Monday, January 24, 2011

SMAC 2011




SMAC
when human body become the ultimate machine

18 January 2011

dgr cite team PRESSS ping pong dapat masuk quarter
mmg terbaek. so pegi la tgk diorang lawan kat AMF.
bagi support sket. lagipun ada 2 player volley jugak.

PRESSS 2 semi final menentang Engenius

alhamdulillah. single dan double dua2 team masuk final.



tahniah2! korang memang gempak la.

21 January 2011

hari ni hari rehat. rehat dari training. utk game nanti.
tapi lepas Jumaat diorang ajak keluar. Midvalley.
Hanis, Ahnaf, Daeng, Nuzul, Aqeem, Izzat

Nuzul dan Hanis - partner bersama main game

mcm biasa. layan saja laa. lepas Maghrib baru balik.
rest mlm tu. esok kena bangun awal. fuuh.
Sports and Martial Arts Carnival (SMAC)

22 January 2011

bangun pagi2. 8.30 pagi kena ada kt court dah.
semua berkumpul kat sana. kumpul kad matrik. daftar.
pagi tu makan roti saja. alas perut. tak lalu la nak makan lain.
yup. team kitorg main first game. nervous jugak. fuuh.

team volleyball PRESSS
aku sebagai manager. juga sebagai kapten.
semua player takde la power mana pun.
masing2 bekerjasama menjadikan team ni okay

semua ada 9 orang:

Syed Muaz - 2
Najmi - 4
Alimin - 7
Zulhifi - 8
Akif - 9
Mustafizur - 11
Mujahid - 12
Azim - 13
Amir - 15

pelik aku dgn Amir boleh dalam 1 team.
dulu kat sekolah gado je keje. dia KP juga BADAR.
aku budak LI. nampak sangat selalu gado. pastu tgk2 satu CFS.
pastu bergerak jadi committee bawah satu society.
sekarang berganding dalam satu team volley. fuuh.

betul la Amir cakap hari tu,
"budak KISAS gado camne pun. bila jumpa kat luar,
mesti lebih percaya daripada org lain,
mesti mintak tolong berbanding orang lain"


game utk SMAC ni main liga. fuuh. naseb baek.
PRESSS dalam satu group dgn HSSS, MeLex dan BARSS.

PRESSS vs MeLex

kalau ikut pengalaman kitorg, MeLex bukan la team yang susah.
betul. tapi mungkin sebab cuak pada pagi hari. semua player.
kalah first set. terkujat jugak la semua. haha.
so semua bangkit balik. susun semua balik okeh.
menang 2nd set. terus bawak ke rubber set.
yup. menang. alhamdulillah. :)

next game pukul 2.30 petang. balik bilik, tdo jap. bangun solat.
beli roti kat kiosk. turun court. bayangkan betapa hangatnya.
tapi naseb baik cuaca agak redup. alhamdulillah.

PRESSS vs BARSS

team dari Nilai. budak2 asasi Arab. semua tinggi2. gerun ohh.
tapi ok la. 1st kitorang menang. 2nd set boleh main2, gelak2. haha.
tgk2 kalah. rubber set kejar balik. alhamdulillah menang.

referee pun berkata, "korang ni saje la nak drag ke rubber set. ceh."

akak committee pun berkata, "korang ni main serius sket boleh tak?"

HAHAHA



next game lawan HSSS. budak2 Human Science. fuuh. team terkuat Nilai.
bak kata budak2 Nilai la. tak tau la betul ke tak. game dibawak ke depan.
so 4.50 petang start game. fuuh. disebabkan game ni hanyalah untuk
menentukan tempat pertama dan kedua group. so main2 je la.
akhirnya kalah. haha. hampeh je. tak kesah. sudah layak ke quarter. :)

balik bilik terlentang jugak. bangun solat. lepas Maghrib terus turun.
yup. game kitorang malam ni. sudah bermula quarter. fuuh.
PRESSS dalam satu group dgn Engenius dan INTECHSS.

PRESSS vs Engenius

team yg kuat di PJ. selalu training dgn diorang. kdg2 menang, kdg2 kalah.
tapi diorang friendly. tak berlagak. so ok la. game ni main mcm biasa.
mcm dalam training. haha. mungkin kurang focus dan byk mistakes.
so tewas dgn diorang. tapi tak kesah. ada lagi satu peluang. hehe.

PRESSS vs INTECHSS

budak2 ICT. boleh la. team yang biasa training bersama. so boleh agak.
alhamdulillah 1st set menang. 2nd set mcm biasa, main2. haha.
menang di rubber set. dan lagi sekali referee kelihatan bengang dgn ktorg.
haha. sorry lah ye, abg ref. TERmain-main la tadi.

perlawanan terhangat dalam liga ni
Medcy lawan HSSS. team kuat PJ lawan team kuat Nilai


Medcy - hijau. HSSS - kuning

ramai supporters. seriously kecoh gler. haha.
Medcy menang dalam rubber set. well well~

habis dalam pukul 11 lebih jugak la. balik bilik singgah kiosk beli maggi.
lepas makan online jap. terus tido. esok kena bangun awal lagi.
semi final. fuuh.

23 January 2011

bangun pagi lagi. berbekalkan roti turun ke court.
berkumpul. yup. lagi sekali. kitorang lawan first game. fuuh.
bermula lah semi final.

PRESSS vs Medcy

sudah sedia maklum. Medcy antara team terkuat PJ.
selalu je training dgn diorang malam2. mmg best.
spiker yg termantap ada dalam team ni. Syahir.
jgn masuk court kalau takut dgn spike dia. fuuh.

1st set ok laa. masih panas badan. kalah jugak.
2nd set kembali mengejar. leading the point. sampai diorang mintak time out.
tapi oleh kerana banyak mistakes. diorang berjaya potong balik. adeh.

memang rugi. kalah 2nd set. so takde peluang ke final.
tapi best. game yg sgt enjoy. mcm training malam2. haha.
puas jugak la main walaupun kalah straight set. best2.

Engenius menang dgn HSSS dan terus ke final.
so PRESSS akan bertemu HSSS utk merebut tempat ketiga.
lepas game pagi tu ada raptai pukul 11 kat padang.
raptai untuk closing ceremony malam ni. adeh.

rehearsel kat padang

layan je la. balik bilik makan roti. rest jap.
lepas solat terus turun court. fuuhh.

PRESSS vs HSSS

2.45 petang. matahari sangat terik oh. huhu.
serious. semua semangat baru. ntah la. rasa lain je game ni.
Alimin takde. so Azim ganti. 1st six berentap. masuk court.

alhamdulillah kitorang dapat semangat dari mana ntah
dan menang first set. fuuh. 2nd set mcm dah penat sikit.
so kalah. mata tak jauh pun. rugi betul terus drag ke rubber set.




dapat buat short dgn Mujahid. mmg terbaek! haha.

rubber set masing2 nak kumpul points. so mmg sengit jugak la.
akhirnya HSSS menang dgn mata yg dekat betul adeh.
21 - 25. sikit je lagi. tapi takpe la. memang takde rezeki.

ingatkan nak buat trend baik punya.
1st, 2nd dan 3rd place team PJ pegang. haha.
tapi takpe la. Nilai pegang 3rd. ok la tu.

final Engenius lawan Medcy. Medcy hilang bisa.
Engenius punya strategy menjadi. diorang menang.
so ok la uh. team training sekali. dah agak diorang akan berjaya.
memang set piece sume mantap. fuuh. tahniah!


Engenius vs Medcy

so team PRESSS masih dalam 4 terhebat CFS
masih dalam 3 terhebat PJ. bawah Engenius dan Medcy.
ok la tu. lagipun tak sangka boleh sampai tahap ni
yang penting enjoy dan puas main. hehe.
alhamdulillah :)

petang tu tgk PRESSS lawan tarik tali. haha.
best je. support sket. menang first game lawan Engenius.

go PRESSS! aum! aum!

pastu penat. naik bilik rest. fuuhh.

lepas Maghrib turun AMF. closing ceremony SMAC.
gimmick utk PRESSS baek punya ktorg buat. haha.
mmg gempak. lain dari society lain la.

muka2 semangat

lepas tu, majlis penyampaian hadiah
banyak jugak PRESSS menang. ok la jugak.
tahniah utk semua atlet PRESSS yang berjaya


team ping pong
gold & silver. single & double.

double badminton. Hilmi dan Adli.

aku terharu tgk Suhaila ambik gold medal
utk team volleyball sisters PRESSS :)


manager2 terbaekk

budak2 PRESSS


kami bersatu bersamaa

photos from Anna and Syamim

PRESSS!
de orange~

akhirnyaa, habis jugak SMAC
fuuh. sangat lega. habis satu tanggungjawab
settle satu kerja. alhamdulillah.

team volleyball PRESSS sisters

team volleyball PRESSS brothers

serious aku sayang team ni~

******

lepas ni kena focus study pulak.
assignment masih berlambak
final sudah dekat woo. huhu.

PRESSS 9 :)

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars