Tuesday, November 16, 2010

RAFEST 2010


8 November 2010

Raudhah Festival
organized by FSCC CFS IIUM

hari ni dh start segala exhibition kt AMF
sume boleh nampak la. mcm2 diorg bukak

computer exhibition ada
kereta punya exhibition pun ada
makanan dan minuman pun
nak derma darah pun boleh
nak tgk robotic pun boleh
nak tau psl falaq dtg laa
terbaek jgk la.

PRESSS bergabung dgn Engenius utk exhibiton falaq
jemput sape? Jabatan Mufti Selangor
alhamdulillah sume berjalan lancar


suatu perkara yg aneh berlaku di CFS minggu ni
kalau korg perasan la. pak guard dan lecturer2 byk buat spot check
saman budak2 yg buat salah.korg perasan tak?
aku rambut ok kot. baju tuck in dh. seluar slack. kasut kulit je.
pe yg slack? semestinya matric card. malas btol laa.
tp aku dapat warning je la. takde kena saman2 pun. fuuh.
kenapa ye agaknya? saman utk dpt duit kn?
adakah sbb Rafest, CFS dh keluar byk duit? hmm


12 November 2010


semalam terpikir jugak nak pegi ke tak nak.
Nisa pun kata tak kesah la. ckp mcm dia nak ikut je. hampeh.
Akip pun hari on the way balik UM dah. hmm.
nak pegi ke tak nak eh? kelas hari ni sampai pukul 12 jugak.

dimaklumkan bahawa semua cafe di CFS tutup
oleh kerana Bazaar Rafest dibuka


so lepas Jumaat pegi je laa. naik KTM straight to Padang Jawa
then terus ke Seksyen 7. nak dkeat Asar dah. so lepak2 kt surau
solat Asar. then jalan la pegi Delta.

"eh. teman makan jom. lapar laa"

terkejut eh? haha. ye laa. dgr cite minggu ni sedih je.
nak tgk jgk la kwn sorg tu ok ke tak. xnk la sedih2.
pegi makan. sembang2. sian eh kena teman walaupun dh kenyang.
takpe2. lepak depan Delta jap. sembang2.
nk makan ais krim org tu tak nak turun pulak. haha.
igtkn nak tgk diorg main ptg2, tp terjumpa kak Long.
nak pegi jogging dgn kwn2. so ikut je la sambil jalan2.

jalan punya jalan sampai ke Tasik Shah Alam jgk. haha.
dekat sgt dgn Seksyen 2. takpe la. jalan2. sembang2.
lepak kt playground tgk bdk2 main. then balik.
thx yea sudi teman. naseb baik la dia ok. hehe. :)

solat Maghrib kt KTM. then terus ke campus.
sampai je kt stesen Universiti, ada org kte nk jumpa.
utk registration game esok. adeh. so terpaksa la suruh Daeng dgn Hafiz
tolong pegi register. settled. ajak Hanis turun bazaar. tak dinner lg.

sementara tunggu tu jaga la gerai PRESSS jap.
tgh2 promote cocktail Ahnaf datang. join sekali ah.
dak2 beli barang baru balik. so start la tugas ktorg.
Alubah jd chef. aku jd tukang goreng. Ahnaf tukang bungkus.
ktorg masak murtabak maggi/maggi pizza terbaek punya.
at last mlm tu dinner murtabak maggi yg ktorg msk sendiri. haha.

then ktorg turun pegi tgk tempat utk lawan esok.
cuak jgk laa. ngeri je tgk. takpe2. balik bilik.
jumpa Daeng dgn Hafiz sekali. plan strategy baek pnya.
pastu tdooo

13 November 2010

bangun awal jgk. Daeng semangat sgt kejut.
briefing pukul 7.40 pagi. ktorg sampai padang pukul 8.00 pagi.
so dgr je la sorg referee tu bg briefing. bla bla bla.
lepas sign 'surat kematian'. sume dh ready. game start.

game pe? laa. tak tau ke?

paintball!

semua sekali ada 9 team yg masuk. so ktorg akan main 8 game
lawan setiap team yg berbeza. ktorg adalah team yg mewakili PRESSS.
ataupun lebih dikenali sebagai Shadow Cloud. haha.
aku, Daeng, Hafiz, Ahnaf, Hanis

muka cuak mau lawan

start game. team ktorg masuk dgn penuh bergaya.
posisi semalam diatur balik.
aku di posisi piramid/nasi lemak dan Ahnaf sbg backup
Daeng stay posisi tengah. Hanis dgn Hafiz sebelah karipap.
first 2 game mmg agak hampeh kerana salah strategy.
walaupun ktorg menang 1st game dgn 5-1
tapi 2nd game kalah dgn team FMC. Moot Club.
Ahnaf tinggal one-on-one. dh ambik flag. peluru still ada.
dh landing siap rolling chantek punya tapi peluru tak keluar
adeh. kalah tipis je. huhu. takpe2.

3rd game. strategy ditukar. Hafiz sebagai mastermind.
brainstorm sekali ramai2. posisi sume ditukar.
aku ambik bahagian karipap dgn Hafiz sbg backup.
Ahnaf di sebelah nasi lemak dgn Hanis backup di kereta
Daeng stay di tgh di tempat bese. game dgn Taekwondo

aku dgn Hafiz gandingan terhebat. backup yg lawa membuatkan
aku berjaya ke barrel. then tgk kosong je, terus pegi ambik flag.
tgk2 sume teammates dh mati. tinggal aku sorg. diorg ada lg 2.
peluru habis. mati laaa. dgn segala kudrat yg ada,
maka berlari la aku sekuat hati ke base.
eh2. diorg pun lari dr aku? apekah? lantak la.
letak flag. time! ktorg menang. tgk2 diorg pun habis peluru. wahaha.
ptt la dr aku tadi. keh2. naseb laaa.

warning!
1. jgn bukak face mask langsung!
2. jgn tembak referee
3. jgn guna dah pallets yg jatuh ke pasir
4. jgn pakai rempuh bunker suka suki

senjata kamii

memandangkan masih ada kelemahan dlm formation
strategy ditukar kembali. Hafiz plan balik.
so aku akan ambik bahagian barrel
Hanis sebagai backup di karipap
Ahnaf stay bahagian kereta
Daeng akan ambik tower
Hafiz akan jaga base

ditambah dgn strategy plg berkesan - communication

"nasi lemak dua ada orang!"
"backup aku kat barrel weh!"
"4 suda matii, lg sorangg!"


yup. mmg team ktorg la plg bising masa lawan.
tp sbb 2 la yg plg berkesan. hehe.
alhamdulillah. ktorg menang sume game seterusnya.
7 wins. 1 lose. ok la tu kn?

aku paling suka game dgn MeLex
teamwork paling terbaek ah. Ahnaf backup dr crates.
menang walaupun hbs peluru. haha.


perlawanan friendly antara referee dgn dak2 ARC.
8 org lawan 4 org. apekah? haha.

target shooting. utk tambah points.
memandangkan pallets pun tinggal sket je, kasi redah jgk
Hanis sbg sharp shooter jd wakil. ok laa.

muka lega ble dh hbs sume game

at last pukul 6 lebih baru penyampaian hadiah
pengumuman. ini senarai pemenang.

1st place - PRESSS
2nd place - FSCC main com
3rd place - FMC
4th place - Medcy
5th place - Taekwondo


yup. alhamdulillah. dgn 631 points, ktorg dpt 1st place.
team abg Pagi dpt 2nd place dgn 576 points. ok la tu kan.
walaupun penat minum air je dr pagi sampai petang
walaupun duit habis byk utk beli pallets
akhirnya dpt no 1. syukur jgk. tak sangka.
padahal sume 1st time main nih. haha.
alhamdulillah


paintball rocks!

Akip datang petang tu. join ktorang
so lepas menang ktorg bwk piala ke gerai PRESSS
jumpa Muhaimin, presiden PRESSS tunjuk piala
kemenangan pertama PRESSS tahun ini. haha.
then balik bilik rehat jap. lepas Maghrib siap2.
turun bazaar balik utk dinner. satu hari tak makan tau x?
ktorg laapaaar. kena makan duluuu.

then baru gerak. ke mana? AMF. ada apa?


yup. rehat2 sambil dgr lagu, tgk persembahan.
semua team Shadow Cloud dtg kecuali Hanis.
dia kena balik sbb ada hal. Akip dgn Amir pun join sekali.
well, ramai jgk yg dtg. penuh satu dewan.

Far East

UNIC

Algebra Live Band

ada jgk la persembahan yg lain
drp ASIS Cultural Group - gamelan & zapin
drp students CFS sendiri - dikir barat dan nyanyi solo
so overall ok la. enjoy jee.

sape yg tak puas hati dgn mamat uh. hampeh btoi.
market naik secara mendadak! tidaaakk. huhu


habis je ktorg pegi bazaar balik. lapar oh.
byk je lg gerai yg masih bukak. beli2.
on the way nak balik tu nampak sesuatu
sausage roll kt gerai INTECHSS. Rm1.50.
so ktorg tawar la nak bagi sampai dpt RM1.00
tak dpt pulak. ceh. takpe2. so tunggu je la kt situ.
tgk diorg. jeling2 sket. pegi lg. harga ttp RM1.50. takpe2.
tunggu sampai pukul 1 lebih. pegi lagi. tetap harga sama.
hampeh btl. ktorg pn blah. xpe2. tunggu ar nanti. cess.

bersama duta~

14 November 2010


pagi2 lagi dpt mesej suruh jd chef kt gerai PRESSS
adeh. mintak maaf la. mmg tak boleh. satu badan letih. huhu.
tgh hari skit baru pegi tgk gerai. bdk2 perempuan yg jaga.
jumpa Ahnaf and gang. so ktorg lunch skali je laa.
lps tu jalan2 kt bazaar. pegi tempat lain. kat paintball plk.
sembang2 sambil tgk org main target shooting.
lepak gerai balik. nampak Eiyn. eh2.
1st time nampak kt campus. haha. tp terlupa nk belanja dia.
adeh. takpe la. takde rezeki kot. then hujan. ktorg pegi masjid.

btw, ini gerai PRESSS. rugi la sape yg tak pegi.

mmg terbaek dari utagha! haha

lepas Asar hujan dh reda skit. ktorg pegi balik gerai.
tolong2 la pe yg ptt. lgpun lapar balik kan.
tgk2 bdk2 pmpn ada lg jaga gerai. bukan turn ktorg ke?
tak kesah la. dh rajin. xpe2. hehe. so ktorg pegi makan.

erk? sdap jgk sebenarnya. haha

dak2 pmpn semangat nak try masak murtabak maggi.
so ktorg pun order la. well, not that bad. pndai jgk la diorg masak.
tahniah2. hehe. nak dkt maghrib tu sume barang dh habis.
so kena la tutup gerai. alhamdulillah sume beres. fuuh.

muka mereka yg semangat masak murtabak maggi bersama

malam tu ada meeting utk Carrier Talk.
aku nak pegi closing ceremony. In Team datang. waaa.
kacau btl la buat meeting malam ni. huhu.
so nak tak nak pegi je la. settle sume. terus pegi AMF.
sempat la jgk dgr 2 lagu dr In Team. haha. then habis.

ktorg pegi bazaar lagi. beli dinner utk malam tu.
at last, sausage roll dpt dibeli dgn harga RM1.00
korg kalah! wahahaha. pdn mukaaa

well, that's the end of Rafest.

bz ke minggu ni? ntah laa. tp ok la.
kami enjoying diri kami. haha. :)

our precious~

minggu depan balikk. cuti raya Aidiladha. hehe.

don't make me fall

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars