Monday, February 7, 2011

Tunang



Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan:


Makna pinang dari segi syarak adalah
pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan.
Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.


Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan,

"Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju,
dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya:
" tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain
dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".

Jadi,
haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui.
Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu
tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Jawapan:


Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam.
Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting? Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?


Jawapan:


Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.


Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang
tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'

- Artikel iluvislam.com

- Artikel diolah dari ceramah Ustaz Azhar Idrus.


******

diambil daripada junior. diorang yang buat note nih.
maaf ye, dik. pinjam note ni. hehe.

korang ni mcm masing2 dah bertunang je. haha.

takpe. saje nak kongsi dengan korang.
so kalau sesiapa yang rasa nak bertunang tu, siap2 la ye.
tapi takkan la perempuan tu je yang setuju kan.
lebih baik ikut adat kita, persetujuan keluarga pun penting

Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda:

" Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan! "

sesiapa yang rasa berkenan ke pe cepat2 la ye bertunang
pastu kahwin cepat2. takde la buat maksiat. insyaAllah.

peringatan! bertunang bukan tiket untuk buat maksiat.


asal aku jadi promoter nih? adeh. Hafiz punya pasal la ni. "-_-

yours truly,

6 comments:

Cik Nurul said...

Adat yg tidak bertentangan dgn syara' tidak salah kalau kita ikut. lagipun kalau kita bertunang tanpa pengetahuan keluarga, mungkin hubungan kekeluargaan boleh retak dan sebagainya. sebaiknya kita ikutlah cara yang tidak menimbulkan fitnah. yang penting apa yg kita buat dapat redha dari Nya, x kisahlah cara mana pun =)

p/s: dh x sabar ke? =P

Akif said...

exactly. haha. ada ke pulak? saje je nk kongsi ilmu laa. :P

peep said...

ummm ko mesti da btunang kn?? maklomla budak market..haha

Akif said...

uish. belum2. single mingle lg aku nih. haha.

Schubert Serenade said...

good entry...
bila persetujuan dah dinyatakan by the girl, so its mean diorang dah pon berada dalam ikatan pertunangan...macam tu ye??but, better ikatan pertunangan tu dibuat mcm adat melayu..atleast to inform kt org kan...btw, im ur new follower^_*

Akif said...

yup. exactly. thx yea, schubert serenade. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars