Tuesday, April 19, 2011

Pelajar Sekolah Agama


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

salam semua

sesungguhnya ini sekadar perkongsian pendapat

pernahkah anda mendengar ayat ayat sebegini?

"eh. kau sekolah agama kan? patut laaa."

"alaa. dia kan budak sekolah agama."

"budak sekolah agama macam ni ke?"

okay. itu ayat ayat cliche yang biasa didengari oleh kebanyakan pelaar-pelajar yang pernah bersekolah di sekolah agama. tak kisah la di mana. yang penting pernah belajar di institusi agama. ataupun pelajaran agama yang lebih berbanding sekolah biasa.



dan pada kebiasaan pandangan masyarakat, mereka akan memandang pelajar-pelajar agama sebagai pelajar yang berbeza daripada pelajar biasa. pada umumnya ya, pelajar agama mendapat input yang lebih tentang agama berbanding yang lain. mereka mendapat kefahaman, pendidikan dan tarbiyah yang lebih ketika di sekolah masing masing.

namun begitu, kebanyakan orang akan beranggapan yang salah.

mereka selalu memikirkan bahawa pelajar agama mesti warak dan alim.
pelajar agama mesti 24 jam berada di masjid dan akan dipandang pelik
jika mereka berada di tempat org kebiasaan berada seperti Midvalley.
pelajar agama mesti membaca Al-Quran selalu dan diharamkan
membaca bahan bacaan lain seperti majalah.
pelajar agama tidak boleh bermain bola yang tidak menutup aurat pada kebiasaannya.
pelajar agama mesti bersopan santun sentiasa sehingga mungkin disalah erti sebagai lurus bendul. dan banyak lagi anggapan kebiasaan masyarakat sekitar.

mind set yang selalu silap.



untuk perkara perkara yang baik, yes. semestinya dan seharusnya
pelajar agama melakukannya setelah mendapat ilmu tentang itu.

tapi bagaimana selain itu?

siapa kata pelajar agama tak boleh pakai jeans?

siapa kata pelajar agama tak boleh bersukan?

siapa kata pelajar agama tak boleh membaca majalah?

siapa kata pelajar agama tak boleh pegi Midvalley?

siapa kata pelajar agama tak boleh berhibur?

BOLEH. mesti la boleh. siapa kata tak boleh?
Islam merangkumi semua cara hidup. semua.
tapi semua itu seharusnya berlandaskan syariat Islam.
pasti haram jika ianya bertentangan dengan syariat.

saya cuma hairan, ada segelintir pelajar yang malu
jika orang mengetahui dia seorang pelajar agama.

pelajar sekolah agama biasanya akan dilabel;
terus tidak boleh membuat perkara perkara yang sebenarnya boleh
kadang-kadang ada pelajar agama yang rela mengaku tidak bersekolah agama
kerana tidak mahu dilabel agar dia bebas melakukan apa sahaja
walaupun sebenarnya perkara itu tidak salah di sisi agama.

bagi saya, asal daripada sekolah agama atau tidak bukanlah isu
saya tidak menafikan bahawa pelajar agama seharusnya berkelakuan lebih baik
kerana mereka sendiri menerima ilmu dan tarbiyah yang lebih tentang agama
tapi pelajar sekolah agama juga adalah manusia biasa. seperti pelajar lain.
iman manusia boleh menurun dan meningkat. yea.



semua orang pastinya melakukan kesilapan. begitu jugak pelajar agama.
yup. ada je yang menjadi lebih teruk dari pelajar biasa setelah keluar.
kenapa? culture shock mungkin? suasana yang berbeza.
kurang iman dan kurang usaha untuk bermujahadah.
susah untuk istiqamah dengan amalan2 yang biasa di sekolah agama.

tetapi biasanya impak kepada pelajar agama yang bersalah; lebih besar
mereka akan dipandang serong, disisihkan, dipulaukan dan sebagainya
walaupun kesilapan itu sebenarnya kecil, tetapi kesannya tetap besar
kenapa semua ini berlaku? ya. kerana persepsi masyarakat yang seperti di atas.

dan akhirnya memberi kesan kepada pelajar agama yang lain
mereka seperti malu mengaku bahawa mereka bersekolah di sekolah agama
takut jika mereka melakukan kesilapan walaupun kecil;
mereka akan menerima nasib yang sama daripada masyarakat

persepsi ini elok kalau diubah bagi saya. kenapa?
bagi saya, pendosa tidak patut disisihkan. semestinya tidak.
apa sebenarnya yang dapat kita bantu jika kita mensisihkan mereka?
mungkin tiada. malah kita seperti membiarkan mereka terus hanyut.
dekati lah mereka. mereka perlu bimbingan. perlu peringatan.

masyarakat seharusnya tidak patut bersangka buruk
setiap orang mempunyai masalah tersendiri. begitu juga pelajar agama.
mungkin masalah dan tekanan yang membawanya kepada kesilapan
dan seterusnya mengheret mereka ke arah perkara mungkar
mereka semestinya perlukan bimbingan. bukan dibiarkan.

saya tidak mengatakan pelajar sekolah agama tidak harus sensitif
seharusnya pelajar agama sensitif dengan title yang dibawa; agama.
jadi dengan itu, barulah pelajar agama akan sentiasa memperbaiki diri
membuat apa yang disuruh Allah, dan meninggalkan larangan-Nya
selalu memperbaharui iman dan meningkatkan amalan

bukan untuk diri sendiri sahaja, malah mengajak orang lain turut bersama
bukan kerana terpaksa. bukan kerana orang itu orang jahat.
juga bukan untuk kebaikan diri sendiri sahaja.
tetapi kerana ianya perintah Allah. atas dasar iman dan taqwa.

keadaan seseorang sekarang itu juga berdasarkan usahanya
usaha mencari ilmu. usaha menjalani tarbiyah. usaha memperbaiki diri.
tidak kira sama ada pelajar sekolah agama ataupun tidak
jika dia berusaha untuk menjadi baik, Allah pasti akan menolongnya

jika sesiapa yang bertanyakan anda soalan ini;

"adakah anda pelajar sekolah agama?"

adakah anda akan mengatakan

"ya"

atau sebaliknya.

untuk maklumat tambahan kepada anda;
tentang isu budak sekolah agama

Hilal Asyraf
Dr Cinta


sekadar perkongsian. peringatan untuk diri sendiri juga.
harap maaf jika ada kesilapan. saya manusia biasa.
mohon diperbetulkan untuk kebaikan semua.
insyaAllah. :)

yours truly,

3 comments:

PEAH said...

ermm setuju..

Cik Nurul said...

SETUJU! pelajar sekolah agama bukan maksum! >.<

muzzammil said...

huuuuu~ apabila pelajar skola agama bersuara.. tabik spring ar kat hg.. haha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars