Sunday, January 30, 2011

Mereka Di Sana




dengar jugak pasal ni. rusuhan yang terjadi kat Mesir.
macam semakin teruk. ya Allah.

kemudian terbaca pulak yang ini

Keluar Kaherah

KUALA LUMPUR: Keadaan di Mesir dilaporkan semakin tegang selepas perintah berkurung diisytiharkan di beberapa bandar utama dan berikutan itu Wisma Putra mungkin membawa pulang lebih 11,000 pelajar Malaysia jika keadaan semakin buruk.

tolong bawak pulang laa. macam dah buruk je kat sana. huhu.

Sehingga ini, semua komunikasi di internet, terutama laman sosial Facebook dan Twitter yang didakwa digunakan sebagai medium meraih sokongan rakyat Mesir untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak disekat sejak dua hari lalu.

kawan2 kat Mesir memang dah lama tak online.
aku perasan yang ini. ya Allah.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, bantahan besar-besaran yang bermula sejak Selasa lalu di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan lebih 1,000 penunjuk perasaan ditahan polis, mengorbankan hampir 100 nyawa dan lebih 1,000 lagi cedera.

abg Adi dan keluarga ada kat sana.
Syed Shafwan pun. ya Allah.

Azyan. dah lama lost contact.
Lek2, Syamim, Muzzammil pun.
yang lain pun sama jugak.

jaga diri baik2 korang. cepat2 la balik ke Malaysia.
huhu. aku doakan korang sentiasa dilindungi Allah.


Ya Allah. peliharalah keselamatan mereka di sana.


yours truly,


End of January




28 January 2011

kelas math macam biasa. lepas solat Jumaat, free.
nak keluar mcm malas je. lagipun semua nak rehat.
Safwan dgn Hafiz kena pegi BTN. aku malam ada program.

sebelum Maghrib dah siap pack dah. lepas solat turun.
pegi makan dgn Hanis, Ahnaf, Nuzul. tiba2 Akip pesan barang.
so patah balik bilik ambik. solat Isya; baru turun dewan.

Religious Tolerance

diWAJIBkan untuk semua pelajar2 yang ambik
subject Religions in Malaysia. ada markah untuk kehadiran dan journal.
adeh. takpe la. lepas daftar, masuk duduk. forum bermula.


ini antara ahli2 panel yang hadir

Ustaz Haji Ayub tak datang. tapi ok laa.

sangat menarik forum ni. seriously. SANGAT.

kitorang sambil dengar, sambil salin points yang penting.
untuk jadi isi nak tulis journal nanti. kena hantar wo.

diorang walaupun mualaf tapi sangat HEBAT.
memang respect la sama diorang. tabik tabik.

ponts yang paling aku suka sepanjang forum ni

"Embracing Islam doesn't mean you're changing to Malay"

persepsi masyarakat kita. masuk Islam tak bermaksud tukar bangsa.
anda masih bangsa yang sama. family anda masih keluarga anda.
masih boleh mengamalkan budaya yang tidak bertentangan Islam.
boleh. semua tu boleh. tiada masalah.

"It's only the faith/akidah that change"

habis je forum ni ada la Q&A session. okay. dah habis. fuuh.
maka aku membawa segala barangan aku untuk keluar.
terus ikut route biasa. ambik taxi ke Midvalley.
sampai2 je diorang dah tunggu. Akip punya idea la ni.
nak enjoy lepas mid sem exam eh. hampeh. haha.

well, layan midnight. takde la ramai orang kan.
tapi ok laa. best jugak.

cerita gler panjang. sejuk gler dalam tu.
hampeh la ada part two pulak. adeh.

dah habis. turun bawah nak ambik bag dalam locker.
Carrefour dah tutup. baek punya. saspen habis.
at last ada jugak pintu yang tak kunci. haha.
naseb baik tak pecahkan pintu kat entrance dua tu.

habis. nak balik 2 choices. taxi atau jalan.
jalan sudaa. haha. lalu jalan biasa.
singgah makan kat kerinchi. 4am ++.
baru balik UM. tido.

29 January 2011


bangun pagi2. pegi mandi. Akip baru nak pack.
dia balik dgn Wani. naik bas kat Bukit Jalil.
so pagi tu ramai2 pegi sana. hantar diorang.
dalam pukul 12 lebih baru diorang naik.
dua2 balik kampung. dah cutii.

yang lagi dua ni tak nak balik pulak. haha.
takpe la. so diorang decide. Midvalley paling senang.
ada KTM. ceit2. takpe. tapi tapi. RAMAI giler kat sini.
yup. ada IT Fair. so memang sesak laa.


jumpa Areena dgn Syaza. kebetulan diorang pun ada.
terkejut eh? haha. takpe2. faham dah.


pegi tgk tiket. mak eh. dah masuk rondabout dah.
takpe laa. nak buatpe? main bowling la dulu.
best. tak kesah la. 3 org pun redah je. haha.

then jumpa Dausi and the gang. first time jumpa.
budak2 Sains Kuching yg lain jugak. ok laa.
makan kat Pizza. then pegi solat. fuuh.
naik atas tgk tiket. ok dah. beli 5. Ahnaf dgn Zul join.
tapi boleh pulak terlupa beli utk Dausi. adehh. sorry bro.


Ahnaf dgn Zul datang. layann. ok. serious slow.
tak faham btl la. adeh. takpe2. layan je.

solat Maghrib. then ke KTM straight.
teruskan perjalanan balik. thx, korang. :)

30 January 2011

bangun pagi2. buat journal utk RIM. lupa kang tak buat langsung pulak.
tgh hari tu ikut family ke Equatorial Bangi
lepas check in terus hantar aku ke KTM. teruskan perjalanan balik.
sampai je Midvalley cam awal lg. terus phone diambik.
hallo2 diorang. memandangkan last day before weekdays,
so orang makin kurang la. fuuh. beli tiket siap2.

dah prepare utk Chinese New Year dah diorang ni

sambil tunggu tu jalan2 la mcm biasa. main arcade.
masuk Toys R Us. best jugak. pegi Galaxy Light. menarik.
macam2 la. sampai la diorang datang. lepas solat baru masuk.


yup. lain dari cerita Melayu yang biasa. bgs la. credits.
sesiapa yang sakit jantung jangan berani2 tgk aaa.
yang normal sihat walafiat tu, ada berani? haha.

terus balik. ikut jalan biasa. alhamdulillah.
malam tu baca la sket2 Array yang 1 benda pun tak paham.
next week quiz la pe la. adehh.

******

next week adalah last week untuk class
yes yes yes. haha. excited la konon.
padahal final makin dekat. huhu.

orang lain cuti straight seminggu
kitorang start cuti CNY hari Khamis.
takpe. redha je laaa. huhu.

korang kat Mesir. setiap hari aku doakan korang :')

don't tell them about us; they'll know

yours truly,

Friday, January 28, 2011

Majlis Restu Ilmu



27 January 2011

Math quiz. Chemistry lab.
masa kelas computer melayan internet macam biasa dalam lab.
macam mana la nak faham array tu. aduhai.

malam tu ada program. semua committee digalakkan berpuasa.
petang tu pegi tolong Jazmi kat AMF. dgn budak2 lain.
angkut tikar dari KC sampai AMF. susun kerusi balik.
lari pulak pegi AC buat pengumuman untuk program malam ni.

lepas Maghrib turun AMF. ramai dah nak masuk.
ada apa? laa. tak tau lagi ke?

Majlis Restu Ilmu


jaga registration booth je. solat Maghrib. kak Sarah dgn Ilani take over.
lepas solat jaga balik. bukak puasa dgn roti dulu. layan je.
perempuan alhamdulillah ramai. lelaki ramai daftar tapi takde.
pelik. terlupa la kot. tak dgr pengumuman la kot.
nak buat camne kan. takpe laa.



lepas tu ada solat hajat berjemaah. then baru boleh makan.
makan ramai2 la. kitorang makan sambil jaga booth. haha.
Daeng dengan Amir pegi makan dgn VIP. ceh2.

solat Isya' berjemaah. kemudian ada bacaan Yaasin.
dengan lecturer2 sekali. lepas tu ada la ucapan daripada
advisor, Madam Fauziah. kemudian baru ada talk.
daripada Ustaz Syauqi. mengenai persediaan spiritual
and physical sebelum final exam. fuuh.
sudah menyebut tentang final. cuaakk.



lepas tu ada penyampaian hadiah untuk pelajar2 Dean's List.
ni daripada society PRESSS je. bukan CFS yang bagi.
hanya untuk pelajar bio science and physical science.
perempuan lagi ramai dari lelaki. adehh. takpe. sem 1. biasa laa.



kemudian majlis bersurai. overall alhamdulillah.
semua agenda berjalan lancar. fuuh.
memandangkan makanan2 untuk VIP tak habis lagi.
semua committee berkumpul beramai ramai di meja makan.
apa lagi? SERBUUU!



haha. tukang menghabiskan makanan.
tu pun ada je yang tapau bawak balik bilik.
aku dengan Hafiz tapau nasi ayam dua untuk Safwan dgn Dania.
air satu container pun bawak balik jugak. haha.

pukul 12 lebih sampai bilik. esok kelas pukul 10.
apa lagi. layan movie la. kebetulan ramai yang datang.
Hanis, Ahnaf, Nuzul join. pergh. best la. haha.

berbekalkan maggi dan air sirap baek punya.
makan sambil tengok movie. 3 movie straight.
pukul 5 baru tido. memang best. layann.

well, memang penat. tapi happy. enjoy je. haha.

******

aku belajar. aku sendiri rasa.
bila diberikan amanah, ambik dan jaga amanah tu dengan sebaik mungkin.
jika tidak yakin boleh menjaga amanah itu, maka jangan ambik


semua sudah bercakap pasal final. gulp!
bila nak revise? waaa~

yours truly,


Tuesday, January 25, 2011

Paintball Lagi

hari tu bila ternampak poster ni


semua tanya nak masuk lagi ke? team paintball PRESSS.
macam best kalau kitorang berganding balik
walaupun duit paintball yang dulu pun belum dapat claim
hampeh betul la takde pape dari ARC. adeh.

tapi mungkin untuk ini kitorang boleh menang lagi
mana tau ada rezeki kan. boleh cuba. lagipun untuk enjoy.

tapi tapi tapi

29 January 2010

bila tengok schedule satu2 player

Hafiz - kena pegi BTN
Daeng - kena pegi BTN
Ahnaf - ada kelas ganti
Akif - ada orang reserved
Hanis - mau balik rumah

erm. takpe la. lain kali la pulak kitorang masuk.
so team yang menang nanti jaga2 eh.
kitorang belum berentap. keh keh keh.

yours truly,


Monday, January 24, 2011

Dari Mata Turun ke Hati


24 January 2011

lepas kelas keluar pegi PJ. nak ambik banner.
tgk2 tak siap lagi. so pegi la UM jap.
lepak2 dgn Akip. lepas Maghrib makan.
then pegi ambik banner, terus balik campus.

ada satu talk daripada Discipline and Welfare PRESSS.
semestinya Umarqayyum punya kerja dan bersama konco-konconya.


yup. speaker adalah org yang tidak asing lagi.

Ustaz Hasrizal

ada jgk Sis Munawirah. moderator pun sir Asyraf.
ex KI jugak ni. penah la jd lecturer math aku kejap sem lepas.

"Dari Mata Turun ke Hati"

tajuk memang menarik kan? so memang ramai la muslimin muslimat yg hadir.
sampai ke belakang dewan jugak la.

ok jugak la talk ni. best; menarik; informative.

ini antara apa yg aku dapat dalam talk ni

Dari Mata Turun ke Hati



Muamalat : Ikhtilat

1. Tundukkan pandangan
2. Jangan lunakkan suara
3. Elakkan SANGAT dari duduk berdua.
Takkan ada dua kecuali yang ketiga.
4. Jangan terlibat dengan trend 'mengurangkan rasa dosa'.
5. Cinta sebelum kahwin ibarat
menjinakkan haiwan liar di luar kandang.
Bila2 saja boleh terlepas. Sangat fragile.
6. Jemu adalah realistik. Tanggungjawab adalah realistik.
Bukan cinta.
7. Jangan pilih cinta yang susah.
Yang tiada Al-Quran dan Hadis yang nak tolong.
8. Masa lapang akan membunuh individu. Jadi buat la aktiviti yang lebih berfaedah dari melayan cinta.
Jangan sempatkan diri untuk bercinta.
9. Elakkan libat diri dengan isu 'cinta sebelum kahwin'.




utk sebarang pertanyaan boleh la layari laman web ini

Saiful Islam

ya Allah, berikanlah petunjuk dan hidayah kepada kami,
dan bimbinglah kami ke jalan yang diredhai-MU

jalan dah ada. nak ikut atau tak je.

yours truly,


SMAC 2011




SMAC
when human body become the ultimate machine

18 January 2011

dgr cite team PRESSS ping pong dapat masuk quarter
mmg terbaek. so pegi la tgk diorang lawan kat AMF.
bagi support sket. lagipun ada 2 player volley jugak.

PRESSS 2 semi final menentang Engenius

alhamdulillah. single dan double dua2 team masuk final.



tahniah2! korang memang gempak la.

21 January 2011

hari ni hari rehat. rehat dari training. utk game nanti.
tapi lepas Jumaat diorang ajak keluar. Midvalley.
Hanis, Ahnaf, Daeng, Nuzul, Aqeem, Izzat

Nuzul dan Hanis - partner bersama main game

mcm biasa. layan saja laa. lepas Maghrib baru balik.
rest mlm tu. esok kena bangun awal. fuuh.
Sports and Martial Arts Carnival (SMAC)

22 January 2011

bangun pagi2. 8.30 pagi kena ada kt court dah.
semua berkumpul kat sana. kumpul kad matrik. daftar.
pagi tu makan roti saja. alas perut. tak lalu la nak makan lain.
yup. team kitorg main first game. nervous jugak. fuuh.

team volleyball PRESSS
aku sebagai manager. juga sebagai kapten.
semua player takde la power mana pun.
masing2 bekerjasama menjadikan team ni okay

semua ada 9 orang:

Syed Muaz - 2
Najmi - 4
Alimin - 7
Zulhifi - 8
Akif - 9
Mustafizur - 11
Mujahid - 12
Azim - 13
Amir - 15

pelik aku dgn Amir boleh dalam 1 team.
dulu kat sekolah gado je keje. dia KP juga BADAR.
aku budak LI. nampak sangat selalu gado. pastu tgk2 satu CFS.
pastu bergerak jadi committee bawah satu society.
sekarang berganding dalam satu team volley. fuuh.

betul la Amir cakap hari tu,
"budak KISAS gado camne pun. bila jumpa kat luar,
mesti lebih percaya daripada org lain,
mesti mintak tolong berbanding orang lain"


game utk SMAC ni main liga. fuuh. naseb baek.
PRESSS dalam satu group dgn HSSS, MeLex dan BARSS.

PRESSS vs MeLex

kalau ikut pengalaman kitorg, MeLex bukan la team yang susah.
betul. tapi mungkin sebab cuak pada pagi hari. semua player.
kalah first set. terkujat jugak la semua. haha.
so semua bangkit balik. susun semua balik okeh.
menang 2nd set. terus bawak ke rubber set.
yup. menang. alhamdulillah. :)

next game pukul 2.30 petang. balik bilik, tdo jap. bangun solat.
beli roti kat kiosk. turun court. bayangkan betapa hangatnya.
tapi naseb baik cuaca agak redup. alhamdulillah.

PRESSS vs BARSS

team dari Nilai. budak2 asasi Arab. semua tinggi2. gerun ohh.
tapi ok la. 1st kitorang menang. 2nd set boleh main2, gelak2. haha.
tgk2 kalah. rubber set kejar balik. alhamdulillah menang.

referee pun berkata, "korang ni saje la nak drag ke rubber set. ceh."

akak committee pun berkata, "korang ni main serius sket boleh tak?"

HAHAHA



next game lawan HSSS. budak2 Human Science. fuuh. team terkuat Nilai.
bak kata budak2 Nilai la. tak tau la betul ke tak. game dibawak ke depan.
so 4.50 petang start game. fuuh. disebabkan game ni hanyalah untuk
menentukan tempat pertama dan kedua group. so main2 je la.
akhirnya kalah. haha. hampeh je. tak kesah. sudah layak ke quarter. :)

balik bilik terlentang jugak. bangun solat. lepas Maghrib terus turun.
yup. game kitorang malam ni. sudah bermula quarter. fuuh.
PRESSS dalam satu group dgn Engenius dan INTECHSS.

PRESSS vs Engenius

team yg kuat di PJ. selalu training dgn diorang. kdg2 menang, kdg2 kalah.
tapi diorang friendly. tak berlagak. so ok la. game ni main mcm biasa.
mcm dalam training. haha. mungkin kurang focus dan byk mistakes.
so tewas dgn diorang. tapi tak kesah. ada lagi satu peluang. hehe.

PRESSS vs INTECHSS

budak2 ICT. boleh la. team yang biasa training bersama. so boleh agak.
alhamdulillah 1st set menang. 2nd set mcm biasa, main2. haha.
menang di rubber set. dan lagi sekali referee kelihatan bengang dgn ktorg.
haha. sorry lah ye, abg ref. TERmain-main la tadi.

perlawanan terhangat dalam liga ni
Medcy lawan HSSS. team kuat PJ lawan team kuat Nilai


Medcy - hijau. HSSS - kuning

ramai supporters. seriously kecoh gler. haha.
Medcy menang dalam rubber set. well well~

habis dalam pukul 11 lebih jugak la. balik bilik singgah kiosk beli maggi.
lepas makan online jap. terus tido. esok kena bangun awal lagi.
semi final. fuuh.

23 January 2011

bangun pagi lagi. berbekalkan roti turun ke court.
berkumpul. yup. lagi sekali. kitorang lawan first game. fuuh.
bermula lah semi final.

PRESSS vs Medcy

sudah sedia maklum. Medcy antara team terkuat PJ.
selalu je training dgn diorang malam2. mmg best.
spiker yg termantap ada dalam team ni. Syahir.
jgn masuk court kalau takut dgn spike dia. fuuh.

1st set ok laa. masih panas badan. kalah jugak.
2nd set kembali mengejar. leading the point. sampai diorang mintak time out.
tapi oleh kerana banyak mistakes. diorang berjaya potong balik. adeh.

memang rugi. kalah 2nd set. so takde peluang ke final.
tapi best. game yg sgt enjoy. mcm training malam2. haha.
puas jugak la main walaupun kalah straight set. best2.

Engenius menang dgn HSSS dan terus ke final.
so PRESSS akan bertemu HSSS utk merebut tempat ketiga.
lepas game pagi tu ada raptai pukul 11 kat padang.
raptai untuk closing ceremony malam ni. adeh.

rehearsel kat padang

layan je la. balik bilik makan roti. rest jap.
lepas solat terus turun court. fuuhh.

PRESSS vs HSSS

2.45 petang. matahari sangat terik oh. huhu.
serious. semua semangat baru. ntah la. rasa lain je game ni.
Alimin takde. so Azim ganti. 1st six berentap. masuk court.

alhamdulillah kitorang dapat semangat dari mana ntah
dan menang first set. fuuh. 2nd set mcm dah penat sikit.
so kalah. mata tak jauh pun. rugi betul terus drag ke rubber set.




dapat buat short dgn Mujahid. mmg terbaek! haha.

rubber set masing2 nak kumpul points. so mmg sengit jugak la.
akhirnya HSSS menang dgn mata yg dekat betul adeh.
21 - 25. sikit je lagi. tapi takpe la. memang takde rezeki.

ingatkan nak buat trend baik punya.
1st, 2nd dan 3rd place team PJ pegang. haha.
tapi takpe la. Nilai pegang 3rd. ok la tu.

final Engenius lawan Medcy. Medcy hilang bisa.
Engenius punya strategy menjadi. diorang menang.
so ok la uh. team training sekali. dah agak diorang akan berjaya.
memang set piece sume mantap. fuuh. tahniah!


Engenius vs Medcy

so team PRESSS masih dalam 4 terhebat CFS
masih dalam 3 terhebat PJ. bawah Engenius dan Medcy.
ok la tu. lagipun tak sangka boleh sampai tahap ni
yang penting enjoy dan puas main. hehe.
alhamdulillah :)

petang tu tgk PRESSS lawan tarik tali. haha.
best je. support sket. menang first game lawan Engenius.

go PRESSS! aum! aum!

pastu penat. naik bilik rest. fuuhh.

lepas Maghrib turun AMF. closing ceremony SMAC.
gimmick utk PRESSS baek punya ktorg buat. haha.
mmg gempak. lain dari society lain la.

muka2 semangat

lepas tu, majlis penyampaian hadiah
banyak jugak PRESSS menang. ok la jugak.
tahniah utk semua atlet PRESSS yang berjaya


team ping pong
gold & silver. single & double.

double badminton. Hilmi dan Adli.

aku terharu tgk Suhaila ambik gold medal
utk team volleyball sisters PRESSS :)


manager2 terbaekk

budak2 PRESSS


kami bersatu bersamaa

photos from Anna and Syamim

PRESSS!
de orange~

akhirnyaa, habis jugak SMAC
fuuh. sangat lega. habis satu tanggungjawab
settle satu kerja. alhamdulillah.

team volleyball PRESSS sisters

team volleyball PRESSS brothers

serious aku sayang team ni~

******

lepas ni kena focus study pulak.
assignment masih berlambak
final sudah dekat woo. huhu.

PRESSS 9 :)

yours truly,

Friday, January 21, 2011

Qutham


"Saiyidina Qutham ibnu Abbas;
beliau dipancung oleh musuh ketika beliau sedang khusyuk solat.
Kepalanya terpelanting ke bumi; diambil dan dicantumnya semula ke badan.
Setelah beberapa langkah, jasadnya terus ghaib.
Kejadian ini menggerunkan pihak musuh."

-Khusyuk Dalam Solat-
Terbitan Darul Numan
Penulis : Muhammad Uqbah An Nafiq

credit to Areena Arif

al-Qutham
(The Generous)

al-Qutham has two meanings.
One of the meanings is derived from al-Qatham, meaning, the one who gives.
It is said he is called al-Qutham because he is more generous in goodness than a tranquil wind, because he gives without measure, and because he bestows his generosity without any prevention. (Ibid p. 38)

credit to Al Baseerah and Samepoint

special credit to Hafiz Yazid
kerana rajin surf internet utk mencari ini
terbaek laa. haha.

so dah tau la kan apa maksud nama saya.
jadi jgn la bertanyakan lagi ye. ehehe.


yours truly,

Tuesday, January 18, 2011

Puasa




terbaca satu artikel;


Rasulullah bersabda, bermaksud:

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah
maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu
lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan.
Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa
kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)."

- (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).


pada pendapat ulama al-Syafie, 'golongan pemuda' yang dimaksudkan ialah
sesiapa yang sudah berumur baligh dan belum mencapai 30 tahun.

Rasulullah memberi penekanan kepada umur sebegini kerana ia berada pada peringkat segala-galanya memuncak kecuali kematangan. Kebiasaannya pada peringkat umur ini, nafsunya tinggi, semangatnya kuat, kesanggupan untuk melakukan sesuatu juga besar, tenaganya berlebihan, hasrat ingin mencuba timbul di dalam pelbagai perkara namun malangnya, kebanyakan perhitungan mereka itu singkat belaka.


******

ok. faham kan? selalu je dengar pasal ni.
sebelum ni macam tak ambik berat lagi;
sebab tak kena lagi kan.

sekarang ni aku rasa kena ikut cara Daeng dah laa.
insyaAllah ok balik nanti. ujian ujian. fuuh~

so bila yg boleh kahwin? kena tunggu sampai bila?
kena fikir sendiri la ni. yang pasti bukan sekarang.
kan? ke bukan? adeh. apa aku merepek nih.


point yang nak ditekankan sekarang;

jom puasa sunat :)


yours truly,


Monday, January 17, 2011

Lukha




di mana letaknya kepercayaan; jika bukan pada janji

minggu ini seperti biasa. masih sibuk dgn training.
setiap malam turun atas permintaan team perempuan.
ok la. diorg nk lawan sabtu nanti. so train la kan.


ditambah dgn Family Day. banner perlu disiapkan.
sponsor lagi mesti dicari segera. fuuh.


PENGUMUMAN

kepada sesiapa yg baik hati hendak
membuat amal soleh;
sumbanglah ke tabung PRESSS seikhlas hati;
insyaAllah setiap sedekah itu akan
beroleh pahala dan kebaikan

sesiapa yg berminat utk merebut ganjaran
pahala tersebut;
boleh la maklumkan kpd saya di

akifs92@yahoo.com

selewat-lewatnya sebelum 27 Jan 11

terima kasih. semoga Allah memberkati.

:)



14 January 2011

happy birthday, Faten Alina

awalnya kau jd tua. mmg kak long laa~
haha. mesra, funny, strict, caring
semoga panjang umur. may Allah bless. :)

atas permintaan mereka. aku terus bergerak ke Pdg Jawa
lepas solat Jumaat. dgn membawa brg pesanan Daeng.
awal sampai. tak tau nak buatpe. so lepak la kat masjid berdekatan.
iktikaf kat situ. buat la pe yg patut. sebelum asar ke sana. sek 7.
solat di surau. then terus ke Bintang Sidewalk. Aishah kata emergency.
dah lapar sgt dah budak tu. kesian korg kena halang. haha.
surprise menjadi. korg mmg terbaek. so makan la kat situ 4 org.

kemudian ke Delta. kak Long pun turun. nk makan jugak.
so lepak je la kt Wak Dol tu. bertemankan angin sepoi2 bahasa.
sembang2 je la kat situ. sebelum Maghrib bergerak pulang.
solat di sek 2. terus ke UM. Akip dah tunggu. haha.

sampai je pegi gerai2 kat KK12. ada Frenster 12. so makan je la.
malam tu ada demo tomoi. woah. dasat2. haha.


beli makanan. makan kat atas.
sambil layan Adamaya. ok la tu. aku tak habis lg tgk cite ni.
dulu duduk Jeddah mana sempat tgk cite ni. huhu.
paksa Akip study sambil tgk Adamaya. boleh laa.
then tertido sampai la esoknya.


15 January 2011

bangun pagi2 terus mengadap laptip.
kena design banner maa. adeh. ramai dah tnya.
so dah siap tu terus hantar kt mereka yg terlibat.
alhamdulillah semua feedback ok. fuuh.

breakfast kat gerai Frenster berdua dgn Akip.
tak ramai lagi. so ok la. then terus gerak ke Pertama.
nak ambik jersi yg suda dicop logo PRESSS. sampai sana Zuhur.
solat kat Masjid India jap. then terus pegi ambik.

niat di hati nak ajak tgk teater. tapi study la kan. tp tp.
sanggup jgk dtg. adeh. mcm2 la budak nih. so xpe la.
pegi KL Sentral. tunggu. sambil2 tu belek jersi2 yg dah siap.
dah sampai. balik UM sama2. pegi KPS. jumpa Nisa. ambik kunci.
balik KK12. makan dulu pape hal. sekarang ramai org. serius.
so takyah tanya berapa ramai org yg ada nampak ktorg. takpe.
selambaa. kan, Akip? haha. redah je~

naik atas rest. lepas Maghrib turun. nak pegi KPS balik.
mau tgk teater dr KK12. Nisa jadi pembawa layar la katakan.
ehee. tapi hujan lebat la pulak. so 3 org redah je pakai payung.
sampai2 layan la teater tu. Lukha. tajuk diberi.


aku dah tak igt la pulak apa tajuk sebenar nih
Luka Untukmu Kini Hilang Akhirnya?
yeke? mcm salah je. haha. pape je la.

layan je. best jgk. sedih oh. sad ending. huhu.
walaupun jalan cerita tu ada makna tersendiri;
tp mcm erm ok la. sad ending je. tak best btul laa. huhu.

then balik KK12. tgk Battle of the Band. perfect timing.
A Band tgh perform. geng Ad dan Ciman. terbaek ah.
jumpa Afdzal dgn Yon. wah. ada jgk diorg nih. haha.
tapau makanan, makan kt cafe. pastu Nisa and geng datang.
sembang2 je la. mcm2 cite keluar. lawak je. haha.

kemudian idea datang. midnight? perghh. ok jugak.
mmg tak pernah pun. alang2 Fara pun ada. so set. ok je.
9 org pegi. ok la. sampai terus beli. masuk. layan~
takut, seram, ganas, kejam. semua ada. haha.
keluar tu dgr cite budak2 ni kena stalk pulak.
adeh. bahaya betul la. naseb baik xde pape. alhamdulillah.

Afdzal ajak makan kat gerai sedap katanya. okeh. layan je.
memandangkan tambang double. so jalan je laa. haha.
sampai je makan panas2. pergh. dah kenyang balik pulak.
lewat jgk uh. haha. so hari ni lebih 12 jam dah. kn? kn?

16 January 2011

lepas Subuh tido. so mmg bangun lewat. turun breakfast ramai2 kt cafe.
then lepas Zuhur, baru ktorg gerak. hujan lagi. tapi xde lebat. so redah je.
ada teksi ktorg ambik sampai stesen u. tunggu bas.

ada la sorg tu nampak dari UM. sorg lagi ni terang terangan kat stesen bas.
adeh. hampeh betol la korg. jgn buat cite bukan2 aaa. takde pape pun laa.
kantoi la sgt. eceh. redah je laaa. huhu.

naik U80 sampai PKNS. dah nak ikut jugak kan. takpe la.
haha. so masuk je la kedai tu kedai ni. beli barang sket.
then baru balik sana. Aishah turun mintak ais krim je.
haha. mcm2 la korang. tak kesah la. then ktorg pegi makan.



kat tempat biasa je. makan kejap. sembang je yg lama.
mcm2 topik keluar. mengimbau kenangan masing2.
pengalaman masing2. sampai la tiba2 dia bukak topik tuh.
pastu salahkan org pulak. ceh. hahaha. lawak je.

pukul 6 bergerak pulang. solat kat Sek 2. balik terus ke campus.
balik mcm biasa. rest jap. malam buat keje sket. fuhh.

******

pelik kan? hujung minggu yang kosong giler;
boleh jadi full giler. mmg pelik. :)

sekarang set mind. SMAC. game hujung minggu ni.
fuuh. cuak2. giliran kitorg pulak. insyaAllah.
permudahkanlah; berilah kejayaan, ya Allah.
ameen~

TAHNIAH!
team volleyball sisters PRESSS
menang straight semua set kecuali dgn Medcy di final.
korg mmg terbaek. usaha korang ada hasil
alhamdulillah :)

semakin kita kenal seseorang itu;
lebih banyak kita tahu kelebihan dan kelemahannya;
jadi terpulanglah kepada kita;
sudi menerimanya atau tidak.


yours truly,


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars