Monday, February 28, 2011

Seram Seram


okeh. kita bukak cerita seram sket.

hari tu masa tengah lepak2 tiba2 Hafiz cakap ada cerita best.
so bukak la laman web Blog Serius. mak eh. tajuk pun.

so kami pun baca la bersama. okeh. lepas baca memang seram.
erk. korang pun nak tau cerita apa? jom baca dulu sebelum teruskan.

BACA BACA

then kitorang pun bertanya. betulkah cerita ni?
memang wujud ke hantu kat situ? hmm. Shah Alam.
Seksyen 2. dekat dah tu. selalu pegi takde dengar pape pun.
takpe la. mungkin betul mungkin tak kan.

24 February 2011

lepas balik dari KISAS. lepak kat Plaza Alam Sentral.
pastu kitorang taktau nak buatpe dah. ingatkan nak tengok Fye.
tapi dia tak tau ada kat mana kan. hmm. nak buat apa eh.

tiba tiba keluar idea. baek punya. jom cari rumah tu!
yup. rumah tu. so perjalanan bermula. firstly cari Wet World.
okeh. dah jumpa entrance dia. cari perumahan depan rumah tu.
memang ada. memang betul2 depan Wet World. ok. masuk la.
then kitorang pusing2 dalam perumahan tu. masuk setiap simpang.

ada satu lane tu kitorang lalu nampak rumah usang yang kosong.
eh? rumah ni ke? so stop tepi jalan. ambik notebook Hafiz. broadband.
online. bukak balik entry tu. eh eh. tgk gambar. tak sama pun.
ok. salah. takpe2. teruskan pencarian. so jalan lagi.
kitorang lalu entah jalan apa. cari jela rumah yang mana mana sama.

then lalu satu simpang. semua cakap. eh yang tu. yang tu.
so patah balik. stop depan tu. mak aih. memang sama! serius.
semua sudah mula cuak. nak turun ke taknak. tapi takpe la.
Azyan ambik gambar rumah tu guna phone aku. tapi dari dalam kereta jela.
nak turun kang ada benda kejar tak sempat lak nak lari kan.

lepas ambik gambar apa lagi. blah laaa! tak kan nak duduk sampai malam.
ambik jalan straight to main road. bila keluar tu eh eh.
memang dekat je dgn Seksyen 2. KFC sebelah situ je. fuuh.

so ini gambar yang diceritakan dalam blog tu



dan ini gambar yang kitorang ambik


Azyan ambik angle yg sama. baik punya. sama tak?

so konklusi, rumah tu sememangnya wujud
tapi cerita tu tak tau la betul ke tak.

ada sape2 nak buktikan? pegi la masuk dalam.
try ambik gambar busut tu. nak lagi best,
ambik Nokia 3310 tu. haha. kitorang takde masa la.
eceh. padahal takut tu. haha. pandai2 korang la ye.

alhamdulillah takde pape yg tak baik jd. fuuh.

yang benar;
Akif, Azyan, Fara, Hafiz
pengembara misteri alam mistik

wahaha. nama nak gempak je.

yours truly,

Sunday, February 27, 2011

Shopping Bersama



exam sudah lepas, alhamdulillah :)

21 February 2011

lepas je paper Chemistry aku terus ambik barang siap2
bergerak ke UM. pehi Rumah Tetamu. jumpa org2 USM.
ayahanda dan yg lain ada program kat KL. so duduk sini la.

sampai tengah hari. lunch kat situ siap2. lepas Zohor gerak.
naik bas. mula2 round dalam UM. lepas tu baru keluar pegi KL.
ronda2 je la dalam KL sementara tunggu malam menjelang.
singgah kat tempat Kraftangan. makan jap. baru gerak ke hotel.

Prince Hotel, KL. dekat sangat dgn Pavilion. masuk ke dalam.
tunggu Maghrib kat surau hotel. jumpa sorang abang media.
uish. hari tu aku kenal satu lagi jenis orang. haha. macam2.

then majlis nak bermula. aku duduk satu meja dgn lecturer2 lain.
ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



majlis bermula yang dipengerusikan oleh Fitri, pengacara MHI.


ucapan demi ucapan. makan. penyampaian anugerah. settle.

wanna know more, click here

balik lambat jugak sebab nak settle down semua. tp ok la.
malam tu tido kat rumah tetamu UM. fuuh.

22 February 2011

bangun pagi2. solat Subuh berjemaah dgn semua. tazkirah.
lepas tu kemas2 barang. diorang akan bertolak ke USIM pulak.
aku pun bergerak ke Kolej 12. bilik Akip la. mana lagi kan. haha.
lepak2 jap sampai pukul 9. dia ada kelas. aku ada dendam tak terbalas.
dendam tido la. pe lagi. so tido je la. haha. tgh hari Akip balik.

lunch roti je. malas nak turun makan kat bawah.
Akip ada kelas lagi. so tunggu je la dia habis kelas. online2.
Nisa takde kelas. so turun bawah jap ambik barang yang nak pass 2.
solat Asar. turun bawah tunggu Akip. bergerak ke masjid.

hari ni hari dating kami berdua lagi. takde sape boleh kacau aa.
destinasi semestinya Times Square. hari tu sudah survey2 kan.
tapi pape hal pun kena pegi 1 kedai nih. yeaahhh.


thx, Husna sebab suggest. memang terbaek. rambang mata jgk.
sian Akip kena layan je aku macam2. haha. takpe2.
pilih dan pilih lagi. mana satu yg best eh.
setelah tgk semua akhirnya keputusan dibuat.
harap2 suka la yang ini. settled. fuuh.

lepas Maghrib pegi cari barang Akip pulak. dapat la satu.
sekali ambik winnie the pooh. ok la jugak kan. haha.
pegi kedai yang sama. masuk lagi. tengok tengok.
survey lagi. cari yang itu yang ini. try yang itu try yang ini.
takde saiz la, kak. lagi lagi. ambik tu ambik ni. hmm.
akhirnya dapat jugak yang berkenan di hati. wallaaahh~

shopping bersama~

pegi kedai tu pulak. dolphin. haha. boleh laa.
utk kawan sorang tu. share je la kan. hehe.
perut lapar suda. pegi makan kat Marrybrown.
walaupun dah nak tutup. hehe.

tiba2 ada org call. eh eh. call pulak.
adeh perempuan ni. main touching2 pulak.

mak cik, kitorang banyak lagi keja lain nak buat
takde masa nak kenakan kau la. seriously.
nak kata perasan kang kecik hati pulak.
suka hati kau la. adehh. Akip pun tension.


makan saja apa yg ada

lepas tu kitorang balik je. bawak macam2 beg plastik kat tangan.
macam shopping gler2 je. haha. dah lama kot.
tak shopping dengan Akip nih. kat Klang dulu selalu la.
tu pun masa outing laa. haha.

kena balik dah. dia balik UM. aku kena balik campus jugak.
nak pack barang lagi. nak teman Hafiz lagi. eceh.

jam pada waktu malam di Kuala Lumpur

balik tu Hafiz dah bungkus maggi goreng untuk aku. mantap.
makan sambil layan Spontan. gelak2 bersama. Dania pun join je.
Hafiz request byk episod. hampeh. padahal esok dia exam.
adeh. takpe la. akhirnya pukul 5 baru tido.

esok ada journey lagi. fuhh. tido la. rest2.

Azyan sudah mau datang dah nanti. walaweyh~
tgk2. aku pun dah terikut ko. hahaha.

yours truly,


Happy Birthday, Kau

korang tahu tak. aku ada kenal sorang budak nih.
dekat kolej tu la. masa form 4 dengar nama je.
tau la dia satu kepala dengan budak2 itu.
masa tu tak kenal sangat pun geng budak2 itu.

LI ditubuhkan. masa tu baru cam ada kaitan sikit dgn mereka.
Abang la ni. haha. kitorang follow je. Abang cite macam2 la kan.
sampai la form 5. kenal la sket2 diorang uh.

ntah camne boleh tegur kau. aku tegur dulu ke kau eh?
aku pun tak ingat daa. haha. takpe2. tak penting.
bincang pasal hal yang satu tu. tak habes2.
hal yang semua orang pasti akan tanya aku. adeh.

at last macam2 aku cerita kat kau. kau pun sama.
suka duka masalah pape ke semua pakai cerita saja.
takde cover punya. haha. pakai redah je.
mula paham kau. kau paham aku jugak. ok la kan.
walaupun dua2 kepala mengong. biasa la tu. :P

kau rapat dengan Abang. kitorang adik2 abang.
kau dah jadi macam kakak kitorang. kitorang mcm adik2 kau jugak dah.
aku pun tidak terkecuali. HAHA.

walaupun kejap je kenal kau. eh kejap ke? entah la.
aku rasa cam lama giler dah rapat. haha.
yela. aku bukan open sangat dengan orang cam dengan kau.
dengan kau aku giler lepak habis. pakai spill semua.
memang jd aku la tu. kau pun open je. haha.


tapi post di sini sebenarnya aku cuma nak ucapkan




Happy Birthday :)

18 February


yup. kau sekarang dah 19.
makin tua makin matang makin baik. kan?
kau lagi tua dari aku walaupun aku lagi tinggi
haha. itu sudah takdir kan. takpe laa.

time kaseh jd kawan baik aku.
time kaseh layan aku yg mengong nih
time kaseh sbb paham semua



aku tak tau nak bagi hadiah pe.
tapi terpikir la jugak kan apa yang kau penah cakap dulu.
so aku contact la semua mereka2 itu.
kitorang pun setuju hadiahkan kau ini.

awak :)

tengok tu. duduk satu kerusi full uh. haha.
dulu kau kan takde awak nak manja2.
jaga la ye 'awak' kau sekarang. HAHA.

Azyan A Aziz

all the best in your life
thanks for everything everything
may Allah bless you always :)

p/s : sorry lambat buat post utk kau. busy yg amat dgn exam. :P

yours truly,


Long Journey


Bismillahirrahmanirrahim

the journey starts

23 February 2011

masih keletihan. tunggu Hafiz habis exam dia.
at last baru kitorang makan siap2 kat cafe.
pastu gerak terus ke KTM. menuju ke Nilai.
sampai petang kat sana. kakak ambik. fuuh.

duduk rehat jap kat Jati. ingatkan malam baru nak jumpa.
tgk2 Safwan cakap ambik dia bawak ronda Nilai. ceh.
macam tak biasa duduk Nilai je mamat nih. haha.
so pegi Nilam. ambik dia lepak2 kat Dataran Nilai.
sembang2 dgn beliau. biasa la kan. bukan selalu jumpa.

solat Maghrib di masjid. jumpa Qawi. haha. pastu pegi Mcdonald.
Farah dgn Ain dah tunggu. join diorang je la. sambil sembang2.
beberapa minit kemudian Azyan dan keluarga datang. alhamdulillah.
niat di hati nak makan nasi lemak terbaek. wokeh la. Farah bawak.
tempat tu ada karaoke siap. haha. makan2 sambil sembang.

family Azyan dah nak balik lepas habis makan. kitorang sembang lagi.
terima kaseh banyak, pak cik Aziz belanja kitorang makan. eheee.
tapi tu kira janji kau dah lepas ke, Yan? hahaha.
sembang sampai pukul berapa entah. lepas tu hantar diorang ke Nilam.
aku dengan Hafiz balik umah rest cukup2. fuuhhh.

24 February 2011

bangun pagi2 tgk kakak2 ni tak siap lagi. adehh. Azyan dah call dah.
habis je diorang siap kitorang terus siap2. then ambik kereta ke USIM.
FPQS. ambik Azyan kat situ. dia kata sempat jumpa dak2 USIM lain.
aiseh. kitorang lak tak sempat. takpe la. thx, Safwan sanggup tunggu. hehe.


mereka di FPQS
credit to Safwan for the pic :P

pape hal pun pegi isi minyak dulu kat Petronas. budak ni pun nak tukar. haha.
pastu kitorang bergerak la ke UIA Nilai. Suhaida nak jumpa kejap.
nak bagi makanan yang dia belanja. sebab aku tolong dia buat presentation.
rezeki jgn ditolak. sampai2 tunggu dia takde langsung. pegi ambik kat guard.
hampeh betol. taknak jumpa lak. mende la budak ni. pelik2 je. biar la.
janji dapat nasi lemak ayam. utk Hafiz pun ada. choki2 dgn 7Up. thanks.

then terus bertolak ke PJ. sepanjang perjalanan borak je keja.
Azyan pun takleh tido. walaupun ngantok. padan muka. wahahaha.
sembang macam2 la. segala topik bagai keluar. gelak je keja. haha.
Hafiz pun dah habis satu bungkus nasi lemak dia sepanjang perjalanan.
ceh. hampeh betol mamat nih. akhirnya sampai ugak UIA PJ. fuuh.
alhamdulillah. ternampak Daeng dgn Nuzul nak pegi Midvalley depan gate.
sorry la korang. takleh join. hehe.

sampai je terus parking. pegi A Cafe. makan laaa. lapar ohh.
makan sambil sembang. nak kena tunggu Amal habis exam.
Azyan stay kat situ tunggu Amal. kitorang balik bilik la kemas mana patut.
pastu rest jap. baring. tutup mata. fuuhhh. then dalam 12.30pm bangun.
ajak Hafiz sebab kena gerak dah. panggil Azyan. lepak kat bilik Amal dia eh.
so kitorang pun bergerak ke destinasi seterusnya - UM.

jumpa Akip dekat depan Kolej 12. nak jumpa kak Yan dia kata.
so sembang la jap. aku pegi blok A. naik bilik ambik AWAK.
sumbat dalam kereta. pegi balik kat diorang. sembang2 jap.
tegur Yani jgk. muka pelik je dia. haha. then kitorang pun nak gerak dah.
Azyan nampak Awak boleh buat muka takde perasaan. wahaha.
Akip takleh ikut. dia kata nak siapkan keja yang tak siap. ye ye la tu.
laptop bagi kat Akip. dia nak guna petang tu. so takpe la.
maka kitorang pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

atas idea last minute daripada Hafiz. maka kita akan ke KISAS.
lama kot tak pegi. dan Azyan berpakaian sebegini. redah je. haha.
sepanjang perjalanan dalam kereta, hafiz bergayut je. dengan sape lagi kan.
perkataan tu je yg aku dgn Azyan dengar. sebut kuat2 lak tu. wahahaha.

ikut je jalan biasa. nak masuk Klang dah confuse jalan. silap jalan.
ada lori baek punya lalu kat depan menyebabkan kitorang terpaksa U-turn.
patah balik masuk Shah Alam. alang2 tu terus call Fara ajak sekali.
tunggu dia siap. ambik dia. memang gila punya last minute.
Tiah segan nak ikut. naseb la Hafiz. wahahaha.

sampai KISAS. fuuh. ramai yg amat la kereta kat sana.
rupa rupanya ada mesyuarat pe ntah. lagipun ada hoki.
so memang ramai la. budak2 ni mcm tak belajar je. takpe2.
parking dulu. aku dgn Hafiz turun dulu. Azyan segan nak turun.
ambik slip SPM. slip 1119 belum siap. takpe la. pastu hujan.
adeh. takpe. Azyan ambik sweater aku. Fara teman masuk pejabat.
naseb baik tak jumpa sape2. cuak habis dah tu. wahaha.
then pegi ronda dgn kereta satu KISAS. dgn aspura kitorang redah.
naseb la student nak kata apa pun. haha. pastu pegi solat kat masjid.

teruskan perjalanan ke Mydin, Klang. ada pesanan daa.
then balik ke Shah Alam. awal lagi ni. so jalan2 je laa.
tgk2 sampai kat Plaza Alam Sentral. stop jap. beli donat.
lapar oh. makan sambil cerita2. ada cerita hot punyaa.
cerita hantu. perghh. memang best la. story dalam kereta.
memandangkan takde apa nak buat sementara tunggu Mimi habis;
dan juga untuk membuktikan cerita tu benar atau tidak;
kitorang membuat keputusan. keputusan apa? cerita apa?
haaa. nantikan di post yg akan datang. HAHA. sini sini.

Mimi bagitau diorang ada rehearsal kat SACC. so ok la.
kitorang gerak ke sana. park. masuk dalam. fuuhh.
dinner UiTM ni dasat gak. tgk diorang rehearsal jap.
pastu kitorang hantar mereka ini ke campus. Kolej Mawar.
diorang masuk dalam. kitorang cari surau. solat Asar.
stay sampai Maghrib jugak. then ambik balik.

tiba tiba Muzzammil call. urgent. kena buat presentation.
adeh. takpe laa. kawan kan. tolong je laa. so on je.
tolong kawan sekarang, nanti kawan tolong kita balik kan.

budak2 ni takleh join sebab ada hal. ada kelas la semua.
takpe2. kitorang makan kat seksyen 7 je. pilih tempat.
ok. set. semua memang lapar yang amat. haha. order.
pastu sembang. macam2 la sembang. macam2 cerita keluar.
takleh blah betul. layan je. segala cerita hantu pun keluar.
oleh kerana Azyan bersetuju untuk belanja makan, Hafiz rela
menceritakan jalan cerita Khurafat. hahaha. thankie, Azyan. :)

habis tu hantar dia balik. hantar diorang balik.
kitorang pun mau balik. sampai UM dalam 3o minit je.
haha. letak kereta kat situ. naik atas ambik laptop.
ambik barang tunggu Muzzammil datang. ayah dia ambik.
so teruskan perjalanan ke rumah beliau di Gombak.

pegi pejabat jap ambik bahan. balik rumah. rehat.
wahhh. X Box 360. aku dgn Hafiz yang tak pernah sentuh teruja.
sentuh buat pertama kalinya. layan game Smackdown VS Raw. haha.

X Box maaa

then buat kerja sket. start dgn intro. dgn proses memilih template.
yg lain takleh nak teruskan sebab bahan tak cukup. adehh.
penat. pukul berapa entah baru tido. fuuhh.

25 February 2011

pagi2 lagi dah bangun. siap2. terus pegi pejabat. tunjuk intro yg siap sikit.
then pegi breakfast. pekena roti canai dgn teh tarik. pastu baru balik UM.
Muzzammil pun ikut. sampai sana ambik kereta. terus balik UIA.
naik bilik, pack betul2 punya pack. ambik je yg mana sempat.
barang2 nak bawak balik Nilai. sumbat semua dalam kereta. haha.
nak bawak balik Penang tak sentuh lagi. takpe2. pastu terus bertolak ke Nilai.
kakak nak guna kereta tengah hari nanti. so kena sampai awal.

Hafiz tak ikut sebab pak cik dia nak datang ambik barang jugak.
ajak Akip sekali. pegi ambik dia kat UM. dgn Muzzammil pun gerak ke Nilai.
sepanjang perjalanan buat lawak je. sembang2. hahaha.
dalam 45 minit cmtu dah sampai Nilai. cepat jugak kan. lepak kat umah.
kakak guna kereta jap. dia balik kitorang pegi solat Jumaat kat masjid.
jumpa Safwan lepas solat. sembang2 sambil pekena nasi ayam.
ingatkan dia nak belanja. ceh. haha. pujuk dia untuk esok.
tapi tetap jugak takleh sebab ada keja dia tu. takpe laa. huhu.

port baek punya untuk kami makan

balik rumah ambik barang. naik teksi ke KTM. bertolak balik ke KL Sentral.
jumpa Hafiz sekali kat KL Sentral tu. dia datang dari UIA.
urgent. presentation tu nak secepat mungkin. adeh. ayah Muzzammil datang ambik.
balik terus ke pejabat. bahan dah ada. tapi belum complete. ok la kan.
duduk bilik mesyuarat tu buat kerja. siapkan segala intro. edit index sekali.



Muzzammil dgn Akip pegi ambik laptop kat mana entah. Hafiz teman aku.
dah siap. solat semua kat situ. sampai Maghrib jugak la. baru diorang balik.
jam kat KL petang2. biasa la. lepas tu turun dinner kat bawah.

oleh kerana memang perut kelaparan yang amat. so bedal je laa.
nasi arab baek punya. sorang satu pinggan full. banyak tak banyak tibai je.
kenyaaannggg. fuuh. alhamdulillah. thanks la, Muzzammil belanja. hehe.


balik rumah. rehat jap. fuuh. ayah dia ada keja lagi. so kena tunggu dulu la
sebelum nak siapkan semua sekali. so sebelum tu kitorang main X Box la dulu.
PES 11 maa. best oh. hahaha. sanggup beli bateri siap2 tu. semangat2.
Akip layan PSP sekali. haha. memang lepak sementara menunggu kerja.


X Box timee~

ayah beliau balik. sambung buat kerja. 12 lebih dah kot. takpe2.
pilih mana yang sesuai. ikut slide. arrange balik. set. masa utk kerja.
kena buat satu satu. so mengadap la laptop tu nak siapkan kerja.
edit gambar satu satu. tukar saiz. masukkan. edit lagi. fuuhh.


dalam pukul 4 Akip tido dulu. takpe la. nak buat tuto konon. hampeh. haha.
Hafiz dgn Muzzammil ada je layan X Box. tak ngantuk lagi diorang.

siap dalam pukul 5 lebih. fuuh. akhirnyaa.
mata dah berpinar pinar. kepala dah berputar.
Hafiz tengah layan Youtube lagi. adeh mamat nih.
terus landing sebelah Muzzammil kat katil. tido tak sedar dah.
esok kena bangun awal. ada perjalanan lagi maa.

the journey does not end yet

yours truly,

Monday, February 21, 2011

Exam Week Sem 2


14 February 2011

2.30 petang. exam RIM. 2 jam. tapi tak sampai 2 jam pun,
ktorang dah keluar dewan. alhamdulillah.
habis satu paper. fuuhh.

tak makan dari pagi. ingatkan nak puasa.
tapi petang ada jamuan. so pegi beli roti kat kisok.
naik atas rehat2 dalam bilik.

petang tu dalam pukul 6 pegi jambatan.
bukan jambatan maksiat laa. eh eh. tapi lebih kurang la.
sini pn ramai je yg dating. haha. antara cafe U dan cafe A.
ada jamuan utk committee PRESSS. advisor yg buat.
sebagai menghargai jasa2 kami yg berkorban utk 2 sem ni.
huhu. terharuuu~


macam macam ada ohh

ucapan daripada Madam Faizah

walaupun tak semua commitee yang datang sebab ada hal.
Muhaimin, Amiey, Alubah takde. yg lain mesti datang. haha.
bro Nadhar pun join je kitorang. semangat PRESSS kan.
kenapa? sebab makan free maa. sapa tak mau. keh keh.

committee sisters

makan makan aaa

committee brothers

Nadhar dgn Daeng bertanding. haha.

memang terbaek la madam Faizah. buat susah2 je.
ni yang buat kami sayang PRESSS lebih lebih ni. :P
alhamdulillah. lepas ni rindu korang dah laa.

malam ni join Hanis and the gang kat cyber cafe
main CS sampai lebam ramai ramai. haha.

15 February 2011

Happy Maulidur Rasul :)

ada orang ajak pegi Ole ole. tapi rasa macam takleh je.
banyak lagi yang tak study. lagi 3 subject oh. huhu.
so hari ni study je la keje. Chem. Math. Comp.
sampai ke petang. petang tu Akip datang sini.
Yani dengan Raidah pun ada. pegi pasar malam laa.

jalan jalan cari makan la kitorang petang tu.
balik bilik makan sambil layan movie.
lepas Maghrib hantar diorang balik ikut masjid.
naseb baik pak guard tak tahan. dah la ramai2 gitu. haha.

16 February 2011


bangun pagi2 study lagi. redah la pape subject pun.
oleh kerana Akip ni dah rindu sangat kot. takpe la.
tunggu dia habis kelas. lepas Zohor keluar.
hari dating kami berdua la pulak. tanpa orang lain.


pegi Bukit Bintang then ke Pavilion. cari kedai Uniqlo.
ada. masuk dalam. ada! Big Bang shirt! fuuh.

nak beli tak nak, nak beli tak, nak. nak beli, tak.

jalan jalan. nampak A&W. teringat kat orang tu.
mengidam kan. kitorang lunch la kat situ.


take away sekali utk dia. pastu jalan2 lagi.
sampai la Low Yat. masuk jap la sebab Akip nak tengok2.
ambik Cool Blog satu. terbaek. jalan jalan tengok laptop.

pegi Times Square jap. Akip nak cari kasut.
tengok situ tengok sini. eh eh. contact semua skali.
semua setuju. chantekk. haha. cari lagi. okeh. siap.
then balik UM. pass A&W tu. lepak bilik jap.
lepas Maghrib balik campus. malam study lagi maaa.

17 February 2011

takde buat pape sangat. pagi pagi bangun. teruskan study.
semestinya kepala sedang pening dengan programming.
takyah cakap la. semua source code je yg ada dalam kepala adeh.

sampai ke malam jugak la. lepak dgn Dania kat bilik.
Hafiz dengan Safwan pun ada je. malam study kt blok E
dengan Ahnaf, Hanis, Nuzul lagi. fuuh. best je.

18 February 2011

Happy Birthday, Azyan :)


wish camtu je la. naseb baik birthday kau, kau di sini.
senang nak call. haha. nak hadiah ke? kau dah besar kan.
tak yah la. nanti aku letak satu post untuk kau special punya.
ok? deal? haha.

pagi pagi siap sudah mahu ke dewan AMF. semua siap.
exam Computer 2. so memang semua dalam dewan wired in.
3 jam beb duduk tengok kertas uh. adeh. sakit leher den.
pening lagi dengan segala source code. at last habis jgk.
alhamdulillah. selesai lagi satu. malas mau comment.
doa je la banyak2. huhu. insyaAllah.

Amir call. nak buat jamuan untuk team ping pong dgn volley.
so lepas Mahrib semua kumpul kat masjid. bertolak ke KFC berdekatan.
makan makan sambil mengimbau kenangan masa SMAC. bestt je.

Mujahid player ping pong dan volleyball.
orang yg diraikan. sbb dia dah nak balik dah. haha.

makan makan

Dania pun ada laa

kami bermakan makan


Mujahid malam tu train pukul 10 pun lepak je. haha.
thanks korang. rindu pulak masa SMAC. dah nak habis sem dah.
budak2 2nd year; Mujahid, Najmi, Hifi dengan Alimin
lepas ni jumpa korang kat Kuantan pulak la ye. hehe.
all the best korang! insyaAllah.

malam tu tetap study. esok exam maa. fuuh.

19 February 2011


pagi pagi di dewan. masuk je la. penuhkan seat depan.
duduk sebelah tuan presiden, Muhaimin. uish. cuak aku.
haha. takpe takpe. redah je laa.

3 jam dalam dewan menghadap nombor nombor.
sakit leher lagi daa. adeh. kepala serius pening.
tak tau la tak cukup tido ke, sebab banyak fikir ke.
adeh. dah lip lap lip lap dah kepala aku nih.
tapi alhamdulillah. lepas lagi satu paper. fuuh.

habis je pegi siap siap. keluar jap la. tempat biasa.
jumpa diorang. breakfast sekali. yeke breakfast?
tak kesah la kan. janji makan. kepala pening perut kosong. baguss.
then ikut diorang. takpe la. ikut je. movie perempuan.
takpe2. layan je. ok laa. tak cakap tak ok. haha.

then petang tu dah nak balik. hantar sampai KTM.
Hanis order Dunkin. so tapau la untuk dia. then balik.
takde lewat sangat. rehat dulu aaa. fuuh.

nampak sedap la pulak

lepas Maghrib start study chemistry. stay up lagi.
bersama Dania. pukul 3 lebih baru rasa nak tido.
so stop la. penat jugak badan ni. fuuh.

20 February 2011

takde pape yang menarik. bangun je terus pegi meja.
meghadap segala notes untuk last paper yang bakal habis.
haha. malas keluar mana2 weekend ni. Hafiz pagi2 lagi dah hilang.
takpe la. Safwan dgn Dania pun ada. so study sekali laa.
sambil layan nasyid. lepaaakk je~

sampai malam la jugak. penat. rest laa.
malam tu takleh tido. baring golek2 pukul 12.
tapi pukul 3 pun takleh lelap lagi. adeh.
ni sebab selalu stay up punya pasal la ni.
exam week~ adehh.

21 February 2011

pagi2 standby kt LY dah. last paper. fuuh.
macam biasa. 3 jam menghadap paper uh.
at last habis jugak. malas mau komen.
redha je laa. fuuh.

MERDEKAAA!


akhirnya. setelah berapa minggu entah saat ini dinantikan.
start dari revision week uh. padahal study takde la gempak pun.
study last minute camtu. adeh. tapi takpe laa.
minggu penting alhamdulillah dah lepas. fuuh.

so tawakkal je la. dah buat yang terbaik kan.
Allah je tau camne usaha aku semua tu.
redha je la dengan result nanti.
insyaAllah dapat yang terbaik untuk diri.

well, dah habis second sem kat sini. kejap je rasa.
budak2 2nd year tak jumpa dah lepas ni.
kenapa eh aku rasa sem ni giler lepak habis.
memang tak serius langsung. adeh.
apa nak jadi ni mamat oi. takpe2.
last sem nanti kena serius balik. fuuh.

insyaAllah :)

yours truly,

Monday, February 14, 2011

14 February




14 February 2011

Happy Birthday, Hanis


yup. Hanis. atau lebih dikenali sbg pok cik.
satu team taekwondo kat KISAS. satu warga Khalid.
skrg satu CFS. satu team taekwondo jgk kt sini.
satu course jugak. satu society PRESSS.
satu kelas masa sem 1. satu kelas masa sem 2.
HAHA. memang tak sangka kan.
naseb baek boleh masuk jugak la dengan dia.
alhamdulillah. all the best, dude!

Happy Birthday, Azie :)

even I don't know you well, but I know
you're interesting, really; someone different;
all the best in your life. may Allah bless you.

nice date eh? hehe. senang nak ingat.
kenapa? date yang selalu ditunggu tunggu
oleh pasangan kekasih kononnya

Valentine's Day
siapa je yang tak tahu?
Hari Kekasih
hari meraikan pasangan masing masing
hari bermadu kasih, bermesra, bergurau senda
hari berkongsi kasih sayang
kononnya

macam hari hari lain tak buat semua tu je. kan?


nak tahu fakta menarik tentang hari ini?

3 Pendapat Mengenai Hari Kekasih

CLICK!

******

tadi selongkar balik folder folder lama;
terjumpa gambar ni




bila fikir balik kan. lawak la. HAHAHA.
hanya mereka mereka je yang faham.
kalau tak faham sila tanya ye.

******

FINAL SUDAH START!

so here's the list

14/2 - Religions in Malaysia
18/2 - Computer 2
19/2 - Mathematics 2
21/2 - Chemistry 1

sikit je kan. 4 subjek je pun.
tapi CUAK oohh. huhu.
takpe2. usaha. buat yg terbaek.
insyaAllah. doakan eh. :)

******

daripada sambut Valentine's tu kan.
jom sambut Maulidur Rasul esok.
dah la cuti. Valentine's mana ada cuti.
jom sama-sama memperingati Rasulullah


9 September 1992 = Maulidur Rasul 1413

betul kan? kalau tak silap la. check balik. :)

"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir, Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah)
apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat
dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku."
Al-Kafirun ayat 1-6

yours truly,


Saturday, February 12, 2011

Welcome Home - 110211


10 February 2011

tido kat surau ABC dengan Daeng and the gang.
pagi tu bangun awal2. qiamullail. alhamdulillah.
then balik bilik. nak sahur kat bilik je. tgk2 Hafiz tak tido lagi.
layan movie sampai Subuh mamat ni. ceh. takpe2.
naseb baek ada Maggi. layaaann~

pagi ni ada presentation computer 2. memang macam malas.
kelas dah takde kan. tiba tiba ada pulak presentation. adeh.
takpe. redah saje la. naseb baik tak lama. fuuh.

bukak fb kat computer lab. eh eh. Azyan.



uish. baru bagitau. ceh. takpe2.
terus contact Safwan. dia cakap tak tau lagi.
hmm. so bincang la dengan Hafiz. plan diatur baek punya.
yang penting untuk pegi ke KLIA pada waktu malam adalah kereta
yang paling dekat adalah kereta Farah.
so suruh Safwan contact beliau. ok laa.

takut macam tak cukup je satu kereta. so contact la kakak.
kakak kata tanya ayahanda. lepas tanya, dapat green light.
so ok laa. dapat kereta lagi satu. cukup laa.
Safwan reply. dia kata Farah pun nak ikut. Ain pun join.

petang tu lepas Zohor Syamim datang CFS
saje saje. dah lama tak jumpa kan. haha.
so lepak je la dengan dia. tapi dia kena balik dah malam tu.
sembang sembang. tukar tukar cerita. macam biasa laa.

malam tu Amir mesej ingatkan untuk meeting malam ni.
adeh. sorry la, Amir. tak dapat datang la. huhu.

lepas Maghrib kitorang gerak. naik teksi ke Midvalley.
Syamim nak jalan2 kat sana. so takpe. kitorang ambik train ke Nilai.
sampai sana ndalam pukul 9 lebih. kakak ambik. balik Jati dulu.
lepak rehat rehat dulu kat umah. pastu dalam 10.30pm kitorang gerak.
Safwan order Domino's untuk budak bilik dia. adeh.

so ambik kereta pegi Domino's. order2. dapat.
jumpa Farah and the gang kat situ. ada kawan baru ikut. Husna dan Syafina.
Ain pun ada jugak. diorang tunggu kat Akasia.
kitorang pegi Camelia ambik Safwan dan hantar Domino's tu.
memang menguji iman betul la. dah la tengah lapar.
naseb baik orang punya. kalau Safwan punya memang dah licin dah. haha.

ambik Safwan ke Akasia. jumpa diorang. so perjalanan dimulakan.
masa tu dalam pukul 11 lebih la. Farah lead the way.
sebab kitorang tak biasa la jalan pegi KLIA ni.
tapi bila dah jalan familiar, overtake je la Farah tu. haha.
sampai KLIA. masuk parking. terus keluar. masuk KLIA.

11 February 2011

jumpa diorang kat KLIA je. kitorang pulak pegi surau.
solat Isya'. Hafiz nak sangat solat kat surau KLIA. adeh.

then kitorang pegi isi perut la. pe lagi. Burger King.
sebab paling dekat dengan international arrival gate.

makan makan

tengah tengah makan tu Safwan cakap ada muka familiar.
mana? family tu. oowh. family Azyan rupanya. segan nak tegur.
so call Ain suruh turun bawah. Ain turun, dia start tegur dulu.
kitorang pun join la. sembang2 sekali. lepas tu dah macam landed.
so semua pegi ke arrival gate. tunggu Azyan keluar.

ayat terbaek punya oleh pak cik Aziz;

"ingatkan nak tolong pegang banner sekali
tapi tak bawak kopiah haji"

HAHAHA. aku dengan Hafiz gelak bagai nak rak.

ye ye. kitorang yang gelak. HAHA.

pukul 2 lebih dapat message. dah landed. alhamdulillah.
tapi tak reply la. buat tak tau je dulu. hehe.

tunggu punya tunggu. akhirnya dalam pukul 2 lebih baru la nampak.
keluar sorang sorang. tak pakai spec. spec hilang kan.
naseb baik nampak family dia. dah dapat spec dari mak beliau.
ok la. peluk2 family dia. baru jumpa kitorang.

terkejut eh? haha. surprise, Azyan! :)
sorry la tak sempat buat cardboard tulis nama kau tu
lupa bawak daa. kalau tak boleh tulis nama kau dan KISAS besar2
mesti gempak. lagi gempak dari banner2 uh. haha.
sembang2 la kejap dengan dia. pastu nak balik dah kan.
so diorang balik la. kitorang pun nak balik jugak.

friends :)

the trio. biasa laaa. :P

souvenir dari Azyan untuk kitorang. naseb baek ada. haha.

Farah ajak makan roti canai. so follow je la.
kat Nilai, kitorang makan2 sambil sembang2.
tukar2 cerita. lama tak jumpa kan. sorang2 kena interview. haha.
pastu bincang topik baek punya. berdebat la pe la. macam2.

then diorang ke masjid. solat Subuh. siap2 semua. kitorang hantar Safwan
balik hostel. pastu balik umah. solat Subuh. tidooo.
esok tu memang bangun lambat la. pegi solat Jumaat.
balik umah, kakak dh beli makanan. makan makan.
pastu ambik teksi pegi KTM. sampai Midvalley.
lepak2 sana jap. berdua dengan Hafiz pun layan je la.
lepas Maghrib baru balik campus. hehe.

******

weekend tu tak keluar langsung. percaya tak?
duduk CFS diam diam. study la sket sket.
haha. takpe la. sekali sekala.

so start counting eh

2 minggu je lagi sebelum balik cuti panjang.
yeah yeah yeah

welcome home, Azyan :)

yours truly,


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars