Tuesday, May 31, 2011

Icon VIP


salam kepada semua

saje je nak bagitau; aku dah ada icon ni

VIP

yeaaahhh! macam rajin la pulak aku buat benda alah ni.

by the way, kepada semua peminat peminat Bigbang
yup. you. VIP. yang nak icon ni jugak.


sila la ambil ye. jangan malu malu.
takpe. aku halalkan. yang penting kita VIP.

***

"ujian adalah tarbiyah dari Allah.
jangan difikir derita akan berpanjangan;
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan"

bersabarlah. kerana Allah takkan kecewakan orang yang bersabar.

***


anyway, be strong Daesung. we trust you. :)

#wesupportdaesung

yours truly,

Saturday, May 28, 2011

Tahniah Barca!

Final UEFA Champions League

Barcelona VS Manchester United


Date : 28 May 2011
Stadium : Wembley Stadium
Venue : London (ENG)

okay. perlawanan yang sangat sangat dinantikan. haha.
dah final dah. game ni mesti best punya lah.

overall, game smart. Barcelona superb! seriously.
passing mantap gila; covering mantap; main relax je.
Manchester United macam susah gila nak pegang bola.

27th minute - Pedro Rodriguez (Barcelona)
34th minute - Wayne Rooney (Manchester United)
54th minute - Lionel Messi (Barcelona)
69th minute - David Villa (Barcelona)



Lionel Messi scored Barcelona's second goal on a sudden burst up the middle



Barcelona striker David Villa, left, curling a shot toward the goal in the 69th minute. United goalkeeper Edwin van der Sar dived but failed to get a glove on it.


Barcelona had held possession for 63 percent of the time.
It had 12 on-target scoring attempts. Manchester United had one.
Manchester United is dominated by Barcelona in this game.

so this is the full time result


dan Manchester United memang tak boleh buat pape dah.
kalau pun Owen masuk, memang susah nak kejar balik
Barcelona control game. so terpaksa la redha dengan keputusan ni.



muka kekecewaan player Manchester United. sabar la ye.
takde rezeki la tu. lagipun orang kan selalu kata;
"orang berlagak selalu rugi"

jadi kepada peminat MU yang fanatik sangat
maka berkabunglah anda. HAHA.


akhirnya, Barcelona dengan gahnya menang!
Abidal mengangkat piala dengan bagganya!
party yang meriah di Wembley Stadium.



Messi angkat piala!

Photo: Miguel Ruiz/Àlex Caparrós-FCB

TAHNIAH BARCA!

“They do mesmerize you with the passing,
and we never truly controlled Messi,” Ferguson said


yours truly,

Friday, May 27, 2011

Congrats!


47th Baeksang Arts Awards


congrats!


Choi Seung Hyun/T.O.P.

Best Male Rookie Actor: Choi Seung Hyun/T.O.P. (‘71: Into The Fire‘)

Male Popularity Award: Choi Seung Hyun/T.O.P. (‘71: Into The Fire’)

dua award sekali dia grab. memang terbaek lah.
korang ingat dia hanya pandai rap dengan beatbox je ke?
ni budak Bigbang la. talented. bukan takat muka cool je.
apa? ingat dance kaku tak pandai berlakon ke? haha.
Bigbang is surely proud of you. T.O.P.!




okay. ni lagi satu yang menarik perhatian aku.

Best Drama: ‘Secret Garden’




Daesang Award: Hyun Bin (‘Secret Garden‘)

Screenplay Award: Kim Eun Sook (‘Secret Garden’)

Best Female Rookie Actress: Yoo In Na (‘Secret Garden’)

tu la korang, dulu aku suruh tengok Secret Garden tak nak.
kan dah ku kata filem ini memang terbaek. haha.
terima kasih kepada Azyan sebab recommend kat aku drama ni.
sebab tu la Bigbang buat parody utk drama ni. dah tahu dah. nampak? haha.



Yoo In Na adalah perempaun yang kat kanan atas tu
kawan kepada Gil Ra Im. kekasih Secretary Kim.
tapi aku tetap sayang Ra Im. weee ~

pemenang-pemenang award yang lain

source here

walaupun aku takde la tengok semua drama yang dicalonkan
tapi aku just nak cakap congratulations. tu je. haha.

semoga Bigbang terus maju jaya!

"하이. 나중에 말레이시아 너희는 온. 잠깐 만요, 잠깐 만요"

nak tau dia cakap apa?

"hai. nanti saya datang Malaysia ye. tunggu tunggu"

sebenarnya aku tak tau pun apa aku tulis tu. -_-"

yours truly,

Thursday, May 26, 2011

BB


say B I G to the BANG!





they are now everywhere in Malaysia!

they are talented; they are professionals
most important : they are COOL

bila korang nak datang Malaysia aaaa?
ajak la 2NE1 sekali tau

B to the I to the G ( BANG BANG!)

yours truly,


Monday, May 23, 2011

Situasi




"yo friend. apa cerita?"
"haha. macam biasa. kau amacam?"
"aku okay je. aku dengar ada perempuan suka dekat kau"
"erm. kawan aku je la tu. takde pape la."
"eceh. ye ye la kau tu."

***

"eh kamu. kamu kawan si dia ke?"
"yup. kamu 'kawan' dia tu kan? hehe."
"hmm. yea. entah la. saya pun tak tau."
"kenapa ni? cer cite cer cite"
"hmm. macam ni ... bla bla bla"
"owh. takpe la. ... bla bla bla"
"nice to know you. thanks. :)"
"you too. you're welcome. :)"

***

"eh. erm. awak. dah lama kan kita kenal?"
"lama jugak. macam macam saya cerita kat awak. kenapa?"
"erm erm. sebenarnya kan sayaaa .... awak."

***

"weh brader. apa khabar sekarang? haha. lama tak dengar cerita"
"erm erm. aku okay je. erm. sorry la. erm. aku ada hal"
"eh?"


***

situasi. ya. satu situasi. lawak kan?
disebabkan seorang perempuan, hubungan dua lelaki terputus.
disebabkan seorang lelaki, hubungan dua perempuan terputus.

betul la apa yang Khairul Aizat pernah cakap; masa Teen Talk dulu;

"aku ada 1 soalan. apa hukum lelaki bergaduh sebab perempuan?"

"hah? erm. apa ek? entah. tak tau jugak"

"hukumnya haram. sebab memutuskan pertalian saudara antara 2 lelaki.
kira perempuan tu menjadi sebab terputusnya ukhuwwah.
jadi kena la tinggalkan perempuan tu supaya tak jadi macam tu"


tengok situasi tu. bukankah itu lawak?

bila fikir balik. memang patut la kena apply Bro Code. kan?

******

anyway, aku ada suatu fakta. yang ni dari Pija.

"Ramai yang hanya menjaga dirinya saat berdepan 'future wife/husband' nya,
namun menjadi lain bila bergaul dengan orang yang bukan 'future wife/husband' nya."

relevant jgk kan?



aku rindu kawan aku sorang tuu. :')


yours truly,

Saturday, May 21, 2011

MG & SGCH


sebenarnya kan aku tak tau nak update apa.

takpe la. aku cerita je la drama yang aku tengok baru baru ni.

first sekali adalah



My Girl

yup. aku tau korang akan cakap

"what? baru tengok? lame giler."

yela. aku tau cerita ni dah lama. aku je yang tak tengok.
ahh. tak kisah pun. tapi aku dah tengok dah. ok apa.

so review. boleh la. best jugak. ada sedih ada lawak.
aku malas la nak komen panjang2. korang lebih tau kan pasal drama ni.
aku baru je tengok. so takpe la. ok je cerita ni.

heroin comel. second heroin cantik. hero smart. second hero cool.
okay. aku tertarik dengan second hero. bagi aku memang coolio la.
alaa. mamat yang kanan sekali tu la. bagi aku dia gentleman gila.
terrer lawan. akan dapatkan apa yang dia nak. simple je.
paling penting, dia sanggup berkorban. understanding la. gentle!

okay. cukup yang tu. drama kedua yang aku dah tengok.



Sassy Girl Chun Hyang

Amir pernah recommend drama ni. dah copy dah.
tapi takde masa la nak tengok. cuti macam sekarang baru tengok.
aku rasa cerita ni pun dah ramai yang dah tengok.
ye ye. aku tau aku memang ketinggalan. takpe takpe.

cerita dia boleh la. best jugak. kawen masa sekolah menengah kot.
bukankah itu best? haha. ini barisan pelakon utama.



hero dia lelaki kat tengah tu. hero lagi cool dari second hero. bagus.
second hero memang hampeh. tak gentle langsung. tapi at last ok la.
setakat ni masih boleh dimaafkan lagi la. naseb baik insaf. haha.

heroin perempuan kat kiri. cantik dan comel. okay. itu satu pakej.
dalam tu pulak dia baik. lembut dalam kekerasan. terbaek.
second heroin agak hampeh. annoying gila je bila dia masuk.
tapi at last okay la. insaf awal2 dah. bagus laa.

jalan cerita semua okay. biasa la. cerita korea. bagus bagus.

dan kalau korang perasan dua cerita ni ada kaitan.
ni pun Nisa bagitau. baru aku perasan. haha.

bila tengok balik kan. sebenarnya senang jugak nak buat drama korea ni.
ada dua lelaki, dua perempuan. jalaann. haha.

******

so pape pun aku ingin mengucapkan

GOOD LUCK

kepada junior junior yang nak sambung pengajian dah
tak kira la di mana pun anda sambung pun
buat yang terbaik. all the best. :D

yang masuk UIA tu akan berjumpa aku la nampaknya
tu pun kalau korang kenal aku la kan. haha.


minat lebih kepada GD dah sekarang. adehh.

nan G-dragon namdeulee mwo rageum ~

yours truly,

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru


"In teaching you cannot see the fruit of a day's work.
It is invisible and remains so, maybe for twenty years."

editted by Aiman Ismail; MMU '09

16 May 2011

seperti biasa; aku rasa semua dah tahu bukan?

Selamat Hari Guru

kepada semua warga guru di mana-mana sahaja

terutamanya kepada guru pertama saya;
semestinya ayahanda dan bonda terchenta :)
mereka juga adalah warga pendidik

dan juga kepada warga pendidik di sini

Tadika USM
Islah Educare
SK Sungai Gelugor
SMKA Al-Mashoor Lelaki
Kolej Islam Sultan Alam Shah
CFS IIUM PJ

kalau tahun lepas aku belum masuk CFS, sekarang dah terasa.
lecturer bukan guru jugak ke? ahhh. xde2.
nak tujukan ucapan ni untuk diorang jugak.

masih teringat masa sekolah rendah kat SKSG;
macam mana batch kitorang masa darjah 6 membuat protes
kepada cikgu Mahani sebab dia kata persembahan kitorang tak best
kitorang pasang CD guna radio kat kelas dan menari ramai-ramai
bising sampai ke pejabat. haha. mintak maaf, cikgu ~

juga masih teringat bagaimana sportingnya cikgu Wahidah kat Mashoor
yang sudi tengok aku buat magic padahal poker tu barang haram
juga kepada guru kelas form 1 aku, cikgu Ayushafizi yang
baik sangat dengan aku. sampai ada satu hari tu dia datang dia cakap,
"Akif, cikgu dah namakan anak baru cikgu, nama dia Akif Mikail"

takkan ku lupa kenangan ketika di KKJ terchenta
muka ni la yang selalu mengadap ustaz Syeikh dan ustaz Khir
sebab ada je benda yang aku buat salah kat sekolah ni.
semestinya tak lupa kepada Ustaz Lah dengan kejadian malam ketika kantoi
juga cikgu Nazvin yang rapat dan sporting yang amat dengan kitorang
cikgu-cikgu lain pun banyak kenangan dengan diorang. :)

dan kini di CFS IIUM PJ. bersama lecturer. subject pun tak banyak.

sem 1 :
madam Halizawati - Physics1 : strict but so understanding. relax learning.
bro Nazim - Math1 : sgt strict dan caring dengan students dia
ustazah Raja Munirah, ustazah Syahidah - Arabic : sporting dan lepak habis laa.
madam Nurhayati, madam Chu Chok Seng - English : sangat baiikk
madam Azlina - Computer 1 : sangat sporting ok tapi kerja jalan

Sir Nazim la tuhh

sem 2 :
sis Hamidah - Math2 : baik sgt. tapi sekarang dah kawen. huhu.
madam Azlina - Computer 2 : terbaik lah dapat lagi sekali. haha.
ustazah Rahimah - Religions in Malaysia : baik, easy learning
sir Ismail - Chem1 : sangat terbaek ok. lawak habes. haha.

sis Hamidah dah jadi madam Hamidah. sob sob ~

juga kepada advisor2 PRESSS; madam Fauziah, madam Faizah, bro Suhaimi
terima kaseh atas segala tunjuk ajar walaupun tak selalu bertemu,
maklum la. head com je. ikut arahan main board je. hehe.


madam Faizah masa jamuan committee PRESSS

coach taekwondo, Sir Salahudin. baik dan sporting tapi still tegas.
sorry tak selalu turun training. ni semua sebab busy yang amat la ni.
ye, mengaku jugak. saya malas. saya akan usaha untuk rajin lagi.


sir Solehudin masa AGM dulu

orang cakap experience is the best teacher
maka dengan itu jugak saya nak ucapkan terima kaseh kepada;

mereka yang pernah mengajar saya mengenal dunia
mereka yang mengajar saya mengenal agama
mereka yang mengajar asya dalam mata pelajaran
mereka yang ajar saya hidup berdikari dan berdiri sendiri
mereka yang ajar saya menghadapai situasi2 kritis
mereka yang mengajar saya untuk mematangkan diri ini

so saya nak ucapakan terima kaseh daun keladi
kepada semua mereka yang pernah mendidik diri ini
thanks sebab sudi ajar student macam saya
sorry atas segala salah silap ye ~



Allah sajalah yang membalas jasa kalian :)

"A teacher's purpose is not to create students in his own image,
but to develop students who can create their own image"


yours truly,

VT



kepada seorang rakan saya;
15 May 1992
Happy Birthday, Areena :)
classmate; Khalid, MMU, Kelab Kerjaya
semoga panjang umur dan murah rezeki;
semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah



okay. atas permintaan Lia, aku pun terima lah.
haha. nak buat review pasal VT - Hilal Asyraf.
takpe ye, Lia. kau baca je la eh.

sebenarnya novel ni aku dah lama dah baca. tahun lepas.
tak ingat la bila. ingatkan dah pernah buat review. tapi bila check balik,
memang takde pun. mungkin sebab masa tu kat kampus.
so takde masa la nak buat review pasal novel ni.

honestly, ini novel pertama Hilal Asyraf yang aku baca.
sebelum ni dengar je nama Hilal Asyraf, aku asyik fikir novel motivasi
yang hanya menceritakan tentang agama semata-mata.
tapi jelas sekali sangkaan aku salah. memang salah gila la.

aku jumpa novel ni kat MPH, Midvalley masa tengah ronda ronda.
aku tertarik pun sebab cover novel tu ada gambar orang main volleyball.
so aku fikir mungkin cerita pasal team volleyball kan. mesti best.
sebab tu la aku beli. haha. nampak sangat aku belum ikhlas masa tu.



VT - Hilal Asyraf

VT stands for volleyball team.

cerita ini mengisahkan tentang pasukan bola tampar MATRI yang
makin merosot setelah 10 tahun tidak menjuarai apa-apa pertandingan.
sehinggalah kedatangan seorang yang misteri iaitu Hussam.
dia menjadi jurulatih pasukan bola tampar MATRI yang baru.
untuk membawa pasukan ini ke arah kejayaan dan menewaskan SSNP.
watak dalam novel ini diadaptasi daripada watak pemain yang sebenar.

Hussam menggunakan pelbagai strategi untuk menarik hati dan minat
serta membina akhlak pemain-pemainnya.
hubungan ukhuwwah antara pemain
turut dibina, fizikal ditingkatkan, dan hatta pelajaran turut dijaga.
fikrah disuntik dengan hikmah. ego dilentur dengan bijaksana.

apa yang menarik novel ini adalah teknik atau strategi Hussam.
bagaimana dia menyuntik dakwah ke dalam pasukan bola tampar.
bersukan untuk beribadah. bersukan mengikut syariat Allah.
jaga solat, jaga aurat, jaga disiplin, jaga syariat, jaga hati manusia.

strategi tu memang best. macam teruja sangat la nak tahu.
sebab tu bila baca novel ni memang susah nak stop.
ditunjukkan jugak kebijaksanaan untuk mengubah orang2 nakal
menjadi orang baik. bukan senang. sebab tu menarik.
lagipun saat-saat saspen, serve, setting, spiking dan segala set pieces
ketika dalam perlawanan memang mantap la. betul oh.
bila baca pun kita dah macam boleh bayangkan macam mana gempaknya.

dan kalau perasan novel ni takde pun kisah2 cinta.
watak perempuan pun ada berapa je. tu pun tak selalu ada.
bukankah itu unik? haha.

memang best cerita ni. banyak pengajaran yang kita boleh dapat.
lepas baca novel ni la saya tertarik untuk baca novel Hilal Asyraf yang lain.
alhamdulillah setakat ni dah baca Terasing, Sinergi, Matahari,
Langit Ilahi 3 : Fanzuru

so macam biasa, saya recommend novel ini. baca la. :)

PRESSS VT. memories. :)

"Matahari hanya akan malap apabila kiamat"

yours truly,

Saturday, May 14, 2011

V.I.P


saje nak update blog ni. setelah tengok blog orang lain semua ter-update.
baca blog Amar Zaim. cerita pasal Maharaja Lawak Minggu ke-7.
oh ya. Amar, aku pun minat Sepah! terbaek. haha.

okay. tadi petang tak pegi padang. buat kerja kerja sikit kat rumah.
sambil buat kerja, tengok jugak la tv. ditayangkan Muzik-Muzik kat TV3.
ada la siapa entah yang tengah nyanyi. pastu nampak artis jemputan.

uish. apekah? macam pernah nampak. yup. ini kumpulan baru.

kumpulan apa?



V.I.P

kumpulan baru di bawah naungan KRU. Adam AF tu pun dalam group ni.
well, bagi aku ini berbeza. kumpulan yang mengetengahkan konsep pop.
alaa. macam K-Pop dan J-Pop. tapi ni jenis Malaysia punya la. bukan ke berbeza?

maksud aku, kan dekat Malaysia banyak band-band. rock la, indie la.
kumpulan2 macam KRU, 4U2C, Elite dulu dah hilang kan.
so diorang ni macam kembalikan balik kumpulan macam tu.
KRU ni memang la. sentiasa kreatif.



From left : Yandy, Adam, Ryan, Marlon and Fadlan.

walaupun kumpulan pop dance macam ni nampak macam tiru
gaya group pop kat Korea dan Jepun tu kan. tapi aku rasa better la jugak.
group ni boleh nyanyi, boleh dance. fashion ok. style pun best.
takde bajet sangat. takde la macam group 24:7 tu.
tak tau group 24:7? korang search la kat internet.
tak nak la cemarkan blog aku dengan gambar2 geli diorang.

tapi yang paling penting kenapa aku tertarik dengan kumpulan ni.

sebab ada gaya Big Bang jugak kot! cehhh.
firstly, ada 5 orang. pop dance sama genre. tu okay lagi la kan.
tengok nama kumpulan. V.I.P. ada unsur2 Big Bang di situ.
logo pun lebih kurang je. tapi tu takpe lagi la.
ada sorang mamat yang pakai cap tu sebijik cam Tae Yang.
maksud aku gaya dia la. perghh. hahaha.

so tu je la yang aku nak cakap. detail group ni pun aku tak tau sangat.
tapi memang aku respect la KRU boleh buat projek macam ni.
kreatif dan kritis. eceh. lain dari yang lain. bagus bagus.
semoga terus maju la ye.

eh. KRU tak nak buat group nasyid ke?

yours truly,

Thursday, May 12, 2011

Novel Sikit



dunia dirasakan tidak bergerak. peluh membasahi muka. dia mendengus. dia melihat ke scoreboard. masih banyak batsman lawan yang ada. runs kumpulan lawan makin dekat kepada target. kumpulan lawan masih mengejar mata kumpulan mereka iaitu sebanyak 15 runs sahaja lagi. keletihan jelas terpancar di wajah semua pemain. mereka kini sedang berada di tengah padang sebuah sekolah menengah dalam perlawanan kriket daerah. sepasang mata masih tertutup ketika peluh menitik dari wajahnya jatuh ke bumi.

"haih. apa dah jadi ni?"

bola kriket kini berada di tangannya. tinggal 1 over lagi sebelum perlawanan tamat. ini bermakna hanya tinggal 6 bowl sahaja lagi. dan bowl kali ini tugasnya diambil oleh dia. first bowl tadi hanya memberikan 4 runs kepada kumpulan lawan. sebagai seorang bowler yang dipertanggungjawabkan membunuh batsman lawan, dia gagal pada cubaan pertamanya. malah telah memberikan kelebihan runs kepada kumpulan lawan. dia menghela nafas. dia cuba mengumpul semangatnya yang masih berbaki. arm band di tangan kanan di tarik sikit ke atas. matanya sedang memandang batsman yang sudah bersedia. umpire memberi arahan supaya dimulakan bowl.

setelah 4 bowl dilakukan olehnya, mata yang dicari oleh pasukan lawan semakin mencapai target. itu pun kumpulan mereka bernasib baik kerana fielder di posisi lain melakukan tugas dengan cekap. banyak bola yang dapat diambil oleh batsman ditangkap cekap dan pantas oleh silly mid-on, silly mid-off, short dan third man. ditambah pula dengan seorang wicket-keeper yang sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan. ini mebuatkan pasukan lawan agak sukar mencari mata. dan kini pasukan lawan hanya 8 runs di belakang. 4 bowl yang dilakukan mudah diambil oleh batsman, tidak langsung mengelirukan. ternyata fokusnya terganggu.

"fuuh"

matanya memandang ke langit. penumbuknya digepal. gambaran pagi tadi bermain semula di fikirannya. situasi ketika dia berada di bilik multimedia sebelum bertolak ke sekolah menengah untuk perlawanan ini. pagi itu dia sangat bersemangat. sengaja dia singgah ke bilik itu untuk mengakses internet. dia sign in ke akaunnya lalu memeriksa update yang ada. terdetik hati untuk membuka page seseorang. setelah dibuka, dia membaca butir-butir yang ada pada page orang itu. tiba-tiba dia tersentak. matanya masih memandang skrin komputer.

semangatnya kini semakin pudar. entah apa lah yang telah merasuk dia. dia sendiri hairan dengan keadaannya sekarang. umpire menghulurkan bola. bola kriket itu bertukar tangan. dia akan melakukan second last bowl untuk over tersebut. bola dipegang kuat. semua pemain kelihatan bersedia. dia mengangkat tangan kanannya yang memegang bola, menghala ke arah batsman. psikologi yang biasa diguna sebelum dia melakukan bowl. umpire memberikan arahan. langkah diatur laju dan bowl dilakukan. bola laju menuju ke arah batsman.

wicket-keeper telah bersedia untuk menangkap bola yang meluru laju ke arahnya. tetapi bola itu dipukul dengan bat oleh batsman. semua fielder bersedia. bola meluru laju akibat hentakan kuat daripada pukulan tersebut. bola melepasi short, menghentam tanah sebelum melantun balik melepasi backward dan bergolek keluar daripada boundary. 4 runs untuk kumpulan lawan.

kesemua pemain pasukannya kelihatan tertekan sekarang. kumpulan lawan hanya 4 runs lagi untuk menyamakan mata. masih ada 2 orang batsman yang belum membuat pukulan. dan hanya tinggal satu bowl sahaja lagi. dia di tengah padang kelihatan resah. dia membongkokkan badan menghadap tanah. peluhnya menitik di tengah bahang panas mentari.

"Who I Want To Meet..."

nafasnya ditarik dalam-dalam. matanya ditutup. kedengaran rakan-rakan sepasukan memberikan semangat kepadanya. dia hanya tersenyum. senyuman yang dibuat-buat. sekadar menyedapkan hati rakan-rakan yang lain. padahal dalam hatinya sedang bergolak dengan 1001 perasaan. matanya dibuka kembali. batsman di hujung sana sedang tersenyum sinis.

"...Allah, Rasulullah, my family..."

bola kini berada di tangannya. kedua belah tangannya dihembus. bola diletakkan di celah empat jarinya. ya. dia akan melakukan spin untuk bowl kali ini. dia menghela nafas berat. cuba melupakan apa yang dia fikirkan sepanjang perlawanan.

"...and him..."

tangannya diangkat menghala ke arah batsman sekali lagi. kemudian langkah diatur dan tangannya berputar sebelum bola di tangan dilontarkan dengan kuat. bola meluru laju ke kawasan backward dan menghentam tanah lalu melantun ke kawasan wide. spin yang dilakukan menjadi. senyuman kelihatan di wajahnya.

tetapi batsman kelihatan lebih bersedia dengan bola yang menuju ke kawasan wide. bat dihayun ke arah bola yang melantun dan pukulan yang kuat dilakukan. bola terbang ke arah kawasan outfield. backward segera berlari ke arah bola untuk membuat catch. bola mula jatuh ke arah bumi. backward membuat lompatan jauh untuk menangkap bola sebelum jatuh. tangannya dihulurkan panjang. bola akhirnya mencecah tanah sebelum bergolek akibat momentum yang berbaki. backward yang kini sedang terlentang hanya dapat memandang bola yang bergolek di luar boundary.

ya. bola jatuh di kawasan luar boundary. 6 runs diperoleh pasukan lawan dan seterusnya memberikan kelebihan 2 mata. permainan tamat. pasukan mereka tewas. semuanya mengeluh perlahan. mereka kalah tipis dan sememangnya perlawanan ini adalah satu perlawanan sengit.

"him"

dia masih memandang bumi. peluh yang membasahi wajah tidak dipedulikan. segalanya bagaikan sudah berakhir. pasukannya sudah tewas. tewas kerana kelalaiannya. semua kerana fokusnya yang entah ke mana sepanjang perlawanan. dia sememangnya seorang bowler yang hebat. tetapi dia sedar dia tidak cukup hebat untuk tidak mencampurkan masalah peribadi dengan tugasnya. arm band di lengan kanan dibuka dan dicampakkan ke padang. dia mengeluh lagi. segala kesalahan seakan terletak di bahunya.

"astaghfirullahalazim"

******

aku pun tak tahu la apa mimpi. tiba-tiba menulis.
macam takde kerja kan. well, cuti la katakan.

tapi cerita ni mengingatkan aku masa dengan team kriket dulu.
best. walaupun perjuangan kami takde la jauh mana.


entah bila lagi boleh main kriket macam dulu kan.


oh ya. kepada junior2 yang dah dapat offer untuk melanjutkan pelajaran
tak kisah la ke mana pun. matriks, upu, ipg, stam, stpm etc.
perjuangan baru bermula. all the best!

yours truly,

Sunday, May 8, 2011

Anak Kedua


apa? anak kedua? aku dah dapat anak kedua?
betul ke? korang mesti cakap "apekahh??"



takde la. merepek gila. aku awek pun takde. kawen pun belum.
ada ke pulak nak dapat anak. jauh sekali anak kedua.

ni aku jumpa kat facebook. ciri-ciri anak kedua. cer tengok cer tengok.

***

Anak Kedua

ANAK MANJA IBU

sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!

ANAK DEGIL

Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata.
semua dia je yang betul. dalam ramai2 adik beradik dia je yang KETEGAQ.
kemahuan dia kuat. kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.
kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya. boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..

TAK PANDAI PUJUK

memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe / pakwe dia.

BERCINTA

Tak digoyahkan anak no 2 juga. dia kalau bercinta, sangat setia, sanggup berkorban.

HITAM / PUTIH

Apa yang dikatakan semua dipegang ( kononnya )
kalau hitam tu hitamlah, kalau putih; putihlah. degil; tak boleh toleransi

HATI

No 2 ni juga nampak ajer keras. tapi hati dia lembut juga.
SATU lagi perangai dia, dia tak boleh ditegur. kalau kita tegur, dia mesti tarik muka

BERDIKARI

very independent. memang betul. tapi kalau terlebih indepent pun payah.
tapi mudah bergaul. campak lah kat manapun; sekejap dah dapat kawan.
very take care of her brother and all stuff belonging family.
(sebab terlalu ambil berat pun menyampah.
semua adik2 kena control kena report kat diorang)

ARAHAN

anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan. dia lebih suka buat hal sendiri.
pendek kata, tak boleh kerja dengan orang. ramai anak no 2 ni kerja sendiri

PEMAAF & CARING

tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring.
TAPI awas. jangan bagi diorang marah. kalau diorang marah, faham sajer lah

PAKAIAN

Nak ajer up to date. semua nak kemas.

***

okay. sudah. cukup. enough. fuuh.

dah baca kan? so apa pendapat korang?
betul? tepat? salah? jauh sekali?

apa? pendapat aku?

*
*
*

okay. masa untuk tido.

Modu kkeutnatde; I'll be right there

yours truly,


Selamat Hari Ibu



8 May 2011




macam tahun lepas. alhamdulillah. ada lagi hari ini.
hari untuk meraikan ibu ibu sedunia.
kita meraikan ibu kita sebagai penghargaan kepada mereka

Selamat Hari Ibu

Marzizah Binti Darus;
terima kaseh atas segalanya
segala jasa dan pengorbanan tak mungkin dapat dibalas
hanya Allah sahaja yang memberkati anda mudah-mudahan :)

"Mother love is the fuel that enables a normal human being to do the impossible."

so kalau tahun lepas aku bagi lagu lain
tahun ni lagu lain pulak lah. terima lah ~

M Nasir - Bonda

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda


Hanis selalu pasang lagu ni kat bilik. lagu favouritet dia.
best lirik dia. ada maksud tersendiri.

tapi macam tak best la kan. Hari Ibu baru nak buat baik dengan ibu.
so bagi aku, setiap hari adalah Hari Ibu. baru la best.

tak gitu? :)

"A mother is a person who seeing there are
only four pieces of pie for five people,
promptly announces she never did care for pie."


yours truly,

Thursday, May 5, 2011

Happy Birthday, Mate


yup. sesungguhnya ini suatu post tentang sahabat saya.
sahabat saya yang sudah meningkat dewasa hari ini.

12 February 2008 - 5 May 2011

berapa tahun, berapa bulan, berapa minggu, berapa hari tu?
lama ke? takde la lama mana kan. tempoh tu laa
saya dah kenal dan hidup bersama seorang ini

untuk kali kedua dalam blog ini aku post pasal hari istimewa dia.
so lagi sekali nak bagi ucapan untuk dia nih. ehem ehem.

selamat ulang tahun kelahiran. semoga panjang umur dan murah rezeki.
semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan.
semoga beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
semoga bertemu jodoh yang terbaik. 19 dah boleh kawen apa.
semoga sentiasa dipayungi rahmat Allah. :)

ucapan lebih kurang sama macam yang dulu je.
well, itu kan skema ayat. biasa laaa. :P

okay. lama dah kenal hati budi masing-masing.
walaupun kami dicampak di tempat yang berlainan
CFS IIUM dengan PASUM. tak ke jauh tu?
tapi masih boleh jumpa. boleh kata setiap minggu.
setiap minggu kalau takde pape mesti pegi KK12.

kenapa? dengan dia aku boleh kongsi masalah

dengan dia aku boleh cerita pape pun.
dengan dia aku boleh buat pape pun.
dengan dua aku boleh luah pape pun.
senang cerita aku selesa dengan dia la.

mana tak nya. dari sekolah lagi berkepit dua orang je.
ok la. di sini aku nak ucapkan penghargaan kepada beliau

terima kasih sebab sudi bagi tumpang A703 tu bila2 je
terima kasih sebab sudi datang CFS bila2 aku perlukan

datang support paintball masa RAFEST

terima kasih sebab tak kisah pun aku cerita pape
terima kasih sebab layan je aku nak buat pape pun

survey barang kt PC Fair bersama

terima kasih sebab tak kisah ikut aku pergi mana2 pun
KL, Shah Alam, Subang, Nilai. semua kita redah.
terima kasih sudi hang out sama-sama dengan aku

Midvalley.

terima kasih tolong hantarkan Lulu ke sana
terima kasih sebab kenalkan aku dengan orang2 baru


terima kasih sudi shopping sama-sama

terima kasih sebab selalu ajak aku join segala plan
terima kasih sebab ada bila aku perlukan

uish. banyak sangat terima kasih ni. haha. tapi memang betul la.
sepanjang duduk kat PJ tu, pape hal mesti cari dia
boleh kata pergi mana2, mesti dia ada sekali
kalau takde dia, Hafiz sentiasa ada. haha.
so jarang la bersendirian di sana. mesti ada teman jugak.



partners in crime. truly.

2008 - sambut birthday dia kat D104 dengan roommates
2009 - sambut birthday dia kat sekolah dengan budak2 LI
2010 - tak dapat sambut sebab masa tu kitorang tengah cuti

memang dah boleh jadi bapak orang dah ni

nampaknya tahun ni pun tak dapat sambut jugak.
PASUM dah habis. aku tengah cuti jugak. takpe laa.
ni la orang kata bila dah makin besar. semua susah sikit la.

sanah helwah ya akhi ~
sanah helwah ya akhi ~

*nyanyi lagu arab sikit daaa*

takpe takpe. macam biasa. offer akan dibukak setiap tahun.
datang Penang aku belanja hang. cepat cepat. sebelum offer ditutup.
haha. jangan lupa naa. mai sini jangan tak mai.

ini orang kata suapan kasih sayang :D

di sini video kenangan 5 May :)


Muhammad Akif Bin Zurkornain
5 May 1992 - 5 May 2011
Happy Birthday :)

“And in the end, it's not the years in your life that count. It's the life in your years.”

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars