Wednesday, April 27, 2011

KLIBF 2011


eh. dah lama nak promote kat korang
kat blog LI dah. kat blog aku la pulak kan.
video kitorang yang latest setakat ni

Here Here

amacam? hehe. untuk next video sila bagi cadangan ye.

okay. cukup. nak cerita pasal KLIBF 2011
pekebende huruf huruf gitu kan?


Kuala Lumpur International Book Fair 2011
Putra World Trade Center, Kuala Lumpur

24 April 2011

pukul 1.30 petang bergerak naik feri dah. sampai sana lepak jap.
3.30 petang train terus bertolak ke KL Sentral.

kenapa naik train? dah lama tak naik ooo.
sepanjang dalam train aku habiskan buku ni.



Hilal Asyraf - Matahari

novel yang memuatkan beberapa cerpen.
sejujurnya hati aku terpana. tepat sangat. terasa gila.
rasa macam banyak je dosa aku. rasa macam salah je aku.
astaghfirullahalazim. baca lah. semoga hati anda terbuka. :)

sampai sana pukul 10 malam. terus ambik LRT ke Universiti.
masuk CFS dengan muka selamba naik teksi. pegi bilik Hafiz.
lepak sana la malam ni. malam tu hampeh aku kena dengan beliau.
mengong betul. sokong la sangat kan. takpe2.

***

pelik kan? kenapa aku sanggup ke KL semata-mata book fair?
ini kerana sudah 3 tahun aku kempunan nak pegi sana tau tak
form 4 dan form 5. ramai je buat lawatan pegi sana.
tapi hampeh aku takleh ikut. yela MMU mana pegi book fair.
sedi betul tengok kawan2 balik dengan macam2 novel. huhu.

last year pun masih takde rezeki nak pegi international book fair ni.
sebab masa tu ada kat Jeddah. sangat sedih terlepas lagi tahun tu.
huhu. tapi tahun ini tidak akan ku lepaskan peluangnya. yeaah!

***

25 April 2011


pagi2 bangun siap terus ke seksyen 7. sampai awal jugak.
lepak2 kat surau dulu la. lepas Zohor baru la dia sampai.
so lunch sekali. jumpa kejap je. tak lama pun.
bertukar tukar cerita. biasa je. pastu terus bertolak ke KL.

Hafiz, lupa nak cakap. terima kasih awak bagi tumpang ye. haha.
awak jugak. sian dia penat2 balik terus datang. terima kasih ye.

KTM > KL Sentral > Masjid Jamek > PWTC

sampai je terus pegi KLIBF. masuk PWTC dulu.
tak ramai orang sangat sebab dah petang kan.
jumpa ayahanda di sana. jalan2 tengok booth yang pelbagai.
hari ni mood untuk membeli belum ada. takpe. sabar2.

beli buku Ain Maisarah untuk Ummu. dapat sign sekali. terbaek.


pegi Galeri Ilmu nampak novel terbaru Hilal Asyraf.
Hero dan Takdir. terus sambar la. tak tunggu lama. haha.

then baru balik. makan kat food court The Mall je. malas keluar jauh2.
balik hotel. duduk kat hotel yang dekat giler dengan PWTC.

sebelah tu je. so bila2 masa boleh turun naik book fair.
malam tu rest jela. takde pape pun. tidoo.

26 April 2011

bangun pagi2. breakfast kat hotel. beli breakfast untuk ayahanda.
pastu turun dulu pegi book fair. mood membeli di turn on kan.
pegi satu satu booth. segala dewan masuk. semua la senang cerita.
ambik saja pape yang rasa berkenan di hati. fuuhh.


Doraemon. memang heaven. tapi aku dah ada laa.

kepada peminat2 Ramlee Awang Mursyid
Sutera Bidadari sudah keluar. haha.

banyak jugak aktiviti yang ada kat sini.

forum tentang apa entah. tapi pasal Bahasa Melayu la.
aku harap Farez Syinon akan berada di pentas itu.
menegakkan darjat Bahasa Melayu. dan pergi lebih jauh.

karikatur di Creative Enterprise

pertunjukkan memasak di PTS

sesi autograf di MOY

round round semua tingkat la. settlekan semua.
dan kehadiran budak sekolah sangat lah ramai.
tak terkecuali KISAS. junior2 yang aku tak kenal dah.

so buku-buku yang aku beli

snap la sket

hambek. puas hati. semua aku rasa macam best aku borong.
puas hati. boleh laa. alhamdulillah. syukur syukur.

petang baru habis. then baru balik hotel lepas dinner.
rest jugak la macam biasa. fuuhh. penat oh.

27 April 2011

pagi tu pegi jugak book fair. tengok2 la kot ada lagi yang nak.
pastu penat dah. balik awal sikit. lepas lunch tido jap.
ayahanda masih pusing2. petang baru balik.
malam tu siap siap nak balik dah. lepas Maghrib bertolak.

sampai KL Sentral. makan kat KFC dulu. pastu relax jap.
pukul 10 malam masuk train. bertolak ke Butterworth.
dalam train aku tak tido pun. buatpe? haa. ada laa.
nantikan di post yang seterusnya. yeaahh.

alhamdulillah. hajat ke KLIBF tercapai jugak akhirnya. :)

yours truly,

4 comments:

AzyanAaziz said...

ok. aku benci ko. waaaaaaaaaaaaaaa. aku da tentu2 5 tahun xdapat pergi. uhuhuuu.

Akif said...

sabar. dlu bkn ko dh pnah pegi ke? nseb la. hahaha

Q-Bear™ said...

Haha. Ciannye bru dpt pi... Ak thn ni xpt pi lgi... T_T

Akif said...

alaa. ko x dpt pegi gak thn ni. haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars