Thursday, May 12, 2011

Novel Sikit



dunia dirasakan tidak bergerak. peluh membasahi muka. dia mendengus. dia melihat ke scoreboard. masih banyak batsman lawan yang ada. runs kumpulan lawan makin dekat kepada target. kumpulan lawan masih mengejar mata kumpulan mereka iaitu sebanyak 15 runs sahaja lagi. keletihan jelas terpancar di wajah semua pemain. mereka kini sedang berada di tengah padang sebuah sekolah menengah dalam perlawanan kriket daerah. sepasang mata masih tertutup ketika peluh menitik dari wajahnya jatuh ke bumi.

"haih. apa dah jadi ni?"

bola kriket kini berada di tangannya. tinggal 1 over lagi sebelum perlawanan tamat. ini bermakna hanya tinggal 6 bowl sahaja lagi. dan bowl kali ini tugasnya diambil oleh dia. first bowl tadi hanya memberikan 4 runs kepada kumpulan lawan. sebagai seorang bowler yang dipertanggungjawabkan membunuh batsman lawan, dia gagal pada cubaan pertamanya. malah telah memberikan kelebihan runs kepada kumpulan lawan. dia menghela nafas. dia cuba mengumpul semangatnya yang masih berbaki. arm band di tangan kanan di tarik sikit ke atas. matanya sedang memandang batsman yang sudah bersedia. umpire memberi arahan supaya dimulakan bowl.

setelah 4 bowl dilakukan olehnya, mata yang dicari oleh pasukan lawan semakin mencapai target. itu pun kumpulan mereka bernasib baik kerana fielder di posisi lain melakukan tugas dengan cekap. banyak bola yang dapat diambil oleh batsman ditangkap cekap dan pantas oleh silly mid-on, silly mid-off, short dan third man. ditambah pula dengan seorang wicket-keeper yang sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan. ini mebuatkan pasukan lawan agak sukar mencari mata. dan kini pasukan lawan hanya 8 runs di belakang. 4 bowl yang dilakukan mudah diambil oleh batsman, tidak langsung mengelirukan. ternyata fokusnya terganggu.

"fuuh"

matanya memandang ke langit. penumbuknya digepal. gambaran pagi tadi bermain semula di fikirannya. situasi ketika dia berada di bilik multimedia sebelum bertolak ke sekolah menengah untuk perlawanan ini. pagi itu dia sangat bersemangat. sengaja dia singgah ke bilik itu untuk mengakses internet. dia sign in ke akaunnya lalu memeriksa update yang ada. terdetik hati untuk membuka page seseorang. setelah dibuka, dia membaca butir-butir yang ada pada page orang itu. tiba-tiba dia tersentak. matanya masih memandang skrin komputer.

semangatnya kini semakin pudar. entah apa lah yang telah merasuk dia. dia sendiri hairan dengan keadaannya sekarang. umpire menghulurkan bola. bola kriket itu bertukar tangan. dia akan melakukan second last bowl untuk over tersebut. bola dipegang kuat. semua pemain kelihatan bersedia. dia mengangkat tangan kanannya yang memegang bola, menghala ke arah batsman. psikologi yang biasa diguna sebelum dia melakukan bowl. umpire memberikan arahan. langkah diatur laju dan bowl dilakukan. bola laju menuju ke arah batsman.

wicket-keeper telah bersedia untuk menangkap bola yang meluru laju ke arahnya. tetapi bola itu dipukul dengan bat oleh batsman. semua fielder bersedia. bola meluru laju akibat hentakan kuat daripada pukulan tersebut. bola melepasi short, menghentam tanah sebelum melantun balik melepasi backward dan bergolek keluar daripada boundary. 4 runs untuk kumpulan lawan.

kesemua pemain pasukannya kelihatan tertekan sekarang. kumpulan lawan hanya 4 runs lagi untuk menyamakan mata. masih ada 2 orang batsman yang belum membuat pukulan. dan hanya tinggal satu bowl sahaja lagi. dia di tengah padang kelihatan resah. dia membongkokkan badan menghadap tanah. peluhnya menitik di tengah bahang panas mentari.

"Who I Want To Meet..."

nafasnya ditarik dalam-dalam. matanya ditutup. kedengaran rakan-rakan sepasukan memberikan semangat kepadanya. dia hanya tersenyum. senyuman yang dibuat-buat. sekadar menyedapkan hati rakan-rakan yang lain. padahal dalam hatinya sedang bergolak dengan 1001 perasaan. matanya dibuka kembali. batsman di hujung sana sedang tersenyum sinis.

"...Allah, Rasulullah, my family..."

bola kini berada di tangannya. kedua belah tangannya dihembus. bola diletakkan di celah empat jarinya. ya. dia akan melakukan spin untuk bowl kali ini. dia menghela nafas berat. cuba melupakan apa yang dia fikirkan sepanjang perlawanan.

"...and him..."

tangannya diangkat menghala ke arah batsman sekali lagi. kemudian langkah diatur dan tangannya berputar sebelum bola di tangan dilontarkan dengan kuat. bola meluru laju ke kawasan backward dan menghentam tanah lalu melantun ke kawasan wide. spin yang dilakukan menjadi. senyuman kelihatan di wajahnya.

tetapi batsman kelihatan lebih bersedia dengan bola yang menuju ke kawasan wide. bat dihayun ke arah bola yang melantun dan pukulan yang kuat dilakukan. bola terbang ke arah kawasan outfield. backward segera berlari ke arah bola untuk membuat catch. bola mula jatuh ke arah bumi. backward membuat lompatan jauh untuk menangkap bola sebelum jatuh. tangannya dihulurkan panjang. bola akhirnya mencecah tanah sebelum bergolek akibat momentum yang berbaki. backward yang kini sedang terlentang hanya dapat memandang bola yang bergolek di luar boundary.

ya. bola jatuh di kawasan luar boundary. 6 runs diperoleh pasukan lawan dan seterusnya memberikan kelebihan 2 mata. permainan tamat. pasukan mereka tewas. semuanya mengeluh perlahan. mereka kalah tipis dan sememangnya perlawanan ini adalah satu perlawanan sengit.

"him"

dia masih memandang bumi. peluh yang membasahi wajah tidak dipedulikan. segalanya bagaikan sudah berakhir. pasukannya sudah tewas. tewas kerana kelalaiannya. semua kerana fokusnya yang entah ke mana sepanjang perlawanan. dia sememangnya seorang bowler yang hebat. tetapi dia sedar dia tidak cukup hebat untuk tidak mencampurkan masalah peribadi dengan tugasnya. arm band di lengan kanan dibuka dan dicampakkan ke padang. dia mengeluh lagi. segala kesalahan seakan terletak di bahunya.

"astaghfirullahalazim"

******

aku pun tak tahu la apa mimpi. tiba-tiba menulis.
macam takde kerja kan. well, cuti la katakan.

tapi cerita ni mengingatkan aku masa dengan team kriket dulu.
best. walaupun perjuangan kami takde la jauh mana.


entah bila lagi boleh main kriket macam dulu kan.


oh ya. kepada junior2 yang dah dapat offer untuk melanjutkan pelajaran
tak kisah la ke mana pun. matriks, upu, ipg, stam, stpm etc.
perjuangan baru bermula. all the best!

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars