk. so dia pun tercari-cari la apa yang busuk sangat dalam lif tu. tadi takde pun. dilihat perempuan sebelahnya, selamba je. macam tak bau pape la pulak. tiba-tiba tergerak hati dia untuk lihat ke dalam baldi yang dibawa perempuan tu. jadi dia pun mengangkat wajahnya untuk menjenguk ke dalam baldi tersebut. alangkah terkejutnya bila dia ternampak seekor toyol yang botak, berwarna hitam dan tidak berpakaian berada dalam baldi tu. dilihatnya kembali ke wajah perempuan yang memegang baldi tersebut. wajahnya tetap selamba. lutuk perempuan tu dah bergetar habis dah. peluh menitik. jantung berdegup kencang punya. bila lif terbuka. dia hanya mampu melihat perempuan tu keluar dengan tenang sambil membawa baldinya. yea. baldi yang terisi seekor toyol.

mengikut cerita, perempuan tu la yang membela toyol yang menyebabkan kecurian kat KC. dan sepatutnya semua orang tak boleh nampak toyol tersebut. entah macam mana terbukak hijab pelajar DQ tersebut dan boleh nampak makhluk tersebut.



ngaaaaaa ~



so agaknya memang wujud la kot makhluk tersebut di Mahallah Khadijah. aku pun tak tahu lah. korang yang berada di mahallah tu cuba check. mana la tahu jumpa kan. oh ya. masih ada satu lagi cerita yang aku dengar. teruskan membaca kalau nak tahu ye.

kepada penghuni mahallah Khadijah yang duduk di bilik yang menghadap ke bahagian belakang. terutamanya yang menghadap ke bangunan makmal dan bahagian luar CFS. sekali lagi ini bukannya cerita hantu makcik karipap yang datang berniaga pada waktu tengah malam. kisahnya begini. ada cerita yang mengatakan bahawa ada pelajar yang pernah nampak lembaga hitam di kawasan tersebut semasa dia tengah study untuk quiz keesokannya.

pada malam yang biasa dia hanya dengar bunyi tapak kaki yang berjalan di bawah tu. entah kenapa suatu malam dia terasa macam nak tengok je siapa la yang berjalan tengah-tengah malam kat kawasan tu kan. bila dia jenguk je ke luar tingkap, dia nampak sepasang mata berwarna merah sedang memerhatikannya dengan tajam dari kawasan luar CFS. lembaga tu hanya memerhatikan perempuan tu tanpa bergerak. tajam. macam laser yang boleh tembus kepala kalau tak elak. lepas kejadian tu, perempuan tu diserang trauma jugak la. tak tahu dia pegi ke tak quiz dia tu. tapi kes ni masih lagi misteri.



fuuh. panjang jugak cerita kali ni. so ini la cerita yang aku pernah dengar pasal mahallah Khadijah. aku tak cakap kisah ni betul. tapi ni berdasarkan apa yang orang cerita kat aku la. aku hanya nak kongsi dengan korang je. betul ke salah aku sendiri pun tak tahu. korang nak percaya ke tak, terpulang la kat korang. tapi yang penting mintak-mintak jangan la ada yang mintak pindah mahallah pulak ye.

jadi pengajaran yang kita dapat adalah banyakkan amal ibadat, banyakkan berdoa, jangan selalu tido lambat, jaga barang berharga anda baik-baik. kalau boleh jalan tu berteman la kan. lagi selamat. dan yang paling penting jangan la jenguk kat luar tingkap. bahaya oh. dah la tinggi tu. kalau nampak pape yang mencurigakan kat luar tu dan anda sedar bulu roma semua dah tegak, buat tak tahu je la. jadi pape nanti susah pulak kan.

lagi sekali, ni hanyalah cerita yang aku dengar. jangan cakap aku tipu ke apa. aku sendiri pun tak tahu betul ke tak. yang penting jangan saman aku. aku tak bersalaaaahh.



dan lagi sekali jugak;
jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri ~

yours truly,

22 comments:

Mr Zacky said...

akif! menarik!!!!! hahahaha, dh pandai takut takutkan org kn...

peep said...

x takot pon.. uwekkk.. :P

syrupmasin said...

hantuuu

Akif said...

eh. aku cerita aoa yg aku dgr je. haha

SyazwanSarawak said...

Abu Bakr' College gak terbaik >XD

roziana rahim said...

yg pasti bilik mayat bukan kt kc...tapi dlm uia pj gak la...haha~

fathin said...

btolk smua cter tu??rsenye x la....rekaan semata-mata je tuh...haha

Anonymous said...

yg cite antu kat KC yg dak jatuh bangunan 2 gmba antu die btol ke

Akif said...

takde la. tu gambar random je.

kara_underworld said...

haha..bes3..yg dlam lif tu hmpir2 wt akoo cuak gk~
tp apesal ending kes kcurian tu laen??org ckp pcuri tu laki..kna tngkap kt mahallah laki..wallahualam~

cik n.haliban said...

hadoi la encik akif.

nasib baik saja sy bace kisah2 encik akif ni lepas setahun sy keluar dari CFS tu. huwah...

nasib baik je masa sy duduk KC tu, x timbul kisah2 pelik gini. alhamdulillah3x. selamat sy.

nurhafizin amin said...

haha. meremang jugak bulu roma ni. tapi best doh baca crita2 hntu ni. byk jugak crita hntu dlm blog ni ye. :D

«Mira» said...

menakutkan..

Anonymous said...

law bce je seram jgk..tp da nengok gmba2 mngarut tuh,,mak aii..meremang kot!

Anonymous said...

law bce je seram jgk..tp da nengok gmba2 mngarut tuh,,mak aii..meremang kot!

Anonymous said...

april 2012. kc n ac diserang orang minyak. nasib baik tkde pape berlaku.

Azza Azman said...

YG TERJATUH TU kalau yang 2007 punya, azza ada time tu. dari tingkat 9 sebenarnya, dia panjat ke rooftop nak amik gambor. so tangga tu renggah macam ada ruang kat tengah, so dia jatuh antara tengah tu.

Black Pearl said...

yg jatuh dari KC tu, ada lecturer cerita. ada sorang ni(x igt lelaki/prmpuan) duduk kat rooftop sebab nk tenangkan fikiran. sekali tergelincir. alhamdulillah hidup lg dia, tp paralyze. sbb tu sekarang ni tangga utk ke rooftop tu berkunci.

KC tu dulu bukan hospital. dia mmg asal2 hostel. ada orang cakap lah. yg cerita hospital tu saje je nk takut2kan

Anonymous said...

Rajin plak aq ni skodeng cite cfs ToT dh la penghuni KC

♥dalila ramli♥ said...

Salam... sy penghuni KC batch 2006... cerita student jatuh dr rooftop KC tu mmg betul. tp detailnye tak jelas la..

rindu pulak CFS... Years passed by. =)

mase stay KC tu, room-mates semua jenis suke balik weekends. sy pulak jenis stay in je, xkua kemana, xbalik.. duk wing blkg, yg menghadap bgnn kuning tu, ape tah name die... tp duk lvl 1 je pon.. cuma, blkg tu mmg gelap sikit sbb ade belukar/semak.. blkg tu ade stor ARC, dulu la. skrg tak tau ade x lg..
mlm tu hujan lebat gile. tido awal hr tu.. xtau la nape mase tu berani sgt tido sorang, lampu tutup... huhu.

hr tu, mcm biase, sume rumet takde... mlm tu hujan. hr tu, tido awal... sy bunk atas.. tp since rumet yg duk bunk bawah balik umah, sy tido kat bawah la kan. mls nk memanjat. nk dijadikan citer, tgh mlm tu hujan lebat gile...so, terbangun la... terbangun sbb ade dgr tombol pintu mcm org duk pulas2 bnyk kali, mcm nak masuk, tp tak lepas. igt ade member dtg nk menyempit... bangkit la nk gi bukak. xsmpai lg tgn nk sentuh tombol pintu tu, tetibe tombol tu berhenti dipulas2... "er....ok.." pastu immediately, bunyi loceng kecemasan dari bgnn kuning tu... sy pon gi la jenguk ikut tingkap, bgnn tu gelap je, xde lmpu pasang pon.. mase tu, mmg xde rase nk takut pon... tah. haha. patah balik la nk gi bukak pintu, buka2, jenguk kat luar, kat koridor tu xde org pon.... "hm..." sape la pulak kan... so, cerita tu tersimpan la, xbuka2..

satu hari, rumet bilik, die ex-muhammadi (p)... die citer, satu mlm tu, die terjaga... die kua la gi toilet. lalu la bilik member die sorang ni... name member die tu 'manal'... rumet sy tu tgk pintu bilik terbukak, tp lampu tutup. tp nmpk la member die manal tu tgh hadap laptop.. die tegur la, tp, manal xpusing pon pndg die.. die pelik la.. ok, xpe la. pas gi toilet, die blk bilik cam biase.. esoknye, die tny manal, mu dh knp aku tegur, xpndg pon? manal pelik la. ape pulak, mlm td die tido bilik kwn kot.. bilik die tu xde org pon, sume balik..

bile rumet citer gitu, baru la terasa seramnye duk situ.. mcm2 kes la jd kat KC... ade kes budak toreh wrist dgn pisau sbb putus cinta la, jatuh dr rooftop... huiii... mcm2 hal. =,=

Anonymous said...

Salam semua.
2015. Tahun ni adik saya di Mahallah Aisyah. Ya Allah. Minggu pertama or kedua ntah la..rakan dia meninggal di tingkat 1. Meninggal dalam tido. Postmortem result.. tekanan darah tinggi. Tengah tido tuu..Pelik.

Adik saya berenam dalam bilik. Katil tingkat atas. Memang azab la. Antara gangguan dia kena..

1. Sesak nafas macam kena selubung, sampai muntah
2. Selimut ditarik
3. Tangan bergerak sendiri
4. Bunyi mengilai dan ketawa perempuan di depan bilik
5. Bunyi buku terselak2.
6. Bunyi berdesah sebelah muka.


Demam2 adik saya. Memang sedang tunggu result permohonan stay kat luar. Dah tak tahan dah dia. Nak study pun kena kacau.

Tombol pintu kena pulas, itu biasa..
Bunyi orang berjalan dan berenti depan bilik..itu biasa.

Dah tak tahan dah dia. Rakan2 pun kena jugak.

Seram sangat lah Mahallahh tu.

Anonymous said...

Pernah stay KC jugak dulu.KC ni bekas hosp. Tapi dah lama kan jadi hostel.tapi yg peliknya, kadang2 akan ada bau hospital(bau ubat2 hosp) yang sangat kuat. Pelik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars