Saturday, March 19, 2011

Medan 11-140311



Bismillahirrahmanirrahim

dah lama tak update blog kan. well, travel sikit. tak sempat la.
so pape hal pun aku update jugak. tapi ni cerita panjang.
malas nak type banyak2. letak gambar banyak2 la pulak.
korang layan je la eh.

"Sesungguhnya pada yang demikian itu (setiap ciptaan Allah)
benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan."


11 March 2011

lepas solat Jumaat terus angkat beg masuk kereta.
mak cik Sukainah dgn pak cik Zack datang.
bertolak terus ke airport dalam pukul 3 lebih. Acu yang hantar.
jumpa org2 USM yang lain kat sana. uruskan tiket check in segala bagai.


1835
so bye bye Malaysia. flight dalam 45 minit je ke Medan, Indonesia.
1820. sekejap je. then ohhoi Indonesia ~

sampai2 je disambut oleh warga ISDEV di Medan. ramai laa.

bacaan doa la sikit. alhamdulillah selamat sampai.

oh ya. beza masa sini dgn Malaysia lebih kurang sejam je.

sampai je kitorang terus dibawa ke rumah salah sorang student ISDEV.
mak cik Hasrita. so rombongan kami dinner di situ. alhamdulillah.

kemudian diteruskan ke Royal Perintis Hotel. bermalam di sana.
sebilik dengan mamat sorang tu. sape lagi. adik aku daaa.
ada wifi kat sini. memang terbaeekk.

12 March 2011


Subuh berjemaah di surau hotel. lepas Subuh ada tazkirah.
lepas tu ada doa sikit. then salam2 sesama jemaah.
rutin setiap kali solat berjemaah.

tazkirah daripada Dr Sukiman pagi ni

lepas solat, breakfast kat hotel. ni pn jadi rutin jugak. haha.

pagi tu bertolak ke Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU)
ada apa? haa. ni la tujuan datang ke Medan. bukan shopping sahaja. haha.



eh eh. aku pun peserta apa? tak percaya? tengok ni.


perasmian ke apa entah


solat Zohor stop jap. then sambung lagi sampai petang.
apa yang dibincangkan? macam2 la. jangan tanya aku. walaupun aku peserta.
aku hanya mendengar. paham tak pun. sangat panjang dan bahasa falsafah.
so memang aku tak paham. tapi layan je laa. haha.


peserta2 ISDEV dalam Seminar Antar Bangsa Aplikasi Manajemen Islam

petang balik ke hotel untuk berehat. turun solat berjemaah Maghrib dan Isya'.
malam ni keluar dinner lagi. kali ni di rumah Pak Datuk. dihidangkan dgn jamuan.


oleh itu, kami bersama mencicipi makanan yang dihidangkan.
ada sekali dendangan nasyid. nasyid urdu pun ada. masyukkk.

daripada ustaz Taha. nasyid urdu ~

then balik ke hotel untuk berehat.
malam tu pack siap2 untuk perjalanan esok.

13 March 2011

naik bas pagi tu bertolak ke Parapat. di mana? entah la. Indonesia jgk la.
haha. jalan sajaa. perjalanan berapa jam entah. 5 jam camtu la kalau tak silap.

dalam perjalanan kami dihiburkan oleh student2 ISDEV.

abang Anuar dgn ustaz Shakir

haha. macam2 daaa. layan jugak la. sambil layan movie dalam bas.
movie apa? 71 Into The Fire. nanti kalau rajin aku cite pasal movie ni.
terus ke sana. stop sekali je. then terus sampai ke destinasi.

kat stop mana entah

akhirnya ~


Danau Toba

penah dengar Danau Toba? apakah itu? nak tau? search kat Google.
haha. tapi memang cantik la tasik ni. sangat amat luas. betul oh.
dah macam laut dah kalau tengok. Subhanallah.

“ Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan.”
(riwayat Muslim dalam kitab al-Iman)

berhenti makan di Rumah Makan Istana dulu. makanan Indonesia.
alhamdulillah. lepas tu pegi solat jemaah kat masjid berdekatan.
then bergerak ke Wisata Bahari. hotel untuk kami menetap di situ.

letak beg kat dalam satu bilik. kami semua teruskan perjalanan menaiki bot.
ke mana? Pulau Samosir. banyak jugak bot yang pegi sana.

kanak2 menghiburkan kami

atas ni pun diorang naik


Batu Gantung ~

budak2 bermain di Danau Toba nih.


berhenti sekejap melawat tempat nama TukTuk. apa entah nama.

pulau atas tasik. pulau dalam pulau.

Pulau Samosir buatpe? shopping la. banyak barang2 kat sini.
perkampungan yang majoriti penduduknya Kristian.
orang2 Batak pun ada kat sini. fuuhh.

tempoh yang diberikan berapa lama entah untuk shopping ke pape ke.


perkampungan orang Batak


kemudian kitorang balik menaiki bot yang sama. balik ke hotel
sampai hotel, check in, ambik kunci, masuk bilik. ada wifi jugak. terbaekk.
online la kejap. then rehatkan diri la kan. fuuhh.

di atas jeti

Maghrib berjemaah di masjid. pastu balik hotel untuk dinner.

mcm biasa. tazkirah Maghrib oleh Dr Sukiman.

dinner apakah? ikan bakar. erk. adeh. ikan darat. ikan tasik tu kan.
ikan Nila. tak tau la kat Malaysia ada ke tak. walaupun tak makan seafood,
tapi ada lauk ikan je malam tu. bantai je la. makan sampai kenyang.
apa? ingat aku takleh makan ikan ke? bese la tu. haha.

ikan bakar sangat banyak

lepas makan ada la sedikit hiburan daripada student2 ISDEV.
macam biasa, ustaz Shakir dan abang Anuar menunjukkan bakat mereka.
bersama gendang batak yg dibeli di Pulau Samosir td. haha.

orang lain pun ada jgk buat persembahan spontan.
Pak Datuk, Pak Sukiman, ustaz Taha, Pak Ridwan pun adaa.
memang terbaek dari laut ah. haha. Tuhan~

14 March 2011

pagi solat Subuh berjemaah di masjid. Subuh pukul 5.30 pagi.
sejuk oh mandi. terketar ketar. brrrr. tapi best gak. haha.

lepas solat balik hotel untuk breakfast. then aktiviti bebas sampai pukul 12.
ok la. kitorang kayuh itik la. pe lagi. kayuh je la kat tasik besar tu.
fuuh. lenguh jugak la racing dgn Dr Zahri dgn Ustaz Shahir. adeh.


lepas naik tu aku dgn Taariq mandi tasik. sejuk oh. dan amat dalam kat tengah.
mandi kejap je. then naik balik. pegi minum kat restoran. balik bilik online.
layan movie lagi. haha. yg lain baru turun mandi ramai2. aku takleh la.
sejuk sangat. adeh. xleh betul la kalau sejuk2 ni.

pukul 12 pegi makan kat Rumah Makan Istana. makanan Minang.
kalau tak silap la. lepas makan bertolak balik ke Medan.
singgah solat kat masjid jap. then teruskan perjalanan.

stop solat jap. borong la sket.

sepanjang perjalanan ada la macam2. nasyid la, teka teki la.
layan je. sambil tengok movie lagi dalam bas tu. kegunaan laptop. haha.
nak dekat Maghrib baru kitorang sampai ke destinasi. fuuh.

solat jemaah kat masjid. kemudian ke rumah Pak Kasyful.

tiba tiba black out pulak kat kawasan situ.


makan dalam gelap ~

dinner di sini. alhamdulillah. makanan indonesia. dan yang best.
ada durian dengan lemang. terbaek dari sumatera. haha.
telan saja apa yang ada. fuuh. kenyang. balik hotel rest.

ada lagi mau diceritain ni. tapi ngak apa apa.
ketemu lagi dalam post yang akan datang ~

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ingatlah, dengan mengingat Allah maka hati akan menjadi tenang.”
(QS. ar-Ra'd: 28)

yours truly,

1 comment:

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars