Saturday, June 11, 2011

KaraK : Laluan Puaka



salam kepada semua.

semua masih dalam mood seram-seram gitu? okay. bagus.
mari kita teruskan dengan satu lagi cerita hantu. tapi ni bukan CFS punya.
ini semestinya terbaek dari ladang.



yes. KaraK. sebuah lagi filem terbitan KRU Studios. biasanya kalau keluar movie daripada KRU ni mesti catchy kan. ada je kelainan yang diorang bawak. so jom kita review sikit movie ni. kepada korang yang belum tengok, sorry la ye. ter-spoil sikit. kalau tak nak spoil, jangan baca sampai habis ye. hehe.

firstly, siapa tak pernah dengar Karak? Karak tak tahu? highway yang sangat famous tu. famous kerana apa? haa. tu yang best tu. bukan famous kerana highway tersebut dibina dengan baek punya oleh JKR. bukan juga popular kerana highway tersebut ada banyak R&R. Karak Highway ni kira dah jadi malaysia urban legend jugak la. so kalau orang malaysia yang tak pernah dengar pape pasal Karak, memang orang tu tak pernah dengar la kan. nak buat camne.

oleh kerana legend-nya highway ni, KRU sampai keluar satu movie special menceritakan serba sedikit tentang highway ni. aku yakin korang semua pernah dengar macam-macam cerita tentang Karak highway ni. macam-macam versi ada kan. dan ini salah satu cerita yang popular kat highway Karak ni.


Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

kalau nak baca cerita versi lain kat sini




Volkswagen kuning. memang famous habis la kat sini kan.
amaran. jangan tengok gambar ni lama-lama. takut nanti tak pasal-pasal
ada yang terjerit depan laptop. aku tak tanggung aaa.

tapi yang aku nak ceritakan kat sini bukan lah pasal Karak highway sangat pun atau kereta buruk yang suka ganggu orang kat highway waktu malam ni. aku nak tekankan sesuatu.

kalau korang tengok movie ni, akan jumpa beberapa part tu. bagaimana hantu memang tak takut langsung bila korang baca ayat Quran ketika berhadapan dengan diorang. ewah. macam nak lawan hantu pulak kan. orang kata kalau nak lindung diri biasanya baca ayat Kursi kan? tapi bila terserempak dengan hantu ni, kita baca la ayat Kursi tapi pelik. kenapa tak effect langsung pun makhluk tersebut? situasi ni ada je dalam movie-movie hantu yang lain seperti Santau dan Mantra.

kenapa eh? hantu tak takut ke dengar ayat-ayat Allah? memang tak takut langsung ke sampai boleh turut ikut baca sama? asal tak terbakar pulak? pelik yang teramat pelik kan?

sebenarnya semua tu bergantung kepada seseorang tu. bagaimana kuatnya iman dia. tinggi mana keyakinan dia kepada Allah. ye la. nak mintak tolong kat Allah tapi tak percaya kat Dia macam mana Dia nak tolong kan? lagi satu, kalau orang tu tak buat apa yang Allah suruh, susah sikit la Allah nak tolong sebab ada halangan di situ walaupun kasih sayang Allah Maha Tinggi.

jadi kalau orang tu betul-betul yakin dengan kuasa Allah; buat apa yang Dia suruh dan tinggal apa yang Dia larang, insyaAllah Allah akan tolong. hantu pun mesti lari pecut punya la bila dengar ayat Quran. tak berani la nak ganggu korang dengan perlindungan Allah. jangan risau ye.

anyway, korang tahu tak maksud ayat Kursi. takkan pakai baca je bila menghadapi kesusahan tapi tak tahu maksud kan. tak best la macam tu. takpe takpe. jom kita study balik ayat 255, Surah Al-Baqarah ni.

aku berlindung daripada Allah dari syaitan yang direjam


Ayat kursi.png



Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia.

Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya
mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan)
di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada
Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya),
lagi Maha Besar (kekuasaanNya).


benarlah kata-kata yang Allah yang Maha Agung

alhamdulillah. kita dah faham maksud ayat Kursi kan. so lepas ni selalu la amalkan ye. mintak perlindungan daripada Allah sentiasa. bukan hanya waktu susah je. bak kata bomoh Siam hantu Mak Limah tu yang dah di-modified; "kalau kita ingat kat Dia, Dia pun ingat kat kita. sebab tu Dia datang tolong kita." tak gitu? :D

so aku memang salute KRU sebab buat movie ni. kira teguran untuk semua la. sama-sama ambik pengajaran daripada movie ni. at least takde la buat horror movie just sebab nak takutkan para penonton dan merembat koleksi panggung sampai berjuta-juta sahaja. kira ada la pengajaran kepada semua. takde just cerita hantu yang mengarut. mengarut ke? entah. better kita cakap misteri la kan. kita tak tahu cerita tu betul ke tak. tapi dia tulis 'berdasarkan pengalaman daripada mata saksi'. so misteri la tu. so tahniah KRU!



eh tiba-tiba pulak. takde la. aku memang suka Volkswagen pun.
cuma belum mampu sambar satu la. doakan aku ye. :D

"hagek! baca; faham maksudnya; dan yakin dengannya"

yours truly,


6 comments:

syafiqah syahirah said...

nice nice :)

Akif said...

haha. thanks. :D

Mr Zacky said...

menarik. review yg sgt2 positif!!!!!!!!!!!!! xsgka hg tgk cerita ni kn, hehe...

Akif said...

uish. ak smua cerita ak tgk. haha.

Al-Jannah Said Malhotra said...

nice sgt~ heheheee... suka usha sini...

Akif said...

thanks jannah ~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars