Sunday, June 19, 2011

Cloud & Chico :)

semalam keluar dengan Aiman Ismail sebab lama dah tak keluar dengan
beliau. lagipun Qbear ada sekali dengan kitorang. so ke Midvalley.
tiba-tiba Hafiz ajak tengok Pets Wonderland sebab katanya tak pernah tengok.

pegi je la tengok segala haiwan ternakan yang ada. dan terkeluar la idea gila.

"jom kita bela tikus."
"kenapa tak hamster?"
"sebab mahal sangat."
"okay. nanti la bila-bila kita beli."

"set"


semalam petang baru balik campus. dan aku akan tulis janji Aiman.
katanya, "aku nak belanja korang makan kat kedai SS2 Seri Murni"
bulan 1 tu kalau boleh aku malas sebut. cehh. kitorang mana ada dah kat sini.
semoga janji tersebut dipercepatkan. amin.

tadi kitorang pegi Low Yat jap mencari external hard disk untuk Qbear.
alang-alang dah pegi sana, kitorang rembat jugak wayar LAN yang mahal.
kenapa mahal? kena tipu la. apa lagi. dah. jangan tanya.
kemudian kitorang ke Times Square cari barang dan makan-makan.

balik ke KL Sentral. berpisah suda dengan Qbear. tapi kitorang tukar plan.
terus menuju ke Midvalley. yup. Pets Wonderland.

setelah bertanya itu dan ini dan sebagainya, kitorang pun decide.

dan hasilnya; tang taraaa

Cloud - Hafiz punya (jantan)
Chico - aku yang punya (jantan)


ini Cloud. aktif sikit. aktif membuli. hampeh. "-_-

tak mungkin membiak. so takyah risau dengan kemunculan 24 ekor lagi
pada hujung sem nanti. fuuhh. dan naseb baik tikus senang dijaga.
so jangan risau ye.

oh itu Chico

sekarang tengah kumpul information cara menjaga tikus;
bukannya cara membedah tikus ye. kami budak fizikal.

yours truly,

2 comments:

cik n.haliban said...

hailoh....sanggup je budak laki bela tikus.

Akif said...

biasaaa. haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars