Monday, February 21, 2011

Exam Week Sem 2


14 February 2011

2.30 petang. exam RIM. 2 jam. tapi tak sampai 2 jam pun,
ktorang dah keluar dewan. alhamdulillah.
habis satu paper. fuuhh.

tak makan dari pagi. ingatkan nak puasa.
tapi petang ada jamuan. so pegi beli roti kat kisok.
naik atas rehat2 dalam bilik.

petang tu dalam pukul 6 pegi jambatan.
bukan jambatan maksiat laa. eh eh. tapi lebih kurang la.
sini pn ramai je yg dating. haha. antara cafe U dan cafe A.
ada jamuan utk committee PRESSS. advisor yg buat.
sebagai menghargai jasa2 kami yg berkorban utk 2 sem ni.
huhu. terharuuu~


macam macam ada ohh

ucapan daripada Madam Faizah

walaupun tak semua commitee yang datang sebab ada hal.
Muhaimin, Amiey, Alubah takde. yg lain mesti datang. haha.
bro Nadhar pun join je kitorang. semangat PRESSS kan.
kenapa? sebab makan free maa. sapa tak mau. keh keh.

committee sisters

makan makan aaa

committee brothers

Nadhar dgn Daeng bertanding. haha.

memang terbaek la madam Faizah. buat susah2 je.
ni yang buat kami sayang PRESSS lebih lebih ni. :P
alhamdulillah. lepas ni rindu korang dah laa.

malam ni join Hanis and the gang kat cyber cafe
main CS sampai lebam ramai ramai. haha.

15 February 2011

Happy Maulidur Rasul :)

ada orang ajak pegi Ole ole. tapi rasa macam takleh je.
banyak lagi yang tak study. lagi 3 subject oh. huhu.
so hari ni study je la keje. Chem. Math. Comp.
sampai ke petang. petang tu Akip datang sini.
Yani dengan Raidah pun ada. pegi pasar malam laa.

jalan jalan cari makan la kitorang petang tu.
balik bilik makan sambil layan movie.
lepas Maghrib hantar diorang balik ikut masjid.
naseb baik pak guard tak tahan. dah la ramai2 gitu. haha.

16 February 2011


bangun pagi2 study lagi. redah la pape subject pun.
oleh kerana Akip ni dah rindu sangat kot. takpe la.
tunggu dia habis kelas. lepas Zohor keluar.
hari dating kami berdua la pulak. tanpa orang lain.


pegi Bukit Bintang then ke Pavilion. cari kedai Uniqlo.
ada. masuk dalam. ada! Big Bang shirt! fuuh.

nak beli tak nak, nak beli tak, nak. nak beli, tak.

jalan jalan. nampak A&W. teringat kat orang tu.
mengidam kan. kitorang lunch la kat situ.


take away sekali utk dia. pastu jalan2 lagi.
sampai la Low Yat. masuk jap la sebab Akip nak tengok2.
ambik Cool Blog satu. terbaek. jalan jalan tengok laptop.

pegi Times Square jap. Akip nak cari kasut.
tengok situ tengok sini. eh eh. contact semua skali.
semua setuju. chantekk. haha. cari lagi. okeh. siap.
then balik UM. pass A&W tu. lepak bilik jap.
lepas Maghrib balik campus. malam study lagi maaa.

17 February 2011

takde buat pape sangat. pagi pagi bangun. teruskan study.
semestinya kepala sedang pening dengan programming.
takyah cakap la. semua source code je yg ada dalam kepala adeh.

sampai ke malam jugak la. lepak dgn Dania kat bilik.
Hafiz dengan Safwan pun ada je. malam study kt blok E
dengan Ahnaf, Hanis, Nuzul lagi. fuuh. best je.

18 February 2011

Happy Birthday, Azyan :)


wish camtu je la. naseb baik birthday kau, kau di sini.
senang nak call. haha. nak hadiah ke? kau dah besar kan.
tak yah la. nanti aku letak satu post untuk kau special punya.
ok? deal? haha.

pagi pagi siap sudah mahu ke dewan AMF. semua siap.
exam Computer 2. so memang semua dalam dewan wired in.
3 jam beb duduk tengok kertas uh. adeh. sakit leher den.
pening lagi dengan segala source code. at last habis jgk.
alhamdulillah. selesai lagi satu. malas mau comment.
doa je la banyak2. huhu. insyaAllah.

Amir call. nak buat jamuan untuk team ping pong dgn volley.
so lepas Mahrib semua kumpul kat masjid. bertolak ke KFC berdekatan.
makan makan sambil mengimbau kenangan masa SMAC. bestt je.

Mujahid player ping pong dan volleyball.
orang yg diraikan. sbb dia dah nak balik dah. haha.

makan makan

Dania pun ada laa

kami bermakan makan


Mujahid malam tu train pukul 10 pun lepak je. haha.
thanks korang. rindu pulak masa SMAC. dah nak habis sem dah.
budak2 2nd year; Mujahid, Najmi, Hifi dengan Alimin
lepas ni jumpa korang kat Kuantan pulak la ye. hehe.
all the best korang! insyaAllah.

malam tu tetap study. esok exam maa. fuuh.

19 February 2011


pagi pagi di dewan. masuk je la. penuhkan seat depan.
duduk sebelah tuan presiden, Muhaimin. uish. cuak aku.
haha. takpe takpe. redah je laa.

3 jam dalam dewan menghadap nombor nombor.
sakit leher lagi daa. adeh. kepala serius pening.
tak tau la tak cukup tido ke, sebab banyak fikir ke.
adeh. dah lip lap lip lap dah kepala aku nih.
tapi alhamdulillah. lepas lagi satu paper. fuuh.

habis je pegi siap siap. keluar jap la. tempat biasa.
jumpa diorang. breakfast sekali. yeke breakfast?
tak kesah la kan. janji makan. kepala pening perut kosong. baguss.
then ikut diorang. takpe la. ikut je. movie perempuan.
takpe2. layan je. ok laa. tak cakap tak ok. haha.

then petang tu dah nak balik. hantar sampai KTM.
Hanis order Dunkin. so tapau la untuk dia. then balik.
takde lewat sangat. rehat dulu aaa. fuuh.

nampak sedap la pulak

lepas Maghrib start study chemistry. stay up lagi.
bersama Dania. pukul 3 lebih baru rasa nak tido.
so stop la. penat jugak badan ni. fuuh.

20 February 2011

takde pape yang menarik. bangun je terus pegi meja.
meghadap segala notes untuk last paper yang bakal habis.
haha. malas keluar mana2 weekend ni. Hafiz pagi2 lagi dah hilang.
takpe la. Safwan dgn Dania pun ada. so study sekali laa.
sambil layan nasyid. lepaaakk je~

sampai malam la jugak. penat. rest laa.
malam tu takleh tido. baring golek2 pukul 12.
tapi pukul 3 pun takleh lelap lagi. adeh.
ni sebab selalu stay up punya pasal la ni.
exam week~ adehh.

21 February 2011

pagi2 standby kt LY dah. last paper. fuuh.
macam biasa. 3 jam menghadap paper uh.
at last habis jugak. malas mau komen.
redha je laa. fuuh.

MERDEKAAA!


akhirnya. setelah berapa minggu entah saat ini dinantikan.
start dari revision week uh. padahal study takde la gempak pun.
study last minute camtu. adeh. tapi takpe laa.
minggu penting alhamdulillah dah lepas. fuuh.

so tawakkal je la. dah buat yang terbaik kan.
Allah je tau camne usaha aku semua tu.
redha je la dengan result nanti.
insyaAllah dapat yang terbaik untuk diri.

well, dah habis second sem kat sini. kejap je rasa.
budak2 2nd year tak jumpa dah lepas ni.
kenapa eh aku rasa sem ni giler lepak habis.
memang tak serius langsung. adeh.
apa nak jadi ni mamat oi. takpe2.
last sem nanti kena serius balik. fuuh.

insyaAllah :)

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars