Monday, May 2, 2011

Soalan Tentang KISAS


bismillahirrahmanirrahim

sesungguhnya post ini ditulis dengan ikhlas dan jujur.
eceh. boleh caye ke? Allah sahaja yang menilai.

soalan soalan yang diambil daripada seorang junior. baru dikenali.
tak tahu nama sebenar. tapi kenal dengan nama Mushi.
sebenarnya teruja tengok ramai junior yang jawab soalan ni. haha.
thanks, Mushi. masa untuk menjawab soalan.

mari kita tengok. soalan soalannya.

******


1) Give 5 simple words about KISAS

Berkat. Hormat. Matang. Berani. Berubah.

2) Korang rasa korang meletup tak kat sekolah ?

meletup? haha. erm. tak tahu la nak cakap. tapi jom tengok balik.

masa form 4, memang senyap je. rapat dengan senior2 yang berkaitan. abang Fendi, abang Arep, abang Syahiran, abang Yahya. semua yang berkaitan dengan aku je la. MMU, senior2 Khalid dengan Taekwondo. tu je la kot. nak kata meletup? aku rasa tak ramai pun senior kenal aku. ada jugak join team budak budak Formula 1 yang memang penuh dengan kontroversi. banyak je cerita yang tidak sedap didengar sehingga kadang2 menjadi target.

masa form 4 jugak, entah macam mana boleh keluar gosip dengan seorang muslimat. padahal kami takde pun bersembang ke, berjumpa ke pe selain tugas. entah. aku rasa ramai je tahu. batch 54 mungkin semua tahu. senior ada yang tahu. junior tak tahu la. tapi sampai cikgu pun tahu. oh itu sangat pelik ye. macam mana boleh sampai ke pengetahuan cikgu cikgu. huhu. tapi gosip ini berleluasa dan berterusan sehinggalah tamat SPM. lama eh? so korang rasa meletup?

masa form 5. zaman LI Crew. tak perlu cakap. satu batch terutamanya di pihak muslimin tahu kewujudan crew ni. senior tak tahu la ada yang tahu ke tak. junior pun. muslimat ada la beberapa pihak yang tahu. zaman kegilaan ketika remaja. dan lebih teruk apabila kegilaan itu dibuat di KISAS. semuanya salah di mata penghuni penghuninya. dipandang serong oleh kebanyakan pelajar. pernah menghadapai situasi sukar ketika di KISAS. 1001 cerita la kalau nak dikisahkan. takpe takpe.

so tu je la yang aku rasa kalau pun nak melonjakkan aku ke tahap meletup tu. entah la. korang judge la ye.

3) Apa perasaan masa hari pendaftaran? Siapa orang pertama korang tegur? Korang redha tak dengan warna file yang diberi ?

perasaan? cuak, nervous, gelabah, happy, excited. semuanya bercampur. budak budak KISAS yang lain pun mesti pernah rasa kan? biasa la tu. tapi alhamdulillah masih boleh control semua tu. fuuh.

orang pertama yang tegur aku? kalau tak silap abang Zaher. ketua rumah Khalid masa tu. perangai sempoi habis. dia yang tunggu kat meja pendaftaran tu. haha. dan masih aku ingat exco khas 3, abang Firdaus yang teman aku angkat segala bagasi sampai ke bilik masa hari pertama. dan bila masuk bilik, orang kemudian yang datang adalah Akip. pelajar baru pertama yang tegur aku. haha. tak sangka. mungkin memang sudah tersurat.

redha ke tak dengan warna file yang diberi iaitu BIRU? sejujurnya tak sangat la mula mula tu. sebab aku lagi suka warna merah daripada keempat-empat warna tersebut. tapi apakan daya. tengok2 Radhi dengan Shazni pun dalam rumah yang sama. okay jela. dah redha sikit tu. lepas kenal dengan penghuni2 Khalid yang sempoi, redha separuh dah la. kemudian bila melihatkan budak2 Omar yang berwarna merah yang bajet asyik nak menang semua, masa tu aku straight tukar mind set, "okay. aku redha dengan rumah Khalid. maju Khalid maju!" hahaha.

4) Apa yang korang bangga dekat sekolah?

aku rasa jawapan aku sama je dengan pelajar2 KISAS yang lain. firstly, bangga sebab sekolah ni memang terdapat suasana lain. senior cakap bumi barakah. yup. biah solehah. suasana yang kau tak rasa kekok nak buat ibadat dan amalan banyak banyak. suasana yang kau dapat rasa macam mana berkatnya ilmu bila rasa hormat kepada cikgu itu tinggi. tarbiyah daripada senior dan cikgu yang memberi banyak input agama kepada semua. ukhuwwah tak perlu dikatakan lagi. kalau tak, takde la wujudnya LI Crew sampai sekarang. haha. takde la. ukhuwwah antara semua. insyaAllah.

secondly, semestinya bangga dengan pencapaian KISAS. tak perlu cakap pun aku rasa ramai je yang kenal KISAS. sekolah yang boleh dilabel sebagai TOP di kalangan SBP ataupun antara sekolah2 di Malaysia. sekolah kluster. sekolah berprestasi tinggi dah sekarang. boleh kata KISAS banyak jugak pegang kejuaraan dalam kokurikulum. macam macam. yup. sesungguhnya pelajar KISAS boleh dikatakan seimbang. seimbang fizikal, mental, intelektual, emosional. boleh bersukan macam pelajar lain; boleh menang macam2 pertandingan; ada pengetahuan agama yang lebih; boleh score time exam. seimbang la kan.


5) Tempat paling korang suka kat sekolah.

semestinya bilik Multimedia Unit. sebagai Naib Presiden MMU, hak mutlak berada di dalam tangan. haha. takde la. astaghfirullah. tapi memang paling best lepak sini. jiwa tengah happy, jiwa kacau, jiwa sedih. semua aku duduk kat sini biasanya. diteman rakan2 lain. Aiman, Qbear, Hayyan, Acap. kadang2 budak2 LI pun join. nak buat segala presentation semua kat sini. nak solat sebab malas balik asrama pun kat sini. nak tidur sebab letih yang amat kat sini. nak main game kat sini. nak layan movie pun kat sini. tu yang sampai tengah2 malam baru balik. kantoi? tak perlu takut. haha. kisah kantoi macam2 la.

second, aku suka lepak 503. kelas antara 502 dan 501. kelas yang paling ramai ada LI Crew. kenapa? situ suasana study ada la jugak. masa prep la kan. tak kisah la prep pagi atau malam. even masa cuti petang pun aku lepak sini. kalau study kat 501 atau 502 serius aku tension. sebab sunyi yang amat. semua study je. kat kelas lain bising sangat. so sini paling kondusif. lagipun rakan2 yang sempoi semua ada. budak2 503 semua sporting. tu yang best. masa study, study la. masa nak jadi gila gila, jadi la gila gila bersama. haha.

6) Nickname dekat sekolah ?

sampai KISAS boleh kata semua panggil aku dengan middle name aku. Qutham.
sebab nak bezakan antara aku dengan Akip. yela. berkepit dua orang je memanjang.
ada la sorang dua yang panggil dengan nama biasa aku dulu. Akif.
juga dikenal sebagai AA:). tu hanya orang yang kenal LI je yang tahu.

7) Berapa kali korang attend gotong-royong? Pernah escape prep? Berapa kali? Kat mana dan buat apa?

gotong-royong? ni gotong-royong asrama ke gotong-royong kelas? ke gotong-royong untuk MPC kemas MMU tu? haha. erm. boleh kira kot berapa kali aku pergi. aku pun tak ingat la. tapi ye ye. aku mengaku aku tak pergi semua gotong-royong. tapi ada la jugak pegi. gotong-royong sebenarnya menghilangkan bosan jugak pe. bosan study. best ohh.

escape prep jangan dicerita la. prep malam aku tak ingat la aku pernah escape ke tak. hmm. takde kot. datang lambat selalu la. haha. dan kadang2 ada jugak la prep malam tak duduk kelas pun, lepak dengan budak2 Formula 1. tak pun lepak kat bilik MMU. tu je la. escape prep pagi? hmm. macam takde jugak. lambat takleh dikira. banyak sangat. aku dengan Akip basuh baju dulu la, sidai baju la. haha. prep petang aku mengaku aku hanya pergi prep petang sekali je. tu pun sebab cikgu Nani naik asrama lelaki halau semua budak2 lelaki pegi prep. tengah syok tido kat bilik, semua orang dah macam tak tentu arah. apa lagi. baju prep diambil dan dipakai ketika berlari. kalau tak, tak pegi jugak tu. haha.

8) Bila first time break the rule? And how about the last time?

okay. soalan first time. erm. masa form 4. obviously. dalam minggu pertama jugak. pagi Sabtu. pagi2 bangun awal gila sebab semangat untuk inspection. satu bilik D104. aku, Akip, Aiman, Azri. so kitorang kemas bilik bagai nak rak. meja, tingkap, katil, loker, pintu. semua la kitorang bersihkan. bila turun2 bawah tengok semua orang dah habis solat Subuh berjemaah. kitorang apa lagi. dengan selamba buat saf baru la kat belakang. Azri jadi imam. baek punya. orang lain dah pandang pelik dah. kitorang buat muka tak bersalah. mana la kitorang tahu yang tak solat Subuh berjemaah kat sini satu kesalahan masa tu. budak baru pe. hahaha.

last time? hmm. bila eh? rasanya masa SPM la yang aku ingat. selalu fly keluar masa gap antara paper tu. macam2 tempat la kitorang pergi. selamba je. dan rasanya masa ni ramai je fly pegi Petronas atau Wak Kanang. tak ketat sangat peraturan masa ni. handphone pun boleh kata semua muslimin bawak. tapi kitoang fly tempat lain la. yang takde budak KISAS. contohnya ke Centrepoint atau Klang Parade. memang terbaek.

rules lain yang kitorang pernah broke baca di sini ye.
Big Mission
Dangerous Talk

9) Berapa kali korang singgah kantin sehari

singgah kantin. hmm. kalau weekdays, erm masa rehat dengan lepas prep malam. so 2 kali la kan. tu kebiasaan la. tapi kalau masa dengan budak2 F1 dulu, boleh kata segala lunch, dinner semua kat kantin tak kira la weekdays ke weekend.

kalau masa weekend, masa pagi sebelum prep, aku dengan rakan2 akan ke kantin jugak walaupun datang prep lambat. tapau nasi lemak makan kat kelas sambil study. memang terbaik. lepas prep datang balik kantin, makan kat situ jela. lunch terus. then lepak MMU. petang datang kantin lagi, tea-time. pastu baru balik dinner. malam datang lagi lepas lepak kat kelas. lagi2 la kalau ada Megamovie. haha. tu kebiasaan la.

10) Semua orang ada kenangan manis. So kenangan pahit?

kenangan manis sangat banyak. kalau cerita kat sini mesti berjela jela. takat ni pun korang dah tak larat nak baca kan. haha. so kenangan pahit? waahh. ni memang soalan yang menarik. okay. aku malas nak cerita. tapi boleh dikatakan, kenangan pahit aku semuanya aku lalui bersama budak2 LI. aku pernah cerita kat blog LI. kalau korang nak tau; sila la klik link2 di bawah ye.


yang lain kalau korang nak tahu, baca jela kat blog tu ye. harap maklum.

11) Andai korang ditaklifkan sebagai KU/TKU. Bayangkan apa bakal terjadi.

aku jadi KU? wallah~ maka akan ku kendalikan KISAS ini dengan penuh dedikasi dan semangat yang jitu dengan usaha yang tidak pernah putus asa berserta sokongan pelajar juga tembakan2 doa daripada para sahabat dan guru yang dicintai kerana Allah.

takde la. aku rasa kalau aku dapat aku terus letak jawatan. aku tak sanggup ambik tanggungjawab yang besar tu. aku rasa sebab tu la Allah tak bagi aku jawatan tu. Dia tahu apa yang aku mampu. :)

12) Ingat lagi masjid Sultan Sulaiman. Apa korang buat kat sana?

solat Jumaat. solat2 fardhu yang lain. kursus jenazah masa form 5. ikut dengar ceramah2 agama yang ada kadang2. kalau dapat kebenaran ustaz Lah la. menjadi laluan utama untuk fly.

tapi paling aku ingat ada satu malam tu. aku dengan Akip je. niat di hati nak pegi beli NTD. lalu je tengok2 ada driver KISAS kat situ. so teruskan jela jalan buat tak tahu ke masjid. sampai masjid tengok ada la 2 3 orang tengah tido sebelum stay up nak tahajud dan study. tapi handphone di tangan. chantekk. pastu kitorang pegi ikut laluan kubur. ada orang tengah sujud atas tar menghadap ke arah makam. uish. apekah? lepas tu ada orang2 berjubah turun dari Kancil pergi ke kubur. baca doa. erk. apekah?? so tak tahu la diorang buatpe. no komen.

13) Apa yang terjadi kat dewan kuliah?

jadi apa? takde pape kot. belajar jela. kalau ngantuk ada la tersengguk-sengguk tu. keadaan normal yang biasa dilihat di bahagian muslimin. budak2 pandai atau lebih berdisiplin, mesti duduk depan. budak2 biasa duduk di tengah. budak2 yang selalu kecoh2 duduk kat belakang, budak2 yang berani duduk dekat dengan barisan muslimat.

dan aku masih ingat ye kawan2. kat sini la 'kes lambai' tu mencuri perhatian para muslimin. padahal salah faham tu. tu yang sampai kena masuk 1001 Kisasian Nites tu. malas cakap pasal tu lagi. ada lagi masa lecture PSI, aku pegang rubix cube sambil dengar ustazah Noreidah cakap kat depan. lepas tu ada sorang ustazah ni datang naik atas ambik rubix tu. dan semua orang tengok aku. lepas lecture baru dapat balik. hampeehh.

14) Korang tetiba kena jadi Pres Badar @ Pres Hawa. Amacam? Layak tak? Apa yang bakal berlaku?

uish. LI Crew kena cop 'penentang tarbiyah arus masa kini' bak kata sorang senior muslimat pada Muktamar Badar 2008. budak2 LI tu kira termasuk aku la kan. yup. aku mengaku la. kitorang takde break school rules sangat pun. ada tetap ada la. tapi tak ramai orang pandang tu sebab diorang pun buat. tapi ramai yang nampak kitorang sebagai perosak tarbiyah. kenapa? batch kitorang tahu la kan. so conclusionnya, jadi stayer pun tak layak; inikan pulak Presiden Badar. kalau jadi jugak memang rosak la tarbiyah kat bumi waqafan. nauzubillah. sebab tu jugak Allah tak benarkan aku pegang jawatan tu. fuuhh.

15) Berapa kali korang outing dalam sebulan? Dengan siapa? Tempat paling jauh?

outing dalam sebulan. kalau muslimin boleh outing 2 minggu sekali kan. dalam sebulan kira 2 kali jela kan. ye la tu. dengan siapa? budak2 LI je. dengan budak2 BTS jugak. tak pernah la outing dengan budak2 lain. abang Fendi pun kadang2 join jugak kitorang. kawan2 yang rapat sikit pun ada la. Muzzammil ke, Mael ke, Aiman Ismail ke. ada la jugak. tempat paling jauh; erm; Jusco Bukit Tinggi kot. dengan Abang. Here. ni outing kan? bukan fly kan? haha.

16) Soalan paling simple. Pernah FLY?

semestinya pernah. setakat Wak Kanang tu masa form 4 pun aku dan rakan2 dah buat. siap kena tangkap dengan senior dan dapat hukuman makan atas tar berjemaah lagi. haha. inikan pulak setakat Petronas. Centerpoint? selalu sangat dah. buatpe? macam2 laa. Klang Parade. banyak kali jugak. bowling, pool. fly ke sana pun banyak route sebenarnya. kena plan betul2 punya laa. dan selalunya kitorang akan balik lewat malam. dalam pukul 11 atau 12. pernah sekali tu terkandas kat Klang Parade sampai malam. so terpaksa menapak ke bandar Klang dan terus ke KISAS berserta adegan kejar mengejar dengan anjing. malam2 pulak tu. haha.

dan yang paling aku ingat adalah fly ketika nak buat Movie Mania. memang semangat habis la sebab budak2 Khalid pun support kitorang. haha. besttt.

17) Apa benda yang korang harap akan jadi, tapi ianya tak tercapai akal dan konfem takkan jadinya!

LI Crew akan memegang tampuk kepimpinan BADAR. wahaha. takde la. gila ke pe. tunggang langgang tarbiyah kat KISAS kang. tak pernah harap pun. tapi for sure takkan tercapai la. haha.

erm erm. harap akan terjadi eh? aku harap semua orang terutamanya batch aku dapat ubah cara diorang handle masalah. ingat. kita bukan penghukum. memberi hukuman itu semua kerja Allah. tapi kita mengajak, pendakwah. so jangan la dipulaukan budak bermasalah, tapi semakin rapat la supaya dapat menarik mereka kembali. jangan putus asa. akan tercapai ke tak tu bergantung kepada generasi sekarang la.

18) Kalau diberi peluang balik masa form 4 / form 5 apa yang korang nak buat?

rapat dengan junior2 dan membina para pelapis untuk LI Crew. yeaaahh! haha.

takde la. merepek saje. erm. entah la. tak pernah terfikir pun. mungkin akan mengutip sebanyak mana ilmu yang boleh diperoleh. tak kisah la semasa tazkirah atau ceramah. sebab susah dah nak dapat semua tu kat luar ni. kena cari sendiri la kalau betul2 nak.

lagi, struggle balik untuk SPM? waahhh. penat dah laa. erm, buat lebih banyak mission dengan budak2 LI? oh itu sangat2 la menarik. haha.

19) Kalau korang tak masuk KISAS, agak-agak kat sekolah lama apa cerita korang eh?

entah la. mungkin aku dah bercouple dan bertukar-tukar pasangan. eceh. bajet hot pulak. pemalu dan pendiam kat sekolah. semestinya. tak aktif langsung. mungkin hanya menjadi ahli sidang redaksi je la. inferior. tak berani bersuara. potensi aku pun mungkin aku tak tahu. pengetahuan agama? takat yang belajar dalam silibus jelaa. akhlak? entah laa. mungkin jadi seperti common penangites.

20) Describe in one word tentang KISAS sebelum:semasa:selepas jadi warga KISAS

Sebelum : excited

Semasa : syukur

Selepas : muhasabah

******

uish. panjang jugak post ni. ni la jadi bila kenangan kat KISAS dibukak balik.
takpe la. kalau korang rajin baca la ye. :)

Khalid Prince; LI Crew

aku nak tag orang2 ni untuk buat jugak soalan ni

Azyan
Chaos
Areena

dan semua rakan2 batch 54 seperjuangan

jawab la ye. nak tengok jawapan korang pulak. :D


yours truly,

7 comments:

AzyanAaziz said...

banyak gile soalan. mane larat nk buat. HAHAHA.

Akif said...

xde2. 20 je. buat jgk. haha.

Mirull Ibnu Azman said...

mne datang asal usul soklan ni?

Nurul H said...

503 terbaik! dan juge khalid :)

Akif said...

mirul - drp junior kot
hanna - memang terbaek lah! haha

Atok Cing said...

ak sampai skrg bnd ni dlm draft..mls giler nk pikir jwpn...bahaha

niesah... said...

503 paling best:)))))))))ak ske2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars