Friday, April 22, 2011

Sinergi


salam semua

nak kongsi dengan korang. baru je lepas habis baca novel ni.

Photobucket

Sinergi - Hilal Asyraf

ye ye. saya tahu saya lambat baca novel ni. huhu.

dulu selalu jumpa novel ni. tapi tengah takde duet la macam2 la.
so ingatkan nak cari dekat Penang. tapi boleh kata semua kedai buku takde.
so terpaksa la mintak tolong kawan berdua, Akip dan Nisa belikan.
diorang cari kat Kinokuniya, KLCC. alhamdulillah ada. :)

pegi UM hari tu baru dapat ambik novel ni.
balik Penang baru dapat baca. so rumusannya camni la.

secara keseluruhannya novel ni sangat menarik. novel ni cuba mengubah persepsi
kebiasaan masyarakat dari pelbagai aspek dengan tujuan berdakwah.
yup. alhamdulillah saudara Hilal Asyraf berjaya.

novel ini mengajar konsep bersahabat dalam Islam. bukan itu saja. bukan itu sahaja,
ia juga mengetengahkan tentang bagaimana menghadapai pelbagai ujian.
ujian dalam persahabatan, ujian dalam percintaan, ujian ketika berdakwah,
juga ujian menghadapai orang tidak baik. memang menarik.

serius ada. saspen ada. sweet ada. lawak ada. macam macam ada.

bagaimana suatu persahabatan itu boleh kekal hingga akhir?
bagaimana untuk menjadi pemimpin yang dihormati?
bagaimana mahu berhadapan dengan masalah percintaan?
bagaimana untuk berdakwah secara berhikmah?
bagaimana mahu membimbing para pendosa?

semuanya ada dalam buku ini. insyaAllah.

antara ayat ayat yang best dalam novel ni :

"Dua orang yang bersama-sama, mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada dua orang mampu lakukan, sesuatu yang luar biasa. Itulah makna Sinergi. 1+1=3, bukannya 2."

"Aras tertinggi di dalam persahabatan ialah Itsar, di mana seorang sahabat itu akan sanggup melebihkan sahabatnya yang lain, manakala aras paling rendah pula ialah bersangka baik dan berlapang dada."

"Cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan. Biarlah cinta itu dibina atas keredhaan Allah. Bukannya redha Allah dicari atas cinta yang telah dibina."

dan banyak lagi la. so pape pun saya di sini ingin
mengatakan bahawa sesungguhnya novel ini;

RECOMMENDED

baca lah. insyaAllah hati anda akan terpana. :)

"Andai sekiranya engkau terjun ke dalam neraka,
aku akan terjun sekali untuk menarikmu, kemudian berpimpinan tangan ke syurga."

uhibbukum fillah :D

yours truly,

4 comments:

Peqaxlol ;DD said...

memang aku dari dulu nampak, tp tak terbaca2 (tak terbeli) hehee,,

Akif said...

beli laa. besttt. :D

muzzammil said...

pinjam2..

Akif said...

beli la. haha. blh je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars