Sunday, May 15, 2011

VT



kepada seorang rakan saya;
15 May 1992
Happy Birthday, Areena :)
classmate; Khalid, MMU, Kelab Kerjaya
semoga panjang umur dan murah rezeki;
semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah



okay. atas permintaan Lia, aku pun terima lah.
haha. nak buat review pasal VT - Hilal Asyraf.
takpe ye, Lia. kau baca je la eh.

sebenarnya novel ni aku dah lama dah baca. tahun lepas.
tak ingat la bila. ingatkan dah pernah buat review. tapi bila check balik,
memang takde pun. mungkin sebab masa tu kat kampus.
so takde masa la nak buat review pasal novel ni.

honestly, ini novel pertama Hilal Asyraf yang aku baca.
sebelum ni dengar je nama Hilal Asyraf, aku asyik fikir novel motivasi
yang hanya menceritakan tentang agama semata-mata.
tapi jelas sekali sangkaan aku salah. memang salah gila la.

aku jumpa novel ni kat MPH, Midvalley masa tengah ronda ronda.
aku tertarik pun sebab cover novel tu ada gambar orang main volleyball.
so aku fikir mungkin cerita pasal team volleyball kan. mesti best.
sebab tu la aku beli. haha. nampak sangat aku belum ikhlas masa tu.



VT - Hilal Asyraf

VT stands for volleyball team.

cerita ini mengisahkan tentang pasukan bola tampar MATRI yang
makin merosot setelah 10 tahun tidak menjuarai apa-apa pertandingan.
sehinggalah kedatangan seorang yang misteri iaitu Hussam.
dia menjadi jurulatih pasukan bola tampar MATRI yang baru.
untuk membawa pasukan ini ke arah kejayaan dan menewaskan SSNP.
watak dalam novel ini diadaptasi daripada watak pemain yang sebenar.

Hussam menggunakan pelbagai strategi untuk menarik hati dan minat
serta membina akhlak pemain-pemainnya.
hubungan ukhuwwah antara pemain
turut dibina, fizikal ditingkatkan, dan hatta pelajaran turut dijaga.
fikrah disuntik dengan hikmah. ego dilentur dengan bijaksana.

apa yang menarik novel ini adalah teknik atau strategi Hussam.
bagaimana dia menyuntik dakwah ke dalam pasukan bola tampar.
bersukan untuk beribadah. bersukan mengikut syariat Allah.
jaga solat, jaga aurat, jaga disiplin, jaga syariat, jaga hati manusia.

strategi tu memang best. macam teruja sangat la nak tahu.
sebab tu bila baca novel ni memang susah nak stop.
ditunjukkan jugak kebijaksanaan untuk mengubah orang2 nakal
menjadi orang baik. bukan senang. sebab tu menarik.
lagipun saat-saat saspen, serve, setting, spiking dan segala set pieces
ketika dalam perlawanan memang mantap la. betul oh.
bila baca pun kita dah macam boleh bayangkan macam mana gempaknya.

dan kalau perasan novel ni takde pun kisah2 cinta.
watak perempuan pun ada berapa je. tu pun tak selalu ada.
bukankah itu unik? haha.

memang best cerita ni. banyak pengajaran yang kita boleh dapat.
lepas baca novel ni la saya tertarik untuk baca novel Hilal Asyraf yang lain.
alhamdulillah setakat ni dah baca Terasing, Sinergi, Matahari,
Langit Ilahi 3 : Fanzuru

so macam biasa, saya recommend novel ini. baca la. :)

PRESSS VT. memories. :)

"Matahari hanya akan malap apabila kiamat"

yours truly,

5 comments:

Shazlia said...

atas PERMINTAAN Lia ?
ngeeeee ! segan kottt !
atas CADANGAN Lia, bunyinya lebih lemak manis :P

Akif said...

haha. cadangan eh? xpe2. lbh krg la tu. :P

Baihah Syafika said...

baru abes bace VT,
pape pun HERO is the best ^^

Akif said...

Hero pun dah baca. best jugak. hehe.

Mu_hD said...

waa..MATRI..my school!

jom..nk tgok vt matri lwn x?

5-9 jun ada game kt uum, kedah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars