Sunday, May 1, 2011

Bagan Serai - 29&300411



saya travel ke Bangan Serai pulak.

29 April 2011

baru je balik dari KL. rehat sehari kat rumah.
pastu nak kena travel lagi. ke mana kah? rumah Akip.
yup. dapat jemputan. ada kenduri sikit. so pegi la.

pagi tu pegi breakfast dulu dengan ayahanda. then baru naik feri.
samapi je terus ambik bas ke Parit Buntar. terus ke Bagan Serai.
jumpa Acu jap kat situ. pass module yang Taariq suruh.
Akip ambik aku kat situ. meredah jalan ke rumah.

naseb baik sampai2 tu baru azan. so okay la.
lepas Jumaat lepak2 kat umah. rest la kan. esok kenduri.
ada la kerja2 sikit. makin ramai kaum kerabat yang datang.
malam tu Nurin datang jugak. dengan family dia.
esok takleh datang kenduri sebab nak balik kampung.
alala. budak kecik ni. haha. takpe laa.

tapi jumpa lagi sorang budak kecik. nama dia Wawa.
budak ni ganas sikit la. tak macam perempuan lak.
tapi manja je dengan aku. padahal baru kenal. adeh.

then malam tu Akip ajak aku pegi pass kertas soalan.
kat rumah kak chik. ataupun kitorang panggil Win je. jiran.
pegi la. sambil tu sembang2 la depan umah. haha.
ajak dia datang jugak kenduri esok. then balik.

sampai malam tu sume dah bersiap siap nak tido.
budak ni pun dah lama tido.

Arif Hakimi. comel betul laa.

sementara yang lain dah tido. kitorang baru keluarkan laptop.
kerana takut bising dang menganggu yang lain;
kitorang bentang tikar kat luar, bantal sorang satu.
main game laa. Counter Strike Extreme. satu lagi online.

skype jugak dengan Syamim. haha.

sampai la ke Subuh. orang lain dah nak bangun dah.
lepas Subuh baru la tido. fuuh. esok tu pulak bangun.

30 April 2011

pagi2 tu semua dah bersiap. kemas apa yang patut.
angkat itu ini. sediakan semua. sebelum Zohor majlis bermula.
sebenarnya ni majlis untuk ahli keluarga baru yang datang 21 hari.
Alif Hazami. anak kak long. comey sangat. adik Arif Hakimi.




bacaan tahlil dan marhaban. macam biasa je la.

lepas tu aktiviti seperti biasa. makan makan.


aku dengan Akip kena ambik tugas anak dara.
sebab anak dara semua kat dalam. jadi pemberi bunga telur.
dan semestinya aku akan dengar komen yang sama
setiap kali aku datang sini daripada keluarga besar Akip

"ni bukan ke kembar Akip ke?"

lepas dah surut sikit orang yang datang, kitorang pegi umah Wani.
kena jemput dia la pulak. hampeh. padahal selang 2 rumah je. ceh.
Win pun join sekali. baru diorang datang. makan2 jela diorang.
kitorang dah makan tadi. so kena jadi waiter la.

then kitorang masuk dalam. tengok Alif Hazami.
Wani dukung dia. dia kata nak kawen lagi 2 tahun? yeke? haha.
Win tak berani. takpe. budak sekolah lagi kan. naseb2. haha.
terpaksa la kitorang tunggu Wani kawen dulu ye.

kitorang duduk sembang2 jela. sambil Wawa suruh aku kupas
bunga telur dia. banyak betul makan budak ni. ish ish.
then petang tu aku kena balik dah. dah janji nak teman Acu.
Wani dengan Win pun balik jugak.

so dalam pukul 4 Akip hantar aku pegi stesen bas.
time kaseh banyak banyak la weh. kepada hang.
dan semestinya keluarga hang yang baik hati.
insyaAllah panjang umur aku datang lagi ye.
datang la Penang jugak. jemput jemput. hehe.

Acu ambik kat situ. terus ke Parit Buntar.
cari netbook. Acer Aspire One Happy. lawa kot.
lepas settle semua baru balik ke Penang.
dan aku sangat mengantuk serta penat. fuuhh.

***

esoknya lawan bola kat Gelugor. pagi2 pulak tu.
okay la. hentam je main. balik umah online jap.
lepas Zohor terlentang sampai petang. fuhh.

***

mak Akip berkata;

"cuba hampa tengok budak dua orang tu; semua sama je.
nama sama. muka sama. sekolah sama. bilik sama. katil atas bawah pulak tu.
macam mana la boleh jumpa. haha."

"aah la. betul la. muka sama betul. senang la kalau nak menyamar. haha"

"sama semua takpa. jangan suka dekat orang yang sama sudah laa."

dan aku dengan Akip berpandangan sesama sendiri


ketawa pecah

yours truly,


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars