Sunday, January 30, 2011

Mereka Di Sana




dengar jugak pasal ni. rusuhan yang terjadi kat Mesir.
macam semakin teruk. ya Allah.

kemudian terbaca pulak yang ini

Keluar Kaherah

KUALA LUMPUR: Keadaan di Mesir dilaporkan semakin tegang selepas perintah berkurung diisytiharkan di beberapa bandar utama dan berikutan itu Wisma Putra mungkin membawa pulang lebih 11,000 pelajar Malaysia jika keadaan semakin buruk.

tolong bawak pulang laa. macam dah buruk je kat sana. huhu.

Sehingga ini, semua komunikasi di internet, terutama laman sosial Facebook dan Twitter yang didakwa digunakan sebagai medium meraih sokongan rakyat Mesir untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak disekat sejak dua hari lalu.

kawan2 kat Mesir memang dah lama tak online.
aku perasan yang ini. ya Allah.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, bantahan besar-besaran yang bermula sejak Selasa lalu di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan lebih 1,000 penunjuk perasaan ditahan polis, mengorbankan hampir 100 nyawa dan lebih 1,000 lagi cedera.

abg Adi dan keluarga ada kat sana.
Syed Shafwan pun. ya Allah.

Azyan. dah lama lost contact.
Lek2, Syamim, Muzzammil pun.
yang lain pun sama jugak.

jaga diri baik2 korang. cepat2 la balik ke Malaysia.
huhu. aku doakan korang sentiasa dilindungi Allah.


Ya Allah. peliharalah keselamatan mereka di sana.


yours truly,


3 comments:

lil caliph said...
This comment has been removed by the author.
lil caliph said...

seriously, balik lahhhhh :'(

Akif said...

betul2. ya Allah. bawak la diorg pulang. huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars