Saturday, March 19, 2011

Medan 15-170311

sambungan daripada post sebelum ini
teruskan membaca ye. tima kaseh.

15 March 2011

pagi rutin macam biasa. kemudian terus ke UMSU lagi.
kali ni untuk perasmian jurnal dan pembentangan kertas kerja

apa? aku pun bentang kertas kerja jugak pe. haha.

lepas perasmian semua tu. kitorang ke tempat lain pulak.
bukan satu rombongan. kitorang2 je. ke rumah seseorang.
pegi dua buah kereta je. khabarnya tak sihat. so pegi ziarah la.

rumah bapak mertua Pak Ali. alhamdulillah.
kat sana diorang siap sediakan lunch sekali.
so makan siap2 kat situ. kemudian baru balik ke UMSU.

snap snap la dulu kan

sampai UMSU solat Zohor. kemudian student2 ISDEV yang lain
teruskan dengan pembentangan diorang. aku masuk jugak la tengok.

mcm biasa. walaupun tak berapa paham. buat macam paham je la.
best jugak sebenarnya. haha.

sampai petang kitorang semua balik hotel dulu rest.
malam tu keluar balik. ke Rumah Makan Garuda.


Pak Ali belanja kitorang satu rombongan. alhamdulillah. :P
lepas dinner balik hotel rest. esok hari untuk memancing.

16 March 2011

pukul 9 terus bergerak ke Pajak Ikan. mau memancing la.
atau bahasa lainnya shopping. haha. excited je sume.
Ummi beli kain2 apa entah. kitorang pegi makan dgn abang Iqbal.

kat Garuda lagi. makan je la. rezeki jangan ditolak. keh keh.

then pegi Carefour cari apa yang berkenan. takde. patah balik.
Pajak Ikan. uish. ada. bola tampar Mikasa. pergh. murah la pulak.
rembat la satu. haha. pastu semua berkumpul kat rumah makan.
sebelah Istana Maimun. lunch sama sama. kemudian ikut ayahanda pulak.

solat Zohor. pegi ke Sun Plaza. mencari cari barang yang diingini.
eh eh. uish. waaaahh.

survey punya survey. akhirnya jumpa jugak butik Adidas.
so dapat la sambar satu kasut futsal. alhamdulillah. hehe.

then minum2 kat J Co dengan Pak Kasyful dan Pak Warjio.

lepas tu balik hotel rest. malam keluar balik ke rumah Pak Suhrawardi.
dinner di sana. alhamdulillah. malam terakhir di Medan.

ucapan dari pak Warjio mewakili warga ISDEV di Medan

sedar tak sedar dah hampir seminggu di sini. fuuh.
so esok nya kitorang akan balik ke Malaysia.

17 March 2011

7.30 pagi dah bertolak ke bandara atau airport.
uruskan segalanya. bagasi, tiket segala bagai.
semuanya berjalan lancar. alhamdulillah.

flight pukul 10 pagi. akhirnya sampai ketemu lagi Medan
ohh Malaysia ~

******

alhamdulillah. terisi jugak cuti sem ni. ok la jugak kan.
lepas ni ada Malam Graduasi ISDEV pulak.
result tak tgk lagi. so jangan tanya. aku tak bagitau punya. haha.
kepada mereka yang akan masuk short sem nanti; all the best lah. hehe.

kerja kerja yang tertangguh? ada ke?
aaa. ada ada. naseb baik tak lupa.
bajet untuk AGCD sebelum 25 Mac. okay.
kemaskinikan presentation untuk Acu.
oh ya. study. jangan lupa. adeh.
juga persediaan untuk sesuatu yang gempak.

insyaAllah berjalan dengan lancar. amin. :)

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

"Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
(Al-Insyirah; ayat 5&6)


yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars