Wednesday, April 27, 2011

Contengan Jalanan


salam semua

nak share dengan korang la. tapi yang penting jangan jeles aa.

hari pertama sampai kat PWTC. terus pegi kat Jemari Seni punya booth.
banyak novel. cari punya cari punya cari dan cari lagi. TAKDE.
takde? pelik. masa tu dah pukul 6 lebih kan. hmm. takpe.
cari esok jela. lagipun tengah takde duet jugak masa tu.

esoknya datang lagi. pagi pagi. pukul 10 lebih. baru je bukak.
pegi terus ke booth Jemari Seni. tengok novel lagi.
ada abang ni datang la kan. dia cakap la ada promosi, diskaun bla bla.
pastu aku tanya novel apa yang dia nak recommend.
ada 3 novel yang dia suggest. salah satunya memang novel yang aku nak.

novel apa? tak lain dan tak bukan.



Hlovate - Contengan Jalanan

novel terbaru daripada Hlovate. gua sudah memilikinya. yeahh.
so kepada mereka yang belum ada rezeki nak pegang novel ni.
jangan jeles ye. tak baik. insyaAllah ada la rezeki tu nanti. hehe.

lepas booth Jemari Seni aku jalan la keliling book fair tu.
bila patah balik kat booth Jemari Seni dalam pukul 11 lebih.
tengok la ada lagi ke tak kan novel tu. tapi tapi.
ada nota yang ditulis di kadbod untuk notis kepada pengunjung.

"Harap Maaf. Novel Hlovate - Contengan Jalanan sudah habis.
Sila tunggu sehingga stok yang akan datang. Terima kasih."

lebih kurang gitu la ayat dia. aku pun what the ...?
baru sejam lebih dah SOLD OUT? laju gi-la. fuuhh.
alhamdulillah aku dapat rembat dulu. kalau tak nangis tak berlagu kang.
okay. tu over la. tapi betul la. memang putih mata nanti. huhu.

on the way balik ke Penang memang aku baca novel ni
nak tengok apa yang Hlovate nak ketengahkan kali ni
so sepanjang dalam train dari pukul 10 malam sampai 5 pagi
aku tak tido langsung mengadap novel tu. orang lain tido je.
best jugak layan novel dalam train. sejuk je. permandangan kat luar gelap.
sorang sorang je kat seat. fuuh. masyuk gler. memang layan la.

so overall aku cakap novel ni best. bagi aku la. tak tau bagi korang camne.
dua kisah dalam satu cerita. Fend dengan K². menarik. :)
okay. tak nak spoil banyak banyak. haha.

pernah korang terfikir kenapa kita hidup?
kalau korang sedang mencari erti hidup sebenar, baca la. :D

"there's a difference between living life and merely being alive"
Hlovate

yours truly,

KLIBF 2011


eh. dah lama nak promote kat korang
kat blog LI dah. kat blog aku la pulak kan.
video kitorang yang latest setakat ni

Here Here

amacam? hehe. untuk next video sila bagi cadangan ye.

okay. cukup. nak cerita pasal KLIBF 2011
pekebende huruf huruf gitu kan?


Kuala Lumpur International Book Fair 2011
Putra World Trade Center, Kuala Lumpur

24 April 2011

pukul 1.30 petang bergerak naik feri dah. sampai sana lepak jap.
3.30 petang train terus bertolak ke KL Sentral.

kenapa naik train? dah lama tak naik ooo.
sepanjang dalam train aku habiskan buku ni.



Hilal Asyraf - Matahari

novel yang memuatkan beberapa cerpen.
sejujurnya hati aku terpana. tepat sangat. terasa gila.
rasa macam banyak je dosa aku. rasa macam salah je aku.
astaghfirullahalazim. baca lah. semoga hati anda terbuka. :)

sampai sana pukul 10 malam. terus ambik LRT ke Universiti.
masuk CFS dengan muka selamba naik teksi. pegi bilik Hafiz.
lepak sana la malam ni. malam tu hampeh aku kena dengan beliau.
mengong betul. sokong la sangat kan. takpe2.

***

pelik kan? kenapa aku sanggup ke KL semata-mata book fair?
ini kerana sudah 3 tahun aku kempunan nak pegi sana tau tak
form 4 dan form 5. ramai je buat lawatan pegi sana.
tapi hampeh aku takleh ikut. yela MMU mana pegi book fair.
sedi betul tengok kawan2 balik dengan macam2 novel. huhu.

last year pun masih takde rezeki nak pegi international book fair ni.
sebab masa tu ada kat Jeddah. sangat sedih terlepas lagi tahun tu.
huhu. tapi tahun ini tidak akan ku lepaskan peluangnya. yeaah!

***

25 April 2011


pagi2 bangun siap terus ke seksyen 7. sampai awal jugak.
lepak2 kat surau dulu la. lepas Zohor baru la dia sampai.
so lunch sekali. jumpa kejap je. tak lama pun.
bertukar tukar cerita. biasa je. pastu terus bertolak ke KL.

Hafiz, lupa nak cakap. terima kasih awak bagi tumpang ye. haha.
awak jugak. sian dia penat2 balik terus datang. terima kasih ye.

KTM > KL Sentral > Masjid Jamek > PWTC

sampai je terus pegi KLIBF. masuk PWTC dulu.
tak ramai orang sangat sebab dah petang kan.
jumpa ayahanda di sana. jalan2 tengok booth yang pelbagai.
hari ni mood untuk membeli belum ada. takpe. sabar2.

beli buku Ain Maisarah untuk Ummu. dapat sign sekali. terbaek.


pegi Galeri Ilmu nampak novel terbaru Hilal Asyraf.
Hero dan Takdir. terus sambar la. tak tunggu lama. haha.

then baru balik. makan kat food court The Mall je. malas keluar jauh2.
balik hotel. duduk kat hotel yang dekat giler dengan PWTC.

sebelah tu je. so bila2 masa boleh turun naik book fair.
malam tu rest jela. takde pape pun. tidoo.

26 April 2011

bangun pagi2. breakfast kat hotel. beli breakfast untuk ayahanda.
pastu turun dulu pegi book fair. mood membeli di turn on kan.
pegi satu satu booth. segala dewan masuk. semua la senang cerita.
ambik saja pape yang rasa berkenan di hati. fuuhh.


Doraemon. memang heaven. tapi aku dah ada laa.

kepada peminat2 Ramlee Awang Mursyid
Sutera Bidadari sudah keluar. haha.

banyak jugak aktiviti yang ada kat sini.

forum tentang apa entah. tapi pasal Bahasa Melayu la.
aku harap Farez Syinon akan berada di pentas itu.
menegakkan darjat Bahasa Melayu. dan pergi lebih jauh.

karikatur di Creative Enterprise

pertunjukkan memasak di PTS

sesi autograf di MOY

round round semua tingkat la. settlekan semua.
dan kehadiran budak sekolah sangat lah ramai.
tak terkecuali KISAS. junior2 yang aku tak kenal dah.

so buku-buku yang aku beli

snap la sket

hambek. puas hati. semua aku rasa macam best aku borong.
puas hati. boleh laa. alhamdulillah. syukur syukur.

petang baru habis. then baru balik hotel lepas dinner.
rest jugak la macam biasa. fuuhh. penat oh.

27 April 2011

pagi tu pegi jugak book fair. tengok2 la kot ada lagi yang nak.
pastu penat dah. balik awal sikit. lepas lunch tido jap.
ayahanda masih pusing2. petang baru balik.
malam tu siap siap nak balik dah. lepas Maghrib bertolak.

sampai KL Sentral. makan kat KFC dulu. pastu relax jap.
pukul 10 malam masuk train. bertolak ke Butterworth.
dalam train aku tak tido pun. buatpe? haa. ada laa.
nantikan di post yang seterusnya. yeaahh.

alhamdulillah. hajat ke KLIBF tercapai jugak akhirnya. :)

yours truly,

Friday, April 22, 2011

Sinergi


salam semua

nak kongsi dengan korang. baru je lepas habis baca novel ni.

Photobucket

Sinergi - Hilal Asyraf

ye ye. saya tahu saya lambat baca novel ni. huhu.

dulu selalu jumpa novel ni. tapi tengah takde duet la macam2 la.
so ingatkan nak cari dekat Penang. tapi boleh kata semua kedai buku takde.
so terpaksa la mintak tolong kawan berdua, Akip dan Nisa belikan.
diorang cari kat Kinokuniya, KLCC. alhamdulillah ada. :)

pegi UM hari tu baru dapat ambik novel ni.
balik Penang baru dapat baca. so rumusannya camni la.

secara keseluruhannya novel ni sangat menarik. novel ni cuba mengubah persepsi
kebiasaan masyarakat dari pelbagai aspek dengan tujuan berdakwah.
yup. alhamdulillah saudara Hilal Asyraf berjaya.

novel ini mengajar konsep bersahabat dalam Islam. bukan itu saja. bukan itu sahaja,
ia juga mengetengahkan tentang bagaimana menghadapai pelbagai ujian.
ujian dalam persahabatan, ujian dalam percintaan, ujian ketika berdakwah,
juga ujian menghadapai orang tidak baik. memang menarik.

serius ada. saspen ada. sweet ada. lawak ada. macam macam ada.

bagaimana suatu persahabatan itu boleh kekal hingga akhir?
bagaimana untuk menjadi pemimpin yang dihormati?
bagaimana mahu berhadapan dengan masalah percintaan?
bagaimana untuk berdakwah secara berhikmah?
bagaimana mahu membimbing para pendosa?

semuanya ada dalam buku ini. insyaAllah.

antara ayat ayat yang best dalam novel ni :

"Dua orang yang bersama-sama, mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada dua orang mampu lakukan, sesuatu yang luar biasa. Itulah makna Sinergi. 1+1=3, bukannya 2."

"Aras tertinggi di dalam persahabatan ialah Itsar, di mana seorang sahabat itu akan sanggup melebihkan sahabatnya yang lain, manakala aras paling rendah pula ialah bersangka baik dan berlapang dada."

"Cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan. Biarlah cinta itu dibina atas keredhaan Allah. Bukannya redha Allah dicari atas cinta yang telah dibina."

dan banyak lagi la. so pape pun saya di sini ingin
mengatakan bahawa sesungguhnya novel ini;

RECOMMENDED

baca lah. insyaAllah hati anda akan terpana. :)

"Andai sekiranya engkau terjun ke dalam neraka,
aku akan terjun sekali untuk menarikmu, kemudian berpimpinan tangan ke syurga."

uhibbukum fillah :D

yours truly,

Tuesday, April 19, 2011

Pelajar Sekolah Agama


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

salam semua

sesungguhnya ini sekadar perkongsian pendapat

pernahkah anda mendengar ayat ayat sebegini?

"eh. kau sekolah agama kan? patut laaa."

"alaa. dia kan budak sekolah agama."

"budak sekolah agama macam ni ke?"

okay. itu ayat ayat cliche yang biasa didengari oleh kebanyakan pelaar-pelajar yang pernah bersekolah di sekolah agama. tak kisah la di mana. yang penting pernah belajar di institusi agama. ataupun pelajaran agama yang lebih berbanding sekolah biasa.



dan pada kebiasaan pandangan masyarakat, mereka akan memandang pelajar-pelajar agama sebagai pelajar yang berbeza daripada pelajar biasa. pada umumnya ya, pelajar agama mendapat input yang lebih tentang agama berbanding yang lain. mereka mendapat kefahaman, pendidikan dan tarbiyah yang lebih ketika di sekolah masing masing.

namun begitu, kebanyakan orang akan beranggapan yang salah.

mereka selalu memikirkan bahawa pelajar agama mesti warak dan alim.
pelajar agama mesti 24 jam berada di masjid dan akan dipandang pelik
jika mereka berada di tempat org kebiasaan berada seperti Midvalley.
pelajar agama mesti membaca Al-Quran selalu dan diharamkan
membaca bahan bacaan lain seperti majalah.
pelajar agama tidak boleh bermain bola yang tidak menutup aurat pada kebiasaannya.
pelajar agama mesti bersopan santun sentiasa sehingga mungkin disalah erti sebagai lurus bendul. dan banyak lagi anggapan kebiasaan masyarakat sekitar.

mind set yang selalu silap.



untuk perkara perkara yang baik, yes. semestinya dan seharusnya
pelajar agama melakukannya setelah mendapat ilmu tentang itu.

tapi bagaimana selain itu?

siapa kata pelajar agama tak boleh pakai jeans?

siapa kata pelajar agama tak boleh bersukan?

siapa kata pelajar agama tak boleh membaca majalah?

siapa kata pelajar agama tak boleh pegi Midvalley?

siapa kata pelajar agama tak boleh berhibur?

BOLEH. mesti la boleh. siapa kata tak boleh?
Islam merangkumi semua cara hidup. semua.
tapi semua itu seharusnya berlandaskan syariat Islam.
pasti haram jika ianya bertentangan dengan syariat.

saya cuma hairan, ada segelintir pelajar yang malu
jika orang mengetahui dia seorang pelajar agama.

pelajar sekolah agama biasanya akan dilabel;
terus tidak boleh membuat perkara perkara yang sebenarnya boleh
kadang-kadang ada pelajar agama yang rela mengaku tidak bersekolah agama
kerana tidak mahu dilabel agar dia bebas melakukan apa sahaja
walaupun sebenarnya perkara itu tidak salah di sisi agama.

bagi saya, asal daripada sekolah agama atau tidak bukanlah isu
saya tidak menafikan bahawa pelajar agama seharusnya berkelakuan lebih baik
kerana mereka sendiri menerima ilmu dan tarbiyah yang lebih tentang agama
tapi pelajar sekolah agama juga adalah manusia biasa. seperti pelajar lain.
iman manusia boleh menurun dan meningkat. yea.



semua orang pastinya melakukan kesilapan. begitu jugak pelajar agama.
yup. ada je yang menjadi lebih teruk dari pelajar biasa setelah keluar.
kenapa? culture shock mungkin? suasana yang berbeza.
kurang iman dan kurang usaha untuk bermujahadah.
susah untuk istiqamah dengan amalan2 yang biasa di sekolah agama.

tetapi biasanya impak kepada pelajar agama yang bersalah; lebih besar
mereka akan dipandang serong, disisihkan, dipulaukan dan sebagainya
walaupun kesilapan itu sebenarnya kecil, tetapi kesannya tetap besar
kenapa semua ini berlaku? ya. kerana persepsi masyarakat yang seperti di atas.

dan akhirnya memberi kesan kepada pelajar agama yang lain
mereka seperti malu mengaku bahawa mereka bersekolah di sekolah agama
takut jika mereka melakukan kesilapan walaupun kecil;
mereka akan menerima nasib yang sama daripada masyarakat

persepsi ini elok kalau diubah bagi saya. kenapa?
bagi saya, pendosa tidak patut disisihkan. semestinya tidak.
apa sebenarnya yang dapat kita bantu jika kita mensisihkan mereka?
mungkin tiada. malah kita seperti membiarkan mereka terus hanyut.
dekati lah mereka. mereka perlu bimbingan. perlu peringatan.

masyarakat seharusnya tidak patut bersangka buruk
setiap orang mempunyai masalah tersendiri. begitu juga pelajar agama.
mungkin masalah dan tekanan yang membawanya kepada kesilapan
dan seterusnya mengheret mereka ke arah perkara mungkar
mereka semestinya perlukan bimbingan. bukan dibiarkan.

saya tidak mengatakan pelajar sekolah agama tidak harus sensitif
seharusnya pelajar agama sensitif dengan title yang dibawa; agama.
jadi dengan itu, barulah pelajar agama akan sentiasa memperbaiki diri
membuat apa yang disuruh Allah, dan meninggalkan larangan-Nya
selalu memperbaharui iman dan meningkatkan amalan

bukan untuk diri sendiri sahaja, malah mengajak orang lain turut bersama
bukan kerana terpaksa. bukan kerana orang itu orang jahat.
juga bukan untuk kebaikan diri sendiri sahaja.
tetapi kerana ianya perintah Allah. atas dasar iman dan taqwa.

keadaan seseorang sekarang itu juga berdasarkan usahanya
usaha mencari ilmu. usaha menjalani tarbiyah. usaha memperbaiki diri.
tidak kira sama ada pelajar sekolah agama ataupun tidak
jika dia berusaha untuk menjadi baik, Allah pasti akan menolongnya

jika sesiapa yang bertanyakan anda soalan ini;

"adakah anda pelajar sekolah agama?"

adakah anda akan mengatakan

"ya"

atau sebaliknya.

untuk maklumat tambahan kepada anda;
tentang isu budak sekolah agama

Hilal Asyraf
Dr Cinta


sekadar perkongsian. peringatan untuk diri sendiri juga.
harap maaf jika ada kesilapan. saya manusia biasa.
mohon diperbetulkan untuk kebaikan semua.
insyaAllah. :)

yours truly,

MUET : 08-180411


oh hai. lama tak update blog kan. kenapa?
sebab takde kat rumah. tapi bukan tu sebab utama.
busy. yup. paling tepat la. kenapa? ini la sebabnya.
panjang ye post ini. kalau rajin baca laa.

8 April 2011

Penang to Kuala Lumpur (LCCT); 2.55pm
arrived on 3.55pm. pukul 4 baru kakak datang.
pegi Nilai. tapi aku terus ambik kereta pegi KTM Nilai.
ambik Hafiz. baru balik rumah. malam ada program.

ok. sebelum pape aku nak bagitau tujuan aku datang sini.

first; semestinya sebab MUET
second; pemibikinan MV Tonight
third; jumpa kawan2 especially budak2 PASUM yang nak habis
fourth.; jalan jalan aa. duduk Penang sorang bosan oh

pasal pengambaran video tu akan diceritakan di post yang lain
tu pun kalau aku rajin nak type la. hehe.

balik rumah, rest jap. malam keluar balik. call Farah terus.
dia cakap datang dengan Husna. okay la. Safwan takleh join.
dia kena balik Bangi. adeh. so teruskan jela dengan pengambaran scene
Farah ni. pape hal dinner dulu. pastu keluar idea gila.
nak pegi tengok rumah hantu. kat Shah Alam. mak aih. jauh kot.
takpe la. redah je. dalam pukul 10 lebih bertolak. fuuh.
dengan malam jalan yang sibuk. mamun segala bagai.
sesat lagi tu. jalan tu jalan ni la. hahaha. at last sampai jugak.

dalam sebelas lebih. diorang tak nak tengok lagi rumah tu. takpe.
pegi Delta jap. buat surprise kat orang tu. haha. sian dia eh.
pegi area Plaza Alam Sentral untuk rakaman scene Farah. malam2 tu.




then baru pegi tengok rumah hantu kat seksyen 2 tu.
lepas tu Husna bawak pegi tengok rumah hantu kat SAMTAJ.
then lepak2 kat kedai mamak la minum2 kan. Husna tunjuk rumah dia jap.
pastu baru balik. ikut jalan yang Farah tunjuk. jap je dh sampai Nilai.
uih. steady la. haha. tapi sampai dalam 3 pagi jugak la kat umah. adeh.


is this what they call uncertainty?

9 April 2011

dalam pukul 10 pagi tu ajak kakak dengan kawan dia pegi umah Abang Kamal.
rumah adik abang Nazri la. sebab nanti nak tumpang letak kereta kat situ.
sampai2 je kak Ainida ada. sembang2 sambil minum2. dalam 11 lebih baru balik.
electrician takde. so takleh repair lagi la plug kat rumah tu. takpe.
kitorang ambik teksi pegi KTM. terus sampai ke UM. Hafiz pegi Midvalley.

jumpa Akip depan library lepas tu balik KK12. letak barang dan solat.
patah balik library. masuk seludup la sket kan. naseb baik lepas.
jumpa Nisa kat library. muka terkejut je. naseb la. haha.
lepak jap je tengok2 kena keluar dah. ceh. takpe2.
malam tu kitorang pegi rumah kakak Akip. Hafiz pun join.
nak tengok anak sedara Akip. tambah lagi sorang lelaki lagi.

nak tengok tak? ni haa.


yang ni pulak abang dia.

sian dia. tak sempat manja lama2. haha.

I know I'm not the same. not like them.

10 April 2011

breakfast siap2 kat rumah kakak Akip. main dengan budak2.
lepas tu nak balik. tumpang abang sepupu Akip.
terima kasih la atas semuanya eh. susah2 je tumpang rumah orang.
tengah hari jugak la sampai UM. tapi lepak kat kafe dulu.
ajak Yani dengan Nisa. minum2 je. tak makan pun.
bagi external suruh Nisa copy segala cerita2 yang best. haha.
lepas tu baru naik atas. mandi2 siap2 semua baru keluar.

Fifa dah sms kata ada orang tak makan2 dari pagi tadi. adehh.
naik KTM ke Padang Jawa. sampai je solat jap kat masjid.
terus ke seksyen 7. call dia tapi kak long yang angkat. erk.
katanya ada kat bawah. tengah study. so masuk jela. owh. ada pun.
muka cam sedih je. haha. teman dia study. aku online jela.

tengah2 online tiba2 ada angkatan datang. haha.
sambil conteng2 di whiteboard. uish. macam ada hajat je datang.
Faten, Alia, Syida. ooo. paham2. jom la pegi beli aiskrim. haha.

karya mereka. -_-"

then sambung duduk study sekali. lepas tu baru pegi dinner.
teringin nak makan KFC kan. ok la. nak jauh2 je. makan sambil sembang2.
lepas tu jalan pegi Delta balik. baru balik UM. Hafiz dengan Akip ada je.
diorang dinner sekali dengan Ummi dan Suhaila. tak sempat la.

naik atas. Hafiz online. layan manga ke apa entah. Akip study la.
tengah exam kot. so tak nak kacau diorang. aku tak tau nak buatpe.
suruh Nisa turun. nak external aku. nak layan movie. haha.
turun bawah sembang2 jap dengan dia. fuuh. cerita dah sampai kat dia dah.
memang laju eh dengan teknologi sekarang ni. ish ish. takpe2.
malam tu layan cite Devil. mula2 sorang je. pastu Akip dengan Hafiz pun join.
hampeh study jap je Akip nih. haha. naseb laa.

I don't know why. my heart skips a beat.

11 April 2011

pagi pagi lagi Hafiz dah balik UIA. dia ada kelas. Akip pegi exam.
aku lepak kat bilik. tiba tiba Hanis call ajak pegi Midvalley.
okay jela. pack barang. pegi Midvalley. cari barang yang aku nak.
takde la pulak. adeh. takpe la. survey barang2 lain pulak. hmm.
jumpa diorang. Hanis, Safwan, Nuzul. tengok Gantz. main kat arcade.
tak makan pun. Hanis dengan Safwan naik KTM. aku dengan Nuzul balik campus.

masuk ikut masjid je. lepak bilik Hafiz pulak. lepas Maghrib pegi bilik Aiman.
sembang pasal MUET. mintak tips la sikit kan kat Aiman. aku speaking test esok.
pastu sembang macam2 la. sampai 3 pagi baru balik bilik.
Hafiz tak tido pun. buatpe entah. aku kena tido la. esok test. huhu.

I know I'm starting to feel comfortable. with you.


12 April 2011

bangun pukul berapa entah. mandi2 sume. Hafiz tak tido lagi.
dalam 10.30 pagi pegi AMF. ramai dah standby untuk speaking test.
aku satu tempat dengan Mael. sembang la sepanjang quarantine tu.
group dia masuk dulu. group aku last. memang agak hampeh jugak la.
tunggu dari pagi sampai 1 baru boleh masuk. penat aaaahh. huhu.

aku dapat candidate C. ok la jugak. takde rush sangat kan. fuuh.
individual task memang hentam je memanjang. naseb la examiner tu.
untuk group tu ok la. point aku pegang menang. puas2. haha.
habis je aku balik bilik. ada la aku bagitau Mael yang kitorang nak pegi KL.
dia cakap nak join. so takpe la. Hafiz tengah tido. penat sangat kot.
so takpe la. biar dia tido dulu. aku dengan Mael gerak dulu.

pegi UM. jumpa Akip jap. ambik barang2 yang diperlukan.
Hafiz standby kat stesen Universiti. jumpa dia terus bergerak ke location.
kitorang pegi Central Market. projek memang baek punya la.
lepas dah habis tu perghhh sekali terkantoi daa. sian Hafiz.
tak keruan dah. haha. silap teknik la tak check line dulu. adehh.

Aiman pesan beli Dunkin Donut. so singgah Midvalley.
aku pegi beli apa yang aku survey dulu. masuk kedai ni.
pegi kedai sana pulak. owh okay set. beli je. dah habis tu kitorang balik jela.
Mael dengan Hafiz balik UIA. aku pegi UM je.
lepak kat bilik. penat kot. tido awal malam tu.

your eyes shine. your smile mesmerizes.

13 April 2011

pagi tu bangun Akip dah pegi exam. siap siap semua.
ambik barang pegi ke UIA. sampai2 je Hafiz dah habis dah speaking test.
okay la. kitorang teruskan dengan pengambaran. Mael pun join.
di location yang tertentu. memang baek punya la. pastu baru makan.
lepas makan kitorang balik bilik. solat2 dulu. baru bertolak Nilai.
sampai sana petang jugak la. ada tempat pengambaran macam terbaek.
hentam jela. pastu suruh call Farah suruh dia datang ambik kitorang.
sebab dia cakap lapar. okay la. pegi makan dulu. sembang2 sekali.

Maghrib solat kat masjid. pastu pegi Nilam. ambik Safwan.
Farah bawak Husna. kena jadi driver kitorang. sanggup tu.
siap bawak nota untuk study lagi. terima kaseh banyak2 la korang.
teruskan ke location yang berikutnya. settle je kat tempat tu pegi minum jap.


masa tengah minum. Safwan masih dalam mood pengambaran.

nak kejar train last balik KL. Farah hantar kat KTM Batang Benar.
balik KL. pengambaran diteruskan jugak. sampai KL Sentral.
pukul 12 dah. LRT takde. call Akip. dia datang dengan member dia.
dengan kereta ambik kitorang. balik ke UM. fuuhh.

naik bilik rest la. malam tu kitorang edit video untuk teaser. sebab semua dah record.
scene semua dah settle. so ok la. start edit Solar. hasilnya perghh. gempak kot. haha.
pastu Hafiz aku tak tau la dia buatpe. rasanya online kot.
tak tido lagi la tu. Akip study je la kan. mana habis exam lagi.

I'm hard to tell what I feel. really. if you know me.

14 April 2011

aku tak tau kenapa aku bangun awal hari ni. Akip nak pegi exam.
aku dah bangun dah. tak tido balik. Hafiz tengah tido. sah tak tido semalam.
mentang2 la hari ni dia takde kelas. naseb baik la.
tiba tiba aku rasa macam nak edit video tu. so start la edit. ikut lagu je.
sampai Akip habis exam dia suruh turun bawah makan. tak mandi lagi so tak nak.
dia bungkus nasi untuk kitorang bawak naik atas. aku baru siap edit 40% je.
takpe la. makan2. Macap datang bilik. sembang2. kejut Hafiz pulak.

suruh dia mandi makan solat sume. pastu baru kitorang gerak.
Nisa dengan Yani dah tunggu dah. settle sume terus pegi.
destinasi semestinya Midvalley. dekat je kan. okay la.
weekday kan. so tak ramai orang. tengok Hop. main kat arcade.
nak makan tapi Yani puasa so kitorang balik dulu la. pegi KK11.
order siap2. Maghrib kitorang makan sekali. lepas tu pegi solat.
sambung sembang tunggu hujan stop. baru balik bilik.

naik bilik praktis terus. nak kejar dateline punya pasal la ni.
praktis praktis praktis. rasa dah confident skit baru siap2.
Akip pegi pinjam motor kat member dia. hantar kitorang pegi location tu.
untuk rakaman. memang terbaek la. settle tu baru balik bilik.
sesi editing dan segala bagai bermula. fuuh. start terus malam tu.
malam tu memang tak tido la. semua nak siapkan malam tu jugak.
sepanjang malam mengadap laptop. sebelah aku Hafiz yang bosan.
asyik ganggu aku dengan ayat2 cintan. hampeh betul. geli giler.


gambar yang diambil oleh Hafiz. muka mengantok je. huhu.
masa ni beliau berkata,
"weh. hang hensem macam Shah Rukh Khan la"

memang nak kena hempuk la mamat nih.

I'm not the one who easily fall

15 April 2011

sampai la Subuh baru la siap sepenuhnya. kejut Akip.
tengok video ni. perghhh. memang terbaek. sume gelak je. haha.
lepas Subuh; Akip siap nak exam. Hafiz kena balik campus. ada kelas.
aku teruskan dengan sesi tidur. fuuh. pukul 10 pagi bangun balik.
bertolak ke Nilai. kena ambik kakak. solat Jumaat kat sana.
then hantar kakak ke LCCT. baru balik ke UIA. ambik Hafiz pulak.
patah balik UM ambik Nisa. pegi ke Shah Alam. alamak. petang2 ni jam daa.

memang sampai petang la. sian dia tunggu kan. tapi surprise untuk awak.
Nisa sekali datang. hehe. Hafiz pun ada jugak. ok la. pegi makan dulu.
sembang2 semua macam biasa la. lepas tu pegi surau solat maghrib.
ajak pegi UM. tengok2 serius pulak budak ni. ingatkan main main.
so ok la. lepas pack sume terus bertolak balik. ikut jugak eh. :P

sampai UM tak tau nak buatpe. Akip keluar. tak balik lagi.
so lepak kat tasik jela tunggu Akip balik. sambil tengok orang lain.
sembang2 lagi sambil menghirup udara malam. fuuhh.
rasa lapar dan dahaga pegi la kafe. Fara study la konon. haha.
then Akip call. pegi ambik dia kat masjid. Fara ikut. boleh jumpa budak tu.
haaa. baru la kenal. haha. pastu lepak kafe balik. makan2. sembang2.
Yani pun turun join kitorang. ada la orang datang buat magic. haha.
sembang2 je kitorang. dah habis baru la naik bilik.

ni la jadi bila semua tak habis makan. :D

ingatkan nak balik UIA tido sana. tapi dah lambat.
kang kena bebel dengan pak guard. tak nak la. tido sini jela.

call me poyo. call me cerewet. call me bajet. whatever you want.


16 April 2011

pagi2 lagi dah bangun terus ke UIA. kitorang exam wo.
bawak segala yang diperlukan. dalam 7.30 pagi dah gerak.
aku dapat tempat kat Annex. ok la kot. masuk je.



Reading test - 8.00 until 9.30 am (mengantuk la pulak)
Writing test - 10.00 until 11.30 am (entah apa la aku merepek)
Listening test - 12.00 until 12.30 pm (at last!)

habis pun MUET. fuuh. alhamdulillah. dah buat yang terbaik.
sekarang tawakkal je la. insyaAllah.

dah habis tu kitorang pegi UM. naik bilik jap rest.
turun bawah pulak. pape hal makan la dulu kan.
semua dah ada. Akip, Hafiz, Fara, Nisa. Yani pun join sekali.
lepas makan naik atas solat dulu. then baru bertolak.
weekend bila dah tengah hari ni jam jugak adehh.

pegi Sunway. masuk parking sume. turun dah.
ingatkan nak pegi TGV. tapi ramainya umat. adeh. pegi bowling.
full sampai malam. adeh. takpe la. pegi main arcade jela.
main basket berapa round ntah. main Daytona ramai2 lagi tu. fuuh.
puas hati. haha. lepas tu nak pegi Jusco Bukit Raja la. tak ramai kot.

so keluar la pulak. ikut jalan mana entah. pakai hentam je.
tengok2 sesat masuk highway. sekali silap daa. pastu nampak signboard.
Kampung Jawa? nak sampai Klang dah. adeh. pegi je laa.
singgah KISAS jap. tengok2 suasana kat sana. fuuh. rindunyaa.

pape hal pun tangkap la gambar bertiga kat sini


then hantar diorang pegi solat. isi minyak kat Petronas.
masuk aspura jap tunjuk2. haha. pastu baru pegi bandar.
singgah Centrepoint jela yang best pun. haha.
duduk makan kat McDonald. sembang2.
aku makan apa eh? oh ya. McChicken. dan McFlurry ~

pastu Akip dengan Hafiz nak cari barang apa entah
okay la. kitorang 3 jalan naik atas. ingat nak tgk kat GSC.
takde la pulak. so jalan2 jela pusing CP ni. tengok2 barang.
dah settle naik kereta. bertolak balik. tapi tapi.
on the way tu nampak Jusco Bukit Raja. so jom jom!

sampai je terus pegi tengok tiket. ambik jela yang paling awal.
Scream. yang lain pegi solat dulu. pastu baru masuk.
ada orang tu takut. nah. pegang la purse kuat2. jangan tutup mata. haha.
at last dapat jugak tengok. haha. okay la. spend time sama2 kan.
lepas ni entah bila lagi. huhu. dah habis tu kitorang nak balik la.
pegi Delta. Nisa dengan Fara salam2 sume. then balik UM.



dapat hadiah dari Nisa. weee. lepas ni entah bila lagi jumpa kan.
tak sangka boleh jadi kawan. sorry la banyak salah silap kat awak eh.
takpe la. ada rezeki jumpa lagi kita. thanks a lot, Nisa. :)

cause I know I'm making my best decision

naik atas rest jap. pastu turun balik. Akip punya plan la ni.
dan memang rezeki Hafiz la nak tengok camne Amira tu. haha.
Hafiz drive. aku ngantok. so ambik dia depan blok D. pegi mana eh.
Seri Murni. kat area SS2. ramai jugak orang. MU tengah lawan.
kalah 1-0. kuang kuang kuang. haha. pasni Barcelona lawan Real Madrid.
well, ramai orang kat sini sebab best jugak la. makanan dia banyak choice.

makan makan sambil sembang. berkenalan sikit dengan orang baru.
or should we say new character? Akip ni macam2 laa. takpe2.
kitorang ni sporting. alu alukan je sape2. yang penting ok la kan.
sambil berkenalan, Hafiz tetap kena study. nak exam tu. haha.
oleh kerana sepanjang minggu duit asyik keluar je. malam tu sume kering.
naseb la. korek la mana ada. bayar. hahaha. pukul 2 lebih la baru balik.
pukul 3 sampai UM. kitorang naik atas. Akip kat bawah lagi. biar la 2 org tu.
naik atas. sudah pukul 12. time to release. tapi tapi ada masalah teknikal pulak.
so takpe la. esok jelaa. terus tidooo. fuuhh.

i don't know why. this feeling is so right.

17 April 2011

Hafiz pagi pagi lagi dah bangun. pegi UIA. ambik exam.
tengok tengok dia dah call suruh pegi ambik kat campus.
aku pun baru je bangun tido. tak mandi pe sume. adeh.
sarung je cap. tak cuci muka pape pun. ambik kereta pegi campus.
pak guard pun lepas je aku masuk dalam. haha. bagus betul.
sampai bilik Hafiz baru la nak cuci muka sume. rambut serabut lagi la.
naseb baik ada cap. takpe2. then kitorang pegi UM balik.

naik atas. eh. Akip takde. lepas tu dia call cakap suruh turun bawah.
so turun jela. muka dah kelam kabut. erk. apekah?
kena makan dengan family Amira. erkk. adeh. dasat. patut la gelabah.
relax. cool cool. so beli makanan sume. duduk sekali semeja.
aku dengan cap; tak mandi segala bagai join je la. dah Akip mintak tolong kan.
naseb baik ayah dengan kakak dia je. okay la. duduk sembang2 sekali.
Akip muka dah cuak kebebeh dah. lawak kot tengok.
tak pernah2 jadi cam ni. nervous la tu. aku dengan Hafiz gelak je. hahaha.



dah habis semua baru la lega sikit muka dia. kahkahkah. baru tau.
kitorang naik. aku mandi siap siap sume. packing barang2 nak balik dah.
solat dulu. lepas tu baru kitorang turun. angkut beg masuk kereta.
sebelum bertolak stop kat depan blok D. nampak kereta tu kat depan tu.
Akip jumpa ayah dia. salam salam pe sume. baru kitorang bertolak.
lawak betul la. haha. pape hal pun pegi Midvalley dulu.
tunggu kat depan Cititel Hotel je. Akip masuk MPH tolong beli novel tu.

then baru bertolak ke Shah Alam. tujuan utama. Hafiz nak jumpa orangnya la.
bukan senang dapat jumpa kan. dah rindu habes dah tu. haha.
15 minit lebih kurang dah sampai dah. sebab tak jam. seriously. laju je.
Hafiz dengan Tiah ambik pegi mana entah diorang tu. tak kisah la.
aku, Akip dengan Fara berjalan ke KFC. kat situ ada wifi free kan.
Fara nak study. takpe la. sejuk jugak kat situ. sampai je memang ramai orang.

dapat tempat. beli makanan. sambil makan sambil online. ingatkan nak guna wifi.
tapi slow mak eh. guna broadband jela. eh. laju jugak. so upload la video kitorang.
kat facebook dengan youtube. jalan je. ok jugak rupanya. bagus2. haha.
sambil study, sambil online, sambil sembang. semua buat sekali gus. dasat jugak.
bateri dah nak habis pindah tempat yang ada plug. sambung upload.
at last! boleh jugak. haha. sudah berada di internet yeah. fuuh.
tunjuk kat Fara. live ok. then Hafiz dengan Tiah balik dah. tunjuk kat Tiah pulak.
ulang ulang banyak kali. macam apa je. hahaha.

dah nak Maghrib. so kena balik dah. lepas bye bye. bertolak la.
ke UIA dulu hantar Hafiz. okay. jumpa lagi weh. thanks semua.
ke UM pulak hantar Akip. jumpa lagi. thanks jugak weh.
terus bertolak ke Nilai. menyusuri highway malam2 seorang diri. huhu.
dalam 45 minit baru sampai. pegi beli dinner dulu baru balik rumah.
angkat barang baru pegi rumah abang Kamal. letak kereta kat sana.
jalan kaki balik ke rumah. lepak lepak tengok cerita sambil dinner.
Hantu Kak Limah Balik Rumah. ahhh. tak kisah la. janji tak tertido.

tapi mata dah macam takleh tahan. pukul 12 macam tu tertido jap.
pukul berapa entah baru terbangun. sambung tengok cite pe entah.
mengantok balik. tapi ummi call pukul 4 pagi untuk kejut.
naseb baik. tunggu uncle Jimmy. dia sampai dalam 4.45 pagi.
terus turun naik teksi dia. bertolak ke LCCT. sampai sana awal sikit la.
dah ramai orang dah pukul 5 pagi kat sini. check in siap siap.
breakfast donut je. pegi solat Subuh. masuk gate terus boarding.
6.55 am : byebye. 7.55 am : hola Penang ~

I don't know why. maybe I am sure now.

******

post ni panjang kan? naseb korang la. dah aku nak cerita jugak.
ni la aku buat sepanjang 10 hari aku ada kat sana.
dan alhamdulillah. segala tujuan aku ke sana settle. fuuh.

kawan kawan. thanks a lot. you guys made my days.
perasan tak kenapa tak banyak gambar. memang tak banyak pun.
sebab busy. dan sibuk melepas rindu bersama mereka. so tak sempat snap.
takpe. biar la gambar gambar tu tersimpan dalam memori kita. :)

I'm not good in words;
but I hope my actions do the talk




thanks, friends. :)

yours truly,

Wednesday, April 6, 2011

Friends



friends

A good friend allows you a safe space to share your deepest thoughts and needs
without worry of being judged, criticized or made to feel silly for feeling the way you do.

Friends cheer each other on, laugh and cry together,
and just plain commiserate and listen to each other.



sms daripada Umarqayyum;
Head Committee of Discipline and Welfare Bureau
PRESSS

"Ya Allah; tika Kau hadiahkan ku sahabat;
Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaan-Mu.

Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku.


Ya Allah; tika Kau hadiahkan ku sahabat;

Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku;

peniup semangat juangku; saling membantu memikul
beban dakwah agama-Mu.


Ya Allah; tika Kau hadiahkan ku sahabat;

Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas redha-Mu;

teguhnya atas cinta pada-Mu; dilindungi daripada maksiat
dan hal-hal yang melalaikan dari mengingati-Mu.


Ya Allah; bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku

dengan cinta kepada-Mu. Amin."


friends

love you friendship quotes



“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya
sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

friend. I'll always be with you. :)


yours truly,


A Letter

terjumpa surat ini.

Photobucket

surat? aahh. merepek betul laa. lalala~



naega neol tteonagandaedo
naneun jeongmal gandago

layan G-Dragon - Heartbreaker jom. :D

yours truly,

Sunday, April 3, 2011

Karnival Futsal - 030411



3 April 2011

Happy Birthday, Ummu Habibah

adik bongsu manja yang amat. dah besar.
nak UPSR. tok sah main2 aaa. cheq ketok satgi.
jangan dok tauge sangat. dengar cakap mak ayah.
paling penting hormat orang yang lebih tua.
may Allah bless.



pagi pagi sudah bangun siap siap dah.
6.45 pagi standby. tunggu diorang sume.
naseb baik ayahanda benarkan bawak Estima tuh.
so ada la transport nak pegi seberang. sekali angkut satu team.
pukul 7.00 semua sampai. terus bertolak.
destinasi - Safira Sports Planet

sampai2 je tak ramai orang lagi. ok la sampai awal.
eh. buat apa kat sini? laaa. ada ni laa.

yup. Karnival Futsal & Sorak Harian Metro

team Bedesup hantar untuk futsal je. sorak tak aaa.
aku sebagai pengiring je la. sebab ni bawah 17.
so tak leh join. waa. asal la tak masuk open. aduih.
tapi open lagi competitive la. susah kot. huhu. takpe2.
tengok je la budak2 junior ni main camne.

lepas register masuk dalam tunggu perlawanan diorang.

bagi aku, aku masuk2 je mak aih. team futsal perempuan pun ada.
first time aku tengok secara live perempuan main futsal.
selama ni tengok dalam tv je. cerita Gol dan Gincu.
ni real punya. they're so strong, so tough. dah macam lelaki pulak.

dan yang paling aku ingat adalah
diorang akan berambut pendek macam lelaki;
rambut diorang akan dye, tak pun tercacak;
pakai shorts, kasut sume macam player futsal biasa
dan yang paling penting mesti kunyah chewing gum.
aku pun tak paham. adakah ini trend?
ohh. mungkin aku agak ketinggalan sikit dalam trend ni.

game diorang pun smart jugak. ada strategies.
walaupun rembatan tak kuat macam lelaki kan.
tapi semua hati kering je. sanggup redah pape asalkan goal.
kalau junior2 ni nak lawan diorang pun belum tentu menang.
so conclusion, Fazura dalam Gol dan Gincu tu bukanlah
contoh yang sesuai untuk player futsal wanita. berbeza giler.

Bedesup FC. mana diorang dapat nama pun tak tau la.
naseb je. game diorang start pukul 10.30 pagi.
last minit baru tau kena pakai stoking panjang.
terpaksa la keluar cari stoking. hampeh betul.

game 5 minit satu half. player 5 sebelah.
so memang terhad jugak la. sikit je. huhu.

first game. maseh nervous. biasa laa.

ada la cabaran timbang bola kat luar tu.
macam2 gerai bukak kat luar tu. boleh je beli.

second game. confidence naik skit.

sekali Athif jadi keeper la pulaaak

second game pukul 12.30 tengah hari. habis je.
so memang takde rezeki la. boleh nampak daripada game.
strategy belum mantap. teamwork pun kurang.
so ok la. dapat jugak pengalaman diorang ni.

lepas tu terus balik ke pulau la. singgah makan jap.
penat; lapar; mengantok dan segala bagai lagi laa.

makan makan

asal la team senior ramai yang tak cuti
aku sorang je cuti. Afdzal belum. yang lain pun tak.
UIA la ni. cuti tak pernah sama. huhu. naseb la.
team senior turun mesti lagi best. yeaaahhh.

******

ok. badan panas je. adakah pengaruh cuaca?
Penang ni hujan panas hujan panas tiap tiap hari.
harap harap tak demam la. Ya Allah peliharalah kesihatan kami.
insyaAllah.

p/s: UM; matriks; MUET; good luck untuk korang yang exam! :D


yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars