Saturday, February 12, 2011

Welcome Home - 110211


10 February 2011

tido kat surau ABC dengan Daeng and the gang.
pagi tu bangun awal2. qiamullail. alhamdulillah.
then balik bilik. nak sahur kat bilik je. tgk2 Hafiz tak tido lagi.
layan movie sampai Subuh mamat ni. ceh. takpe2.
naseb baek ada Maggi. layaaann~

pagi ni ada presentation computer 2. memang macam malas.
kelas dah takde kan. tiba tiba ada pulak presentation. adeh.
takpe. redah saje la. naseb baik tak lama. fuuh.

bukak fb kat computer lab. eh eh. Azyan.



uish. baru bagitau. ceh. takpe2.
terus contact Safwan. dia cakap tak tau lagi.
hmm. so bincang la dengan Hafiz. plan diatur baek punya.
yang penting untuk pegi ke KLIA pada waktu malam adalah kereta
yang paling dekat adalah kereta Farah.
so suruh Safwan contact beliau. ok laa.

takut macam tak cukup je satu kereta. so contact la kakak.
kakak kata tanya ayahanda. lepas tanya, dapat green light.
so ok laa. dapat kereta lagi satu. cukup laa.
Safwan reply. dia kata Farah pun nak ikut. Ain pun join.

petang tu lepas Zohor Syamim datang CFS
saje saje. dah lama tak jumpa kan. haha.
so lepak je la dengan dia. tapi dia kena balik dah malam tu.
sembang sembang. tukar tukar cerita. macam biasa laa.

malam tu Amir mesej ingatkan untuk meeting malam ni.
adeh. sorry la, Amir. tak dapat datang la. huhu.

lepas Maghrib kitorang gerak. naik teksi ke Midvalley.
Syamim nak jalan2 kat sana. so takpe. kitorang ambik train ke Nilai.
sampai sana ndalam pukul 9 lebih. kakak ambik. balik Jati dulu.
lepak rehat rehat dulu kat umah. pastu dalam 10.30pm kitorang gerak.
Safwan order Domino's untuk budak bilik dia. adeh.

so ambik kereta pegi Domino's. order2. dapat.
jumpa Farah and the gang kat situ. ada kawan baru ikut. Husna dan Syafina.
Ain pun ada jugak. diorang tunggu kat Akasia.
kitorang pegi Camelia ambik Safwan dan hantar Domino's tu.
memang menguji iman betul la. dah la tengah lapar.
naseb baik orang punya. kalau Safwan punya memang dah licin dah. haha.

ambik Safwan ke Akasia. jumpa diorang. so perjalanan dimulakan.
masa tu dalam pukul 11 lebih la. Farah lead the way.
sebab kitorang tak biasa la jalan pegi KLIA ni.
tapi bila dah jalan familiar, overtake je la Farah tu. haha.
sampai KLIA. masuk parking. terus keluar. masuk KLIA.

11 February 2011

jumpa diorang kat KLIA je. kitorang pulak pegi surau.
solat Isya'. Hafiz nak sangat solat kat surau KLIA. adeh.

then kitorang pegi isi perut la. pe lagi. Burger King.
sebab paling dekat dengan international arrival gate.

makan makan

tengah tengah makan tu Safwan cakap ada muka familiar.
mana? family tu. oowh. family Azyan rupanya. segan nak tegur.
so call Ain suruh turun bawah. Ain turun, dia start tegur dulu.
kitorang pun join la. sembang2 sekali. lepas tu dah macam landed.
so semua pegi ke arrival gate. tunggu Azyan keluar.

ayat terbaek punya oleh pak cik Aziz;

"ingatkan nak tolong pegang banner sekali
tapi tak bawak kopiah haji"

HAHAHA. aku dengan Hafiz gelak bagai nak rak.

ye ye. kitorang yang gelak. HAHA.

pukul 2 lebih dapat message. dah landed. alhamdulillah.
tapi tak reply la. buat tak tau je dulu. hehe.

tunggu punya tunggu. akhirnya dalam pukul 2 lebih baru la nampak.
keluar sorang sorang. tak pakai spec. spec hilang kan.
naseb baik nampak family dia. dah dapat spec dari mak beliau.
ok la. peluk2 family dia. baru jumpa kitorang.

terkejut eh? haha. surprise, Azyan! :)
sorry la tak sempat buat cardboard tulis nama kau tu
lupa bawak daa. kalau tak boleh tulis nama kau dan KISAS besar2
mesti gempak. lagi gempak dari banner2 uh. haha.
sembang2 la kejap dengan dia. pastu nak balik dah kan.
so diorang balik la. kitorang pun nak balik jugak.

friends :)

the trio. biasa laaa. :P

souvenir dari Azyan untuk kitorang. naseb baek ada. haha.

Farah ajak makan roti canai. so follow je la.
kat Nilai, kitorang makan2 sambil sembang2.
tukar2 cerita. lama tak jumpa kan. sorang2 kena interview. haha.
pastu bincang topik baek punya. berdebat la pe la. macam2.

then diorang ke masjid. solat Subuh. siap2 semua. kitorang hantar Safwan
balik hostel. pastu balik umah. solat Subuh. tidooo.
esok tu memang bangun lambat la. pegi solat Jumaat.
balik umah, kakak dh beli makanan. makan makan.
pastu ambik teksi pegi KTM. sampai Midvalley.
lepak2 sana jap. berdua dengan Hafiz pun layan je la.
lepas Maghrib baru balik campus. hehe.

******

weekend tu tak keluar langsung. percaya tak?
duduk CFS diam diam. study la sket sket.
haha. takpe la. sekali sekala.

so start counting eh

2 minggu je lagi sebelum balik cuti panjang.
yeah yeah yeah

welcome home, Azyan :)

yours truly,


2 comments:

AzyanAaziz said...

waaaaaaaaaaaaaahahahahahahha. kagum nye aku. terharu gle laaa. :D thanks a lot!!

Akif said...

hahaha. tade hal, azyan. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars