Sunday, April 3, 2011

Karnival Futsal - 030411



3 April 2011

Happy Birthday, Ummu Habibah

adik bongsu manja yang amat. dah besar.
nak UPSR. tok sah main2 aaa. cheq ketok satgi.
jangan dok tauge sangat. dengar cakap mak ayah.
paling penting hormat orang yang lebih tua.
may Allah bless.



pagi pagi sudah bangun siap siap dah.
6.45 pagi standby. tunggu diorang sume.
naseb baik ayahanda benarkan bawak Estima tuh.
so ada la transport nak pegi seberang. sekali angkut satu team.
pukul 7.00 semua sampai. terus bertolak.
destinasi - Safira Sports Planet

sampai2 je tak ramai orang lagi. ok la sampai awal.
eh. buat apa kat sini? laaa. ada ni laa.

yup. Karnival Futsal & Sorak Harian Metro

team Bedesup hantar untuk futsal je. sorak tak aaa.
aku sebagai pengiring je la. sebab ni bawah 17.
so tak leh join. waa. asal la tak masuk open. aduih.
tapi open lagi competitive la. susah kot. huhu. takpe2.
tengok je la budak2 junior ni main camne.

lepas register masuk dalam tunggu perlawanan diorang.

bagi aku, aku masuk2 je mak aih. team futsal perempuan pun ada.
first time aku tengok secara live perempuan main futsal.
selama ni tengok dalam tv je. cerita Gol dan Gincu.
ni real punya. they're so strong, so tough. dah macam lelaki pulak.

dan yang paling aku ingat adalah
diorang akan berambut pendek macam lelaki;
rambut diorang akan dye, tak pun tercacak;
pakai shorts, kasut sume macam player futsal biasa
dan yang paling penting mesti kunyah chewing gum.
aku pun tak paham. adakah ini trend?
ohh. mungkin aku agak ketinggalan sikit dalam trend ni.

game diorang pun smart jugak. ada strategies.
walaupun rembatan tak kuat macam lelaki kan.
tapi semua hati kering je. sanggup redah pape asalkan goal.
kalau junior2 ni nak lawan diorang pun belum tentu menang.
so conclusion, Fazura dalam Gol dan Gincu tu bukanlah
contoh yang sesuai untuk player futsal wanita. berbeza giler.

Bedesup FC. mana diorang dapat nama pun tak tau la.
naseb je. game diorang start pukul 10.30 pagi.
last minit baru tau kena pakai stoking panjang.
terpaksa la keluar cari stoking. hampeh betul.

game 5 minit satu half. player 5 sebelah.
so memang terhad jugak la. sikit je. huhu.

first game. maseh nervous. biasa laa.

ada la cabaran timbang bola kat luar tu.
macam2 gerai bukak kat luar tu. boleh je beli.

second game. confidence naik skit.

sekali Athif jadi keeper la pulaaak

second game pukul 12.30 tengah hari. habis je.
so memang takde rezeki la. boleh nampak daripada game.
strategy belum mantap. teamwork pun kurang.
so ok la. dapat jugak pengalaman diorang ni.

lepas tu terus balik ke pulau la. singgah makan jap.
penat; lapar; mengantok dan segala bagai lagi laa.

makan makan

asal la team senior ramai yang tak cuti
aku sorang je cuti. Afdzal belum. yang lain pun tak.
UIA la ni. cuti tak pernah sama. huhu. naseb la.
team senior turun mesti lagi best. yeaaahhh.

******

ok. badan panas je. adakah pengaruh cuaca?
Penang ni hujan panas hujan panas tiap tiap hari.
harap harap tak demam la. Ya Allah peliharalah kesihatan kami.
insyaAllah.

p/s: UM; matriks; MUET; good luck untuk korang yang exam! :D


yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars