Wednesday, June 8, 2011

Jujur


salam semua

lama tak update? agak la. busy ke? macam tak pun.
tapi takpe la. malam ni tiba-tiba aku rasa rajin.
oleh kerana kerajinan aku itu, aku nak cerita satu kisah.
dengar dengarkan lah ye.

***

seorang lelaki yang normal kelihatan baru sahaja keluar dari kedai yang dia masuk tadi. dia terus ke keretanya yang diparking berdekatan kedai tersebut. dia masuk ke kereta dan enjin dihidupkan. dengan lafaz bismillah dia menukar gear kepada reverse untuk keluar dari parking. sebahagian kereta sudah keluar dari tempat parking. tiba-tiba ada beberapa buah kereta yang mahu menggunakan jalan tersebut. lelaki yang ingin keluar dari parking itu cepat-cepat reverse keretanya agar dapat memberi ruang kepada pemandu lain menggunakan jalan itu.

tetapi tetapi tanpa dia sedari ataupun lebih mudah dikatakan tidak perasan. ada tempat untuk mem-parking kereta di bahagian sana. maksudnya jalan tersebut mempunyai tempat parking di kedua-dua side jalan; kiri dan kanan. maka oleh kerana kelalaiannya dan keinginannya untuk mempercepatkan proses keluar dari parking, beliau dengan selamba badak menghentam kereta di belakangnya yang sedang elok ter-parking di side sana. bunyi "BOM" jelas kedengaran. orang-orang yang berjalan di kaki lima semuanya menoleh ke arah punca bunyi. lelaki di dalam kereta tersebut sudah mula panik.



kereta dipandu masuk kembali ke tempat parking. lelaki itu turun untuk melihatkan keadaan kereta yang sudah dihentamnya. alamak eh. sekali bumper jatuh sikit dengan retakan akan rekahan yang jelas lagi nyata. "alamak. apa aku nak buat ni?" tanyanya dalam hati. sekilas dipandang ke sekeliling. memandangkan tak ramai orang pun kat tempat tu. dia pun segera mengambil kereta dan memecut laju meninggalkan kawasan itu. yup. dia blah laa. alaaa. bukan ada orang nampak pun.

"ish. tak boleh ni. kita khianat kat orang, nanti orang khianat kat kita." detik hati beliau. stereng kereta dipusing. kembali ke tempat kejadian. maka beliau pun menunggu tuan punya kereta yang dihentam. dalam beberapa minit maka muncul la sepasang suami isteri, iaitu pemilik kereta hentaman tu. lelaki itu dengan perasaan cuak lagi nervous sambil membaca macam macam doa untuk dipermudahkan urusannya, menegur couple itu.

"uish. langgar macam mana ni? sampai jadi camni."
"ni kes tak nampak ke, tak perasan ke, bawak laju ni?"
"student lagi ke ni? ye ke student? boleh percaya ke?"
"owh. patut la. budak ni lesen P lagi laaa."

sedang mereka bincang-bincang, maka datang la seorang pakcik daripada kedai yang berdekatan menghampiri mereka. dengan tersenyum beliau memulakan bicaranya.

"encik, budak ni memang jujur la. saya tengok dia dari tadi. saya ingatkan dia memang dah pegi tadi. saya ada la salin nombor plat kereta dia nak bagi kat encik bila encik datang nanti. tapi tengok tengok dia patah balik nak tunggu encik. budak ni memang jujur."

lelaki itu hanya tersenyum dalam keadaan cuak jugak la. couple ni masih belum buat keputusan untuk settlekan hal itu. maka akhirnya setelah beberapa minit perbincangan, mereka pun bersetuju melepaskan lelaki itu dengan hanya bayaran RM50. keluahan lega dilepaskan. fuuhh. syukur dipanjatkan banyak banyak. alhamdulillah.

***

dah baca kisah itu? diadaptasi daripada cerita sebenar.

jadi pengajaran yang kita dapat apa ye?

berlakulah JUJUR. tak salah pun kalau kita jujur. lagi senang ada la.
kalau tipu, macam macam masalah lagi yang akan timbul.
tipu berdosa je. masalah tak settle jugak. jujur je. dapat pahala lagi tu.



naseb baik tak sampai camni. ni dah teruk sangat ni. fuuhhh.

apa? eh. kisah ni takde kena mengena dengan Daesung tau.
beliau tu lain punya cerita. jangan salah faham pulak ye.



haa. ni baru Daesung. geudaeneun somsatang nae mami nogayo~

anyway,

1 June 2011
happy birthday, Kakak Afirah
may Allah bless you

and true love is worth waiting for although it might just hurt you ~
Too Phat feat Siti Nurhaliza - Million Miles

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars