Thursday, March 31, 2011

71 : Into The Fire

oleh kerana kebosanan yang amat
dan mungkin juga kerajinan yang terlebih sikit hari ni
nak cite la sikit kat korang pasal satu movie ni
aku tau ramai dah tengok. aku pun mungkin lambat dah.

dah penah mention kot
tengok tajuk pun tau kan. yup.

71 : Into The Fire



firstly, ini cerita sejarah Korea Selatan. cerita benar.
so memang menarik la. penuh saspen dan pengorbanan.
perasaannya macam kita berada di zaman peperangan dulu
dapat rasakan macam mana orang2 dalam peperangan

korang feeling tak baca novel Bukit Kepong masa form 5 dulu?
penah tengok tak movie Bukit Kepong arahan Jins Shamsudin dulu?
feeling kan? pergghh. dan bahawasanya aku ingin memaklumkan
bak kata Hafiz, "ini filem Bukit Kepong versi Korea"

yup! exactly. tak percaya? anda tengok la sendiri.

dan yang paling penting kenapa cerita ini best;
sebab watak utamanya adalah Choi Seung-hyeon
atau nama glamour beliau T.O.P of Big Bang!
oh yeaahh. sangat cool oh. walaupun muka innocent.

dan dengan ini jugak lah T.O.P mendapat anugerah di
2010 Blue Dragon Film Awards



New Actor: Choi Seung-hyeon (T.O.P, “71-Into the Fire”)

Popularity Award: Choi Seung-hyeon (T.O.P)

memang terbaek la sorang ahli Big Bang. walaupun orang ramai cakap
dia macam kayu. menari pun stiff. cakap tak banyak. cool je.
tapi still boleh berlakon pe. memang berbakat.

tengok tengok. muka tak bersalah je.

bukan tu saje. ahli2 Big Bang yang lain pun boleh je berlakon.
tak percaya? tengok la Secret Garden Parody yang diorang buat.
tak pun Boys Over Flowers punya Parody yang diorang buat
tak pun parody2 yang lain la. memang hampeh giler2 la. HAHAHA.

nak tau lebih lanjut, korang tengok sendiri la ye. :D

******

sekarang aku suka rap G-Dragon. entah. macam ada gaya tersendiri.
memang terbaek dari ladang la. tak percaya dengar sendiri.
walaupun kadang2 poyo jugak. rambut entah apa apa. haha.

user posted image

sarangeun falling ne mal hanmadimyon nomoga ~

yours truly,

Tuesday, March 29, 2011

Secret Garden



hmm. sudah lama tak update. teringin nak tulis pasal ni.
Azyan nak sangat aku tengok drama ni. aku pun tak tau pe yang best.

cerita apa? seperti tajuk daaa.

Korean Drama Secret Garden

Title : Secret Garden. Sikeurit Gadeun - 시크릿 가든
Genre : Romance, Fantasy, Comedy
Episodes : 20
Broadcast Network : SBS
Broadcast Period : 13 November 2010 - 16 January 2011

ye ye. aku tau aku lambat jugak tengok drama ni.
takpe la kan. jap jap. ada lagi poster nih.



Fantasy Romantic Comedy. fantasi laaa.
logik konon. lebih kurang Gumiho la jugak.
mende la, Azyan uh. haha.
h
Secret Garden Korean Drama

so ini pelakon2 utama :

Hyun Bin as Kim Joo Won
Ha Ji Won as Gil Ra Im
Yoon Sang Hyun as Choi Woo Young/Oska
Kim Sa Rang as Yoon Seul
Lee Philip as Im Jong Soo


okay. comment aku pulak.

overall memang best cerita ni. sangat sweet. betul la.
aku suka cara Joo Won tackle Ra Im. different. way different.
walaupun kau agak poyo jugak lah, Joo Won. haha.
maksud aku tak typical macam kebanyakan cerita melayu.
opps. aku still layan jugak drama melayu aa. adamaya ~
but still. he got skills. and wealth. tu takleh ckp pape la.
respect jugak la. orang kaya yang play hard to get. terbaek!

Gil Ra Im is so adorable and has strong personality.
tough outside. soft inside. that's really attractive.
tak macam perempuan biasa. bagos2.
different is amazing. yeap!
typical is boring. lalala ~

Oska is funny. even when he is talking seriously.
hampeh betol la. tapi pape pun kau memang terbaik la. :D

let's see. awards achieved.

2010 : SBS Drama Awards: Top Excellence Award (Hyun Bin)
2010 : SBS Drama Awards: Top Excellence Award (Ha Ji Won)
2010 : SBS Drama Awards: Best Couple Award (Hyun Bin and Ha Ji Won)
2010 : SBS Drama Awards: Top 10 Star Award (Hyun Bin)
2010 : SBS Drama Awards: Top 10 Star Award (Ha Ji Won)
2010 : SBS Drama Awards: Netizen Popularity Award - Drama
2010 : SBS Drama Awards: Netizen Popularity Award (Hyun Bin)
2010 : SBS Drama Awards: Netizen Popularity Award (Ha Ji Won)


pape pun cerita ni best jugak. so people.

RECOMMENDED!

kenapa aku tengok drama Korea lagi?
mungkin kah sebab terlampau boring?
mungkin. tapi sebenarnya kerana
ia nya berbeza. betul. tengok dan rasakan.
uish. ayat. dasat oh. haha.


Gil Ra Im! comeyyy ~

Azyan terus call aku sebab aku tanya soalan camtu.
alaa. aku baru berangan nak buat drama sebabak macam dalam ni.
tak boleh pulak. aiseh. HAHA.


jgn risau weh. insyaAllah tak. amin amin. :D

munja wa shong munja wa shong ~ :)

yours truly,

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour '11

26 March 2011

Earth Hour!

people. tutup lampu aaa. save the planet.

yup. last year tak boleh sambut Earth Hour.
sebab ada kat Jeddah. Saudi tak sambut.
tapi ada je iklan India sambut. tempat lain pun. ceh ceh.

setiap kali Earth Hour mesti teringat masa dulu.
kat KISAS. walaupun tak boleh sambut sekali dengan diorang.
sebab ada kat luar sekolah. tapi memang la. kenangan.
bila tengok balik gambar2 tu tergelak sorang2. haha.


yup. aku tau semua masih ingat pasal malam tu.
HAHAHA.

kat sini ye. HERE.



so tahun ni. alhamdulillah dapat menyahut seruan dunia.
dgn family kat rumah. tutup semua lampu. haha.
menyelamatkan Bumi kita, yeaahh!

anyway, mereka di Mesir sambut ke tak eh? haha



sayang Bumi kita tak? :)

yours truly,

Friday, March 25, 2011

Study

tiba tiba pada malam ini teringat masa itu

*flashback*

CFS IIUM

Semester 2; 2010/2011

Revision Period
9 February 2011 - 13 February 2011

Exam Week
14 February 2011 - 21 February 2011

apa yang kitorang buat sepanjang ni?

main game beramai ramai. penuhkan Ann Cyber Cafe.
jom kita Counter Strike! yeaahh!

pada satu malam ketika dah penat study. *yeke study?*
perut lapar la katakan. macam2 idea la keluar.
McDonald la. Maggi la. Mee Sedap la.

at last ...


sekali masak 10 bungkus. share 4 orang.
ditambah pertolongan Hafiz lagi. tak habes jugak.
perghh. hahaha.

suasana study di AC315
bilik pok cik daaa.

eh eh. kenapa pegang kad tu? biasa laaa.
tengah study la ni. sambil release tension. haha.

yang ini pulak perbualan biasa pada setiap malam;

"Assalamualaikum. weh. jom study sama sama."

"Waalaikumussalam. boleh2. jom. kat mana?"

"kat Blok E."

"erk. asal jauh sangat? kenapa tak kat bilik kau je?"

"aku rasa nak tido je kat bilik aku. blok E sunyi sikit."

"hmm. ye la. jap lagi aku sampai."




ini pulak di Blok E. eh pegang apa tu?
erm erm. biasa la tengah study. biasa la kan.
HAHAHA.

hampeh je kita kan? tapi best pe camtu.
study relax habes. haha. exam ke tak ni?
pape pun study tetap study la kan.
study jugak. alhamdulillah.

so kepada student2 yang nak exam tu
student matriks; UM; USIM
dan semua student la senang cerita
study jangan tak study.
demi masa depan kita di dunia dan akhirat
ececehh~




bila la nak jumpa korang lagi.
Hanis bila nak plan aktiviti? ceh ceh.

p/s : jangan ikut cara kitorang study. kita berbeza ~


yours truly,

Wednesday, March 23, 2011

SPM 2010

so here's the result

KISAS - SPM 2010

1 orang pelajar terbaik kebangsaan
3 orang straight A+
47 orang straight A+ and A
67 orang straight A+, A and A-

Alhamdulillah

junior junior memang gempak. good job, guys :)

well, we had our time. now it's your turn.

kepada semua yg excel. terbaek! syukur banyak2 eh.
yang kurang berjaya, jangan risau. ada lagi peluang.

rezeki Allah yang tentukan. jadi mintak lah yang terbaik.
pape pun kena ingat jugak, semuanya datang dari Allah.

so let me say



every hard work pays eh. :D

Qayyum sms saya;

"KISAS no berapa sms? Muahahahaha"

ceh ceh. tau la INTERGOMB dah potong KISAS. no 2 SBP konon.
takpe2. kitorang tak kesah pun.

bak kata Hakim;

"Pengetua ckp pencapaian kita holistik, debate, sukan, akademik, etc
tp yang lain akademik jer. So diorang still kalah ngn kita.
Lagipun pelajar kita lg rmai dpd diorang dan subjek kita pn lg byk"

keh keh keh. :D





yours truly,

Tuesday, March 22, 2011

SPM, Junior

ish ish. ramai kawan2 aku sekarang macam tension je.
ye la. exam dah nak dekat la katakan.
tambah2 final sem pulak untuk korang.
sabar la ye. control emosi. jangan tension2 aaa.

Safwan Amran pernah cakap dekat aku;

"kalau pening kepala ke, rasa berat kepala ke,
sujud banyak2. mintak tolong Allah. insyaAllah ok"

yup. memang betul pun. tak caye? try la. insyaAllah tenang.

23 February 2011

result SPM keluar untuk junior2 sekalian
kitorang pun pernah rasa debaran ni. ada tertulis dalam post tahun lepas.
kat sini laa. memang berdebar debar. makan tak selera.
tak boleh tido. mandi memang la basah. tapi tak rasa.

aku tau perasaan itu. walaupun aku tidak bersama mereka.
ke KISAS, ambik result sama2. huhu. takpe la. debaran tetap ada.

jangan risau la. sekarang tawakkal je.
korang dah buat pe yang korang mampu kan.
doa banyak2. Allah akan beri apa yang terbaik untuk korang.


sebagai nasihat. SPM bukanlah penentu segalanya.
excel dalam SPM tak semestinya korang akan berjaya terus.
fail pun bukannya sini penamat korang. so jangan risau.

kepada junior2 saya tak kisah la di mana jua.
pape pun. saya sentiasa doakan korang semoga berjaya.
mintak apa yang terbaik. semuanya ada hikmah. jangan risau.




insyaAllah :)

sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
dan Dia juga Maha Adil lagi Maha Mengetahui

yours truly,

Monday, March 21, 2011

MMG ISDEV '11



18 March 2011

semalam baru balik dari Medan. hari ni tak rest la.
pagi2 keluar breakfast. malam pegi PC Expo kat PISA.
boleh tahan. walaupun takde la besar macam PIKOM.

malam ni ada ini


so sebelum Maghrib dah ada kat sana. solat Maghrib berjemaah kat sana.
kemudian majlis bermula. ramai jugak la student2 ISDEV yang datang.
ibu bapa pun ramai yang datang. memandangkan esok graduasi kan.

Dekan Sains Kemasyarakatan pun ada datang.
majlis bermula dengan acara paling utama. makan la kan.
apa lagi. perut semua tengah lapar oh. haha.




selesai makan ada la ucapan daripada dekan.
then persembahan nasyid oleh mereka yang biasa.
abang Anuar dengan ustaz Shakir. ada jugak lagu urdu dari ustaz Taha.

yg lagi 2 orang tu tambahan gimik sik

then ucapan. penyampaian anugerah. penyampaian cenderahati.

Dr Azrin

Dr Tahir

cenderahati kepada Dekan

majlis tamat. fuuh. sekejap je. tapi ok la. yang penting boleh makan.
betul tak? haha. takde la. merepek ah. pape pun tahniah ISDEV.

******

kitorang pegi PC Expo kat PISA tu straight 3 hari.
macam2 la nak kena settle. fuuh.

well, dapat la external satu, bluetooth handsfree satu.
dan broadband dgn account yang baru. takde dah nama Akip.
alhamdulillah. time kaseh ibu bapa ku ~

dan yang paling best;
banyak booth yang bukak lagu masa promotion
dan mostly lagu Big Bang yang berkumandang
Hands Up dengan Tonight. Lies pun ada.

21 March 2011

happy birthday, Nur Dania
aka Kek Wangan. AC 207. Shadow Cloud.
next sem sebilik. terbaek lah. hensem2 sokmo lah.

ohhh proud to be VIP ~

yours truly,

Saturday, March 19, 2011

Medan 15-170311

sambungan daripada post sebelum ini
teruskan membaca ye. tima kaseh.

15 March 2011

pagi rutin macam biasa. kemudian terus ke UMSU lagi.
kali ni untuk perasmian jurnal dan pembentangan kertas kerja

apa? aku pun bentang kertas kerja jugak pe. haha.

lepas perasmian semua tu. kitorang ke tempat lain pulak.
bukan satu rombongan. kitorang2 je. ke rumah seseorang.
pegi dua buah kereta je. khabarnya tak sihat. so pegi ziarah la.

rumah bapak mertua Pak Ali. alhamdulillah.
kat sana diorang siap sediakan lunch sekali.
so makan siap2 kat situ. kemudian baru balik ke UMSU.

snap snap la dulu kan

sampai UMSU solat Zohor. kemudian student2 ISDEV yang lain
teruskan dengan pembentangan diorang. aku masuk jugak la tengok.

mcm biasa. walaupun tak berapa paham. buat macam paham je la.
best jugak sebenarnya. haha.

sampai petang kitorang semua balik hotel dulu rest.
malam tu keluar balik. ke Rumah Makan Garuda.


Pak Ali belanja kitorang satu rombongan. alhamdulillah. :P
lepas dinner balik hotel rest. esok hari untuk memancing.

16 March 2011

pukul 9 terus bergerak ke Pajak Ikan. mau memancing la.
atau bahasa lainnya shopping. haha. excited je sume.
Ummi beli kain2 apa entah. kitorang pegi makan dgn abang Iqbal.

kat Garuda lagi. makan je la. rezeki jangan ditolak. keh keh.

then pegi Carefour cari apa yang berkenan. takde. patah balik.
Pajak Ikan. uish. ada. bola tampar Mikasa. pergh. murah la pulak.
rembat la satu. haha. pastu semua berkumpul kat rumah makan.
sebelah Istana Maimun. lunch sama sama. kemudian ikut ayahanda pulak.

solat Zohor. pegi ke Sun Plaza. mencari cari barang yang diingini.
eh eh. uish. waaaahh.

survey punya survey. akhirnya jumpa jugak butik Adidas.
so dapat la sambar satu kasut futsal. alhamdulillah. hehe.

then minum2 kat J Co dengan Pak Kasyful dan Pak Warjio.

lepas tu balik hotel rest. malam keluar balik ke rumah Pak Suhrawardi.
dinner di sana. alhamdulillah. malam terakhir di Medan.

ucapan dari pak Warjio mewakili warga ISDEV di Medan

sedar tak sedar dah hampir seminggu di sini. fuuh.
so esok nya kitorang akan balik ke Malaysia.

17 March 2011

7.30 pagi dah bertolak ke bandara atau airport.
uruskan segalanya. bagasi, tiket segala bagai.
semuanya berjalan lancar. alhamdulillah.

flight pukul 10 pagi. akhirnya sampai ketemu lagi Medan
ohh Malaysia ~

******

alhamdulillah. terisi jugak cuti sem ni. ok la jugak kan.
lepas ni ada Malam Graduasi ISDEV pulak.
result tak tgk lagi. so jangan tanya. aku tak bagitau punya. haha.
kepada mereka yang akan masuk short sem nanti; all the best lah. hehe.

kerja kerja yang tertangguh? ada ke?
aaa. ada ada. naseb baik tak lupa.
bajet untuk AGCD sebelum 25 Mac. okay.
kemaskinikan presentation untuk Acu.
oh ya. study. jangan lupa. adeh.
juga persediaan untuk sesuatu yang gempak.

insyaAllah berjalan dengan lancar. amin. :)

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

"Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
(Al-Insyirah; ayat 5&6)


yours truly,

Medan 11-140311



Bismillahirrahmanirrahim

dah lama tak update blog kan. well, travel sikit. tak sempat la.
so pape hal pun aku update jugak. tapi ni cerita panjang.
malas nak type banyak2. letak gambar banyak2 la pulak.
korang layan je la eh.

"Sesungguhnya pada yang demikian itu (setiap ciptaan Allah)
benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan."


11 March 2011

lepas solat Jumaat terus angkat beg masuk kereta.
mak cik Sukainah dgn pak cik Zack datang.
bertolak terus ke airport dalam pukul 3 lebih. Acu yang hantar.
jumpa org2 USM yang lain kat sana. uruskan tiket check in segala bagai.


1835
so bye bye Malaysia. flight dalam 45 minit je ke Medan, Indonesia.
1820. sekejap je. then ohhoi Indonesia ~

sampai2 je disambut oleh warga ISDEV di Medan. ramai laa.

bacaan doa la sikit. alhamdulillah selamat sampai.

oh ya. beza masa sini dgn Malaysia lebih kurang sejam je.

sampai je kitorang terus dibawa ke rumah salah sorang student ISDEV.
mak cik Hasrita. so rombongan kami dinner di situ. alhamdulillah.

kemudian diteruskan ke Royal Perintis Hotel. bermalam di sana.
sebilik dengan mamat sorang tu. sape lagi. adik aku daaa.
ada wifi kat sini. memang terbaeekk.

12 March 2011


Subuh berjemaah di surau hotel. lepas Subuh ada tazkirah.
lepas tu ada doa sikit. then salam2 sesama jemaah.
rutin setiap kali solat berjemaah.

tazkirah daripada Dr Sukiman pagi ni

lepas solat, breakfast kat hotel. ni pn jadi rutin jugak. haha.

pagi tu bertolak ke Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU)
ada apa? haa. ni la tujuan datang ke Medan. bukan shopping sahaja. haha.



eh eh. aku pun peserta apa? tak percaya? tengok ni.


perasmian ke apa entah


solat Zohor stop jap. then sambung lagi sampai petang.
apa yang dibincangkan? macam2 la. jangan tanya aku. walaupun aku peserta.
aku hanya mendengar. paham tak pun. sangat panjang dan bahasa falsafah.
so memang aku tak paham. tapi layan je laa. haha.


peserta2 ISDEV dalam Seminar Antar Bangsa Aplikasi Manajemen Islam

petang balik ke hotel untuk berehat. turun solat berjemaah Maghrib dan Isya'.
malam ni keluar dinner lagi. kali ni di rumah Pak Datuk. dihidangkan dgn jamuan.


oleh itu, kami bersama mencicipi makanan yang dihidangkan.
ada sekali dendangan nasyid. nasyid urdu pun ada. masyukkk.

daripada ustaz Taha. nasyid urdu ~

then balik ke hotel untuk berehat.
malam tu pack siap2 untuk perjalanan esok.

13 March 2011

naik bas pagi tu bertolak ke Parapat. di mana? entah la. Indonesia jgk la.
haha. jalan sajaa. perjalanan berapa jam entah. 5 jam camtu la kalau tak silap.

dalam perjalanan kami dihiburkan oleh student2 ISDEV.

abang Anuar dgn ustaz Shakir

haha. macam2 daaa. layan jugak la. sambil layan movie dalam bas.
movie apa? 71 Into The Fire. nanti kalau rajin aku cite pasal movie ni.
terus ke sana. stop sekali je. then terus sampai ke destinasi.

kat stop mana entah

akhirnya ~


Danau Toba

penah dengar Danau Toba? apakah itu? nak tau? search kat Google.
haha. tapi memang cantik la tasik ni. sangat amat luas. betul oh.
dah macam laut dah kalau tengok. Subhanallah.

“ Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan.”
(riwayat Muslim dalam kitab al-Iman)

berhenti makan di Rumah Makan Istana dulu. makanan Indonesia.
alhamdulillah. lepas tu pegi solat jemaah kat masjid berdekatan.
then bergerak ke Wisata Bahari. hotel untuk kami menetap di situ.

letak beg kat dalam satu bilik. kami semua teruskan perjalanan menaiki bot.
ke mana? Pulau Samosir. banyak jugak bot yang pegi sana.

kanak2 menghiburkan kami

atas ni pun diorang naik


Batu Gantung ~

budak2 bermain di Danau Toba nih.


berhenti sekejap melawat tempat nama TukTuk. apa entah nama.

pulau atas tasik. pulau dalam pulau.

Pulau Samosir buatpe? shopping la. banyak barang2 kat sini.
perkampungan yang majoriti penduduknya Kristian.
orang2 Batak pun ada kat sini. fuuhh.

tempoh yang diberikan berapa lama entah untuk shopping ke pape ke.


perkampungan orang Batak


kemudian kitorang balik menaiki bot yang sama. balik ke hotel
sampai hotel, check in, ambik kunci, masuk bilik. ada wifi jugak. terbaekk.
online la kejap. then rehatkan diri la kan. fuuhh.

di atas jeti

Maghrib berjemaah di masjid. pastu balik hotel untuk dinner.

mcm biasa. tazkirah Maghrib oleh Dr Sukiman.

dinner apakah? ikan bakar. erk. adeh. ikan darat. ikan tasik tu kan.
ikan Nila. tak tau la kat Malaysia ada ke tak. walaupun tak makan seafood,
tapi ada lauk ikan je malam tu. bantai je la. makan sampai kenyang.
apa? ingat aku takleh makan ikan ke? bese la tu. haha.

ikan bakar sangat banyak

lepas makan ada la sedikit hiburan daripada student2 ISDEV.
macam biasa, ustaz Shakir dan abang Anuar menunjukkan bakat mereka.
bersama gendang batak yg dibeli di Pulau Samosir td. haha.

orang lain pun ada jgk buat persembahan spontan.
Pak Datuk, Pak Sukiman, ustaz Taha, Pak Ridwan pun adaa.
memang terbaek dari laut ah. haha. Tuhan~

14 March 2011

pagi solat Subuh berjemaah di masjid. Subuh pukul 5.30 pagi.
sejuk oh mandi. terketar ketar. brrrr. tapi best gak. haha.

lepas solat balik hotel untuk breakfast. then aktiviti bebas sampai pukul 12.
ok la. kitorang kayuh itik la. pe lagi. kayuh je la kat tasik besar tu.
fuuh. lenguh jugak la racing dgn Dr Zahri dgn Ustaz Shahir. adeh.


lepas naik tu aku dgn Taariq mandi tasik. sejuk oh. dan amat dalam kat tengah.
mandi kejap je. then naik balik. pegi minum kat restoran. balik bilik online.
layan movie lagi. haha. yg lain baru turun mandi ramai2. aku takleh la.
sejuk sangat. adeh. xleh betul la kalau sejuk2 ni.

pukul 12 pegi makan kat Rumah Makan Istana. makanan Minang.
kalau tak silap la. lepas makan bertolak balik ke Medan.
singgah solat kat masjid jap. then teruskan perjalanan.

stop solat jap. borong la sket.

sepanjang perjalanan ada la macam2. nasyid la, teka teki la.
layan je. sambil tengok movie lagi dalam bas tu. kegunaan laptop. haha.
nak dekat Maghrib baru kitorang sampai ke destinasi. fuuh.

solat jemaah kat masjid. kemudian ke rumah Pak Kasyful.

tiba tiba black out pulak kat kawasan situ.


makan dalam gelap ~

dinner di sini. alhamdulillah. makanan indonesia. dan yang best.
ada durian dengan lemang. terbaek dari sumatera. haha.
telan saja apa yang ada. fuuh. kenyang. balik hotel rest.

ada lagi mau diceritain ni. tapi ngak apa apa.
ketemu lagi dalam post yang akan datang ~

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ingatlah, dengan mengingat Allah maka hati akan menjadi tenang.”
(QS. ar-Ra'd: 28)

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars