Saturday, May 29, 2010

Quick Post

salam semua

okeh. seminggu lepas di CFS IIUM
Taaruf Week Programme 2010
segala briefing, activities, events

nk tau lbh lanjut baca la blog bdk2 UIA lain
aku bkn kt umah aku. so xleh la nk post panjang2

tp tetap gak aku rindu blog aku
aku rindu kwn2 blogger
aku rindu readers2
ecece. haha.

so update aku? takde pape pn.
biasa je. aku ok. alhamdulillah.

pape hal pn.





yours truly,

Thursday, May 20, 2010

Good Luck

ok. aku rasa semua org dh nk further.
budak matriks dh 2 minggu masuk.
bdk UPU ni pn hujung minggu nak masuk dh.

preparation alhamdulillah dh selesai.
segala dokumen, barang2 pebende lg sume tu.
fuuh. so esk aku dh nk msuk dh.

CFS IIUM

bdk2 engineer & science comp dh masuk hari ni
bdk2 sains fizikal cm aku masuk esok plk
bdk KKJ yg aku tau masuk ada berapa org
Aiman Aminuddin, Ruslan, Faedz,
sape lg ntah. tak igt la. hehe.
bdk Mashoor pun ada gak
Afeq, Mujahid Sulaiman dan yg lain

perasaan? tak yah ckp la.
cuak oke. sbb?
ada EPT & APT
soalan mcm SPM uh.
otak gua sudah berkarat
huhu

aku bkn takut nak study semua 2
environment kot lg ssh hati
camne nk cope nnt
sebenarnya kt mana2 pn sama
but it's up to you. yourself.
tp tak kesah. Allah kan ada.
insyaAllah. ;)

so nak tak nak kena gak jumpa Hafiz
haha. dulu satu blok, satu crew.
skrg satu IPT plk. ok la gak.
at least ada bdk Penang sorg. haha.

aku bgtau awal2. aku tak bwk laptop.
so nak tgk aku online maybe susah.
takpe2. ada jodoh kita jumpa lg
di alam siber. haha.

so kpd mereka yg akan further jgk
all the best. buat yg terbaek.
IPT. it ain't just about study.
it's about life.




yours truly,

Sunday, May 16, 2010

Futsal 160510


berita baik untuk semua
Chelsea menang FA Cup!
wahaha


16 May 2010

game futsal kt NSC. aku pun tak tau mula2 ada game ni.
tetiba je budak2 ni panggil join. pe lg? masukk. haha.
game ini unofficial je.

dirancang game akan start pukul 2 ptg.
oleh kesilapan teknikal; ada proses repair court la pulak.
so nak tak nak kna la tunggu. dalam pukul 4 ptg baru blh masuk NSC.
cuaca? boleh la tahan.

siap booking 2 jam. perlawanan diatur. undian dicabut.
Gelugor FC dipecahkan menjadi 3 kumpulan. 1 kumpulan 5 org. ada jugak yg reserved.
team lawan pecah jd 2 kumpulan. aku tak tau lawan team mana. pape pun layaaann.


game start. aku dalam team 5. bersama 4 org lagi. ktorg team A dlm Gelugor FC.
Athif, Irfan, Totti, Arshad. position aku semestinya keeper.
stamina diperlukan minimum. speed sgt perlu. focus percent mau tinggi. takpe.
oleh kerana team kampung, main futsal mana pakai kasut. semua kaki ayam je. wahaha.
game 5 org sebelah. setiap half 7 minit.
game diteruskan sehingga petang.



segala usaha menjaringkan gol dilaksanakan.
lari sana lari sini. sepak sana terajang sini.
rembat sana bantai sini.
akhirnya game sampai ke penamat.

utk team ktorg?

1st game
4 - 2

2nd game
5 - 4

3rd game
7 - 1

masuk 3 game. semua game menang. alhamdulillah.

penalti - menentukan tempat kedua dan ketiga

sapa cakap main futsal saja2 tak dpt pape,
merugikan tenaga, masa dan duit?

dapat cergaskan badan dan cerdaskan otak
mengeluarkan peluh dan meningkatkan stamina
mengeratkan silaturrahim antara kwn2

dapat hadiah jugak! haha
so 1st place dpt RM50
so share 5 org, sorg dpt la RM10
ok la tu. tak sia2 main penat2

penyampaian hadiah 1st place

selain tu dpt la jugak benda lain;
calar kat siku dgn kaki
kepenatan yg tinggi jgk
kegembiraan dan kemenangan

lepas ni dh further, tak leh selalu la nak join korang. huhu.

satu lg berita baik
Gelugor FC mendapat tajaan daripada Koperasi Gelugor
jersey dan bola. alhamdulillah!

yours truly,

Saturday, May 15, 2010

Happy Teacher's Day!

16 May 2010

Happy Teacher's Day to all teachers no matter what, when and where.

special wishes to the teachers of these

Tadika USM
Islah Educare
SK Sungai Gelugor
SMKA Al-Mashoor Lelaki
Kolej Islam Sultan Alam Shah

who am I without you. thanks for everything. :)



16 Mei. selalu dinantikan setiap tahun. kalau kat Mashoor dulu memang best. dari form 1 sampai form 3. mcm2 game ada. paling best semestinya perlawanan bola sepak antara guru lelaki dan pelajar. dan confirm setiap tahun cikgu akan menang. haha.
cikgu perempuan pulak akan main game2 simple
mcm congkak, batu seremban dan mcm2 lg.
missed those moments. ;)

warga pendidik SMKA Al-Mashoor Lelaki 2007

KISAS. 16 Mei 2008. aku igt lg masa ni.
abg Akmal ada pinjam kamera utk tangkap gambar. so ada la sikit gambar masa Hari Guru.
persembahan abg2 form 5 buat dikir barat Hari Guru. sebelum tu abg Syahiran suruh aku dgn Radhi rakam cikgu2 sampai ktorg terlepas pengambaran Restu. so takde la gmbr ktorg dlm kelas 402 tu. huhu. takpe. demi cikgu. aiseh. lepas persembahan ada mcm2 game.
korg pun tau kn, bdk2 KKJ? :)

warga pendidik KISAS 2008
pejabat belum transform :P

KISAS. 16 Mei 2009. senior year. yup.
bdk2 MMU sgt sibuk design kad Hari Guru.
video utk gimik Mael masa pelancaran kena prepare atas cadangan LKP.
permintaan supaya bdk2 taekwondo buat demo semasa perarakan guru2. latihan demi latihan kena buat. dan kerjasama LKP, PRS, MTE utk menjayakan Sambutan Hari Guru 2009. dewan dihias dgn meriah. red carpet ada, buaian ada, moto ada. senang cite mcm2 ada! haha. malam sebelum sambutan tu memang lewat malam baru blk hostel. fuuh.

surprise pun banyak. firstly, entrance dewan ditutup dgn kertas sebelum cikgu masuk.
bdk2 taekwondo pecahkan baru cikgu boleh nampak hiasan dewan yg serba ceria gitu.
Mael sebagai pembawa ucapan KU datang dgn begitu segak bersama black specky, siap bwk briefcase; menembusi kertas dgn gaya ala-ala Shah Rukh Khan. terbaek!
pengacara pun santai je. semestinya Amar Zaim dgn Faudzi Afdza.
mmg best! memories. ;)


aku pulak? pagi bersiap. pegi sekolah. pasang segala kelengkapan utk tayangan
spt LCD, laptop, microphone, video2 yg akan ditayangkan bersama bdk2 MMU yg lain.
then tukar baju utk demo taekwondo masa perarakan.
habis demo terus tukar baju utk join Qbear jaga slide.
mmg penat satu hari tu. tp best. puas hati. demi cikgu. ;)

juga ucapan Selamat hari Guru ditujukan kpd coaches Taekwondo.
Sir Sivam, Sir Rizman, Sir Muhyidin, Sir Joshmen, Sir Shahrizal, Sir Murali, Sir Mohan
dan semua team Koryo. sanggup berkorban pagi, petang, malam utk training.
for all the techniques, skills and strategies. for all the patience and tolerance you guys showed. byk bg ilmu kpd ktorg. mempertahankan diri, bukankah itu satu ilmu? hehe.
tanpa anda siapa la saya. truly.

thx, sifu!

"ucapan seterusnya, LI Crew ingin mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada semua guru-guru di KISAS dgn ucapan Kami Sayang Cikgu!"

haha. aku masih igt. thx, SyDanny. :P




yours truly,

Bagan Serai 140510


14 May 2010

bangun pagi-pagi, gosok gigi, mandi wangi-wangi. keluar rumah menuju ke stesen bas.
naik Rapid Penang terus ke jeti. oleh kerana tak breakfast lg;
Gardenia Jagung dgn Nescafe Mocha jd pilihan.
breakfast la aku atas feri sambil meluhat keindahan laut di Penang. ecece.

sampai Butterworth. ambik bas ke Parit Buntar.
dr situ terus naik Red Omnibus ke Bagan Serai.
semestinya seseorg sedang menunggu ku di situ.
siapa lg kalau bukan dia.
dia dgn helmetnya berdiri segak di sebelah moto putihnya.
mentang2 dh ada lesen. haha.
dia kembar aku. Akif.

gah kan bas ni?

sekali lg diberikan peluang pegi ke rumah Akif. ada kenduri kesyukuran dan doa selamat. sampai je berjumpa la dgn parents beliau, abg Azraff dan lain2. nak kenduri, mesti meriah. seorang bdk pmpn kecik pn ada, Nurin atau org pnggil dia Along. becok btl mulut. haha.
adik Afiq dgn Safuan blk, memang kecoh.

main game di C510

maka kami sama2 la buat kerja2 utk kenduri. pasang khemah, meja, kerusi,
bla bla, yada yada dan mcm2 la lg.
then solat Jumaat memandangkan seruan azan sudah memanggil.

lepas Jumaat rehat2 la dulu. layan kerenah Along ni. nak manja2 pulak. aduh.
then pegi cc berdekatan. online jap layan fb dgn Fifa 10. pastu merempit balik ke rumah.

bersama Along. kehkehkeh

on the way balik, kami menyaksikan kejadian kemalangan sebuah kereta real depan mata.
dasat oh. sbb nk mengelak kereta, terus kereta terbabas redah 3 buah rumah.
naseb ada tiang, kalau tak mmg tak stop la keta tu.
lepas 2 mmg ramai la org kampung dtg tgk. kami saksi utama. haha.
alhamdulillah takde nyawa yg hilang. harta benda tu ada la.
pagar terus jd penyek, kereta org calar, motor satu down dan lain2.

view dekat

ramai oh datang

pegi kedai nak beli ais batu. Along plk jerit2 nak ikut. so bwk je la dia skali merempit.
masa nak lalu kat titi tu, sesuatu tak disangka terjadi.
cmne ntah moto jd tak stable, terus terbalik.
nasib tak masuk longkang uh. Along dh jerit2 dah ketakutan.
ktorg relax je. haha. titi tu terkeluar satu.
abg Mat dtg tengok. wahaha. 2 la. tadi jd saksi. sekarang abg Mat plk jd saksi.

petang tgk first set semi final Piala Thomas antara Datuk lee Chong Wei dgn Lin Dan.
tak yah ckp la. malas mau komen. pegi mandi.
lepas solat, ktorg terus buat kerja2 yg belum siap.
then solat isya' kat masjid.

lepas Isya', majlis bermula dgn bacaan Yaasin dan bacaan tahlil.
ktorg plk tolong la sediakan yg lain yg belum siap. settle majlis, semua mula menjamu selera. so mmg kalut la nak jaga semua. pinggan, lauk pauk, air basuh tangan bla bla. lastly ok la jgk. majlis selesai. alhamdulillah.



sembang dgn budak tu. nak masuk asrama dah nanti. mula2 malu konon nak datang. kna teman bru datang. nak makan masakan Akif la katakan. haha.
pape pun all the best, Wani. :)

pastu teman abg Azraff pegi hantar mak long blk umah. on the way balik minyak nak habis. mmg saspen. bila2 je keta boleh mati. fuuh. alhamdulillah sempat sampai stesen minyak.
then balik 2 cite psl hantu dan kejadian2 pelik sepanjang jalan kat Bagan Serai tu. wah.

sampai rumah settlekan apa yg patut. tetamu pn dah balik. pukul 1 pagi baru ktorg makan berdua. fuuh. memang penat hari tu. tp best. puas. haha. pukul 2 terus tido.

esoknya, lepas breakfast aku bertolak balik ke Penang. mcm biasa Akif hantar aku ke Bagan Serai. berpisah lg kat situ. terus menuju balik ke Penang.
special thanks to Wani, Akif and family. insyaAllah kita jumpa lg. :)

15 May 2010

Happy Birthday, Areena
Khalidian, 402, Kelab Kerjaya, MMU

Happy Birthday, Sari
KISAS, Omarian, FB, Blogger :P

korang dua2 dah jadi mak cik.
aku jgk yg muda. haha.


yours truly,

Wednesday, May 12, 2010

Suatu Petang Di Padang


5.30 pm. Today. kereta dipandu ke destinasi utama pd setiap petang - padang tengah
kampung Sungai Gelugor. parked. tangan mencapai bola Efun. turun.

J-Jil dtg dgn moto beliau. lama tak datang. working so hard for SPM huh, J-Jil?

"bro. main satu padang jom?"
"tade hal. against mana?"
"budak2 belah sana?"
"let's deal then"

menuju ke padang sebelah timur. yada yada. set. friendly antara team perintis; atau team bdk2 primary; umur antara darjah 3 hingga 6; against team senior; secondary; umur antara form 1 hingga form 5. tp form 5 sorg je kot. yg lain form 3 and below.

game start. team muda kick off. maka berkejar kejaran la bdk2 di tgh padang.
aku semestinya dgn team senior. team muda mmg ramai. 10 org atau lebih.
takpe. redah je.




beberapa minit berlalu. team muda bukak jaringan drp Eddy. goal dtnggalkan kosong.
keeper naik smpai mid. selepas beberapa minit, satu lg goal disumbatkan.

igt senang ke nak lawan team bdk2? ini bdk kampung. main cara kampung. energetic hbs.
team muda mendahului 2 goals. kegembiraan terserlah di wajah bdk muda.

Efun dgn Do join team senior. bola di kaki Efun. setting dibuat ke right side. volley drp aku. terus menembus palang. 2-1. diteruskan lg. aku membawa bola dr sayap kanan.
set ke tengah. finishing drp Fivethirty. kedudukan terikat 2-2.
J-Jil membawa bola dr sayap kiri. bola dirembat dari luar kotak penalti.
terkena palang atas. heading. goal disempurnakan oleh aku.
bola muntah. team senior leading 3-2.

muka team muda mula mencuka. tak nak main dah. adeh. aku dgn J-Jil deal blk.
tak kan nk biar bdk2 merajuk.

"tak nak main dah ke?"
"tak nak la. team hampa ramai"
"ok. ambk la org kami"
"kami nk abg Akif"

gulp! set. ditukarkan ke team muda sbg keeper. gosh. game start. player makin ramai.
beberapa minit berlalu. keadaan terkawal. keeper bertukar tangan. yup.
team muda mendahului 6-4. team senior mengejar.
kedudukan akhirnya terikat 6-6.

"Daniel. tukar plan."
"pe bang? ada plan?"
"ramai dh penat. abg naik"
"okeh. penat trun bwh!"



team mengejear. throw in dibuat. aku membawa bola dr sayap kiri.
beat 2 defender dan straight to goal. mendahului 7-6. semua bdk2 mula tersenyum.
oleh kerana hari mkin lewat, ramai dah balik. player berkurangan. game diteruskan.

Ikram dgn Nasir mula mara. rembatan dibuat byk kali.
goal tendangan Do dari jauh menembusi goal. terikat 7-7.
golden goal akhirnya disempurnakan oleh J-Jil setelah dribble melepasi keeper.
8-7. senior team menang.

yup. mmg senior team menang. walaupn aku digelar pembelot kerana menyertai team muda. weh. diorg bayar aku 10 juta dollar. tak kan nk tolak? hahaha.
tp aku respect bdk2 muda. walaupn rembatan tak laju tp ada semangat, ada teamwork,
pndai dribble, energetic. hope korang jadi perintis Gelugor FC nanti. ;)

hari yg memenatkan. balik cm nak terlentang je.
tp sape cakap main bola dgn bdk2 tak best? :P




next, Futsal tournament. will be against 12 teams.
Sunday. no Akif but Alif. haha.
go Gelugor FC. ;)

yours truly,

Sunday, May 9, 2010

EPL 2010 Winner - Chelsea

seperti tajuk di atas. aku agak korang dh blh tau entry ni psl apa kn?

9 Mei 2010. 10.50 mlm. kunci kereta dicapai. ambk keta trus ke kedai berdekatan - Kampungku. game nak start dah. final game dlm English Premier League 2010. semestinya perlawanan tumpuan pada malam itu - Chelsea VS Wigan Athletic.
dlm pukul 11 malam - kick off.

ditemani dua gelas air; teh ais dan teh o ais limau; maka bertapa la aku kat depan tv tu. ttbe Red dtg join sekali. dah lama tak jumpa Red. dia pn pegi matriks dah hari ni. Matrikulasi Penang. sama dgn Kamarul dan mgkn jgk Aznil. ramai la kawan2 aku yg dh further. huhu. takpe. all the best, guys.

pada malam itu, pengulas perlawanan tak rasmi semestinya aku dgn Akif. wahaha. sms je sepanjang game. mmg gempak habis la game nih. 1st half Chelsea lead 2 goals. muka Drogba bengang je sebab tak dpt ambk 1st penalti. gigit jari je beliau. haha.

Chelsea VS Wigan
8 - 0


1st goal - Anelka; 06'

2nd goal - Lampard; 32' (Penalti)

3rd goal - Kalou; 54'

4th goal - Anelka; 57'

5th goal - Drogba; 63'

6th goal - Drogba; 68' (Penalti)

7th goal - Drogba; 80'

8th goal - Ashley Cole; 90'

2nd half Chelsea tambah lg 6 gol. Drogba yg mulanya muka masam akhirnya bertukar manis. mana taknya; 3 gol berhabuk! terus jd hatrick. straight naik jd top scorer meninggalkan Rooney 3 gol di belakang. haha. nak tgk highlight? click here.

habis je game terus masuk sms drp Akif, Muzzammil dgn Naif Hanis.
dua org peminat Chelsea tegar kat KKJ.
dgn diorg la selalu berdebat dgn peminat club lain.
dgn diorg la selalu layan game Chelsea kt warung sebelah.
dgn diorg jgk la selalu share info psl game Chelsea.
antara lain muslimat KKJ yg minat Chelsea yg aku tau - Lia, Pia, Amalina.
terbaekk ah Chelsea! bak kata Muzzammil; tak sia-sia beli jersi. wahaha.
so sesape nk join ktorg, sila la tag di sini.

ini baru org ckp menang besar punyee. walaupn MU menang 4-0 tapi ttp tak mampu nak ubahkan kedudukan. takpe la. bukan rezeki MU thn ni. Rooney pn tak dpt top scorer. so kpd other team fans, aku tak nak comment pape. aku nak gelak blh? wahaha.

so here's the celebration. Chelsea - Winner of English Premier League 2010!


so next? FA Cup. ;)
go Blues!

yours truly,

Saturday, May 8, 2010

Happy Mother's Day



oleh kerana kakak, Taariq dgn acu perlu dptkn suntikan manganitis atau apa ke nama ntah,
so perlu ke klinik USM. mudah dan okey. haha.
so aku dan adik pegi la solat Jumaat kt USM.

yup. mcm yg Hafiz penah cite kat entry dalam blog dia.
mmg ada gerai2 Arab di kawasan masjid USM.
shawarma, nasi bukhari, nasi beriyani segala benda smua ada.
dan yg plg menarik adalah Barbican. cmne la malt tu blh sampai ke Malaysia. haha.
kalau tak silap aku gerai2 ni bukak setiap hari. tak caye korg cube la dtg.

nasi bukhari

roti taamiz

sdgku lihat barangan jualan mereka, aku tertarik dgn shawarma ayam. fuuh.
so mcm biasa. proses jual beli perlu dilaksanakan.
maka speaking la aku kat situ dgn mamat penjual.
dah biasa ckp Arab kat sana. so nak beli dgn org Arab pn aku redah la Arab gak.
mamat 2 blh buat double jerk kt aku. pastu gelak.
tak penah dgr org Melayu ckp Arab ke pe?
dah puas gelak pastu bru jawab soalan aku. ceh.

shawarma dgn nasi beriyani

Barbican dan mcm2 lg malt

beli shawarma dgn Barbican. oleh kerana belum lunch, so makan 2 je la.
then kakak datang dan teruskan program pada hari itu.
oh. rindu pulak makanan Jeddah. shawarma.
dulu boleh kata setiap malam makan tu. haha.

cakap pasal Jeddah. teringat pula ayahanda dan bonda di sana.
dah berapa minggu ntah aku balik Malaysia.
diorg masih lg kat perantauan. aku dah nak further.
ecece. mushy habis. takde la.

di sini aku mengambil kesempatan untuk mendendangkan
lagu tema susu Fernleaf yg pernah dipopularkan oleh allahyarham P Ramlee;
bertajuk Ibu; buat ummi tersayang yg berada jauh di Jeddah.

Selamat Hari Ibu
may Allah bless ;)

teringat suatu lagu dendangan Soutul Mujahideen masa MAKO 09.

Far East - Hanya Untukmu

Selembut tanganmu membelai diriku ini
Bersarang cintamu penuhi ruang hati
Walaupun sengsara bertemankan air mata

Sanggup berkorban demi anak tercinta
Mendidik mengasuh walau hidup sengsara
Buat anakmu menjadi insan berguna

Kuingin membalas jasamu selama ini
Ketentuan ini kuserah pada Ilahi
Doa buatmu ibunda semoga bahagia
Di dunia juga di Akhirat sana

c/o
Cintamu duhai ibunda
Oh tiada tandingannya
Bak lilin membakar diri
Menyinar hidupku ini
Duhai ibunda tercinta
Kau ratu kau penyeri
Menyuluh cahaya dikamar jiwa

Kasihmu ibu pengubat diriku
Sepenuh hatiku hanyalah untukmu


enjoy ;)

all the best utk mereka yg akan ke matriks.
study well, guys.

yours truly,

Wednesday, May 5, 2010

Happy Birthday, Akif!


bismillahirrahmanirrahim


Happy Birthday, Akif!
5 May 1992


dah genap 18 tahun rupanya kau. tak sangka dah besar. boleh kawen dh ni. haha.
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. semoga dipermudahkan urusan.
semoga mendapat jodoh yg terbaik. semoga mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
semoga sentiasa dalam rahmat Allah. insya Allah. ;)

Muhammad Akif Bin Zurkornain. sudah krg lebih 2 tahun 4 bulan kita berkawan.
aku igt lg first intro kat D104. haha. it has been 2 years we spent our time together.
2 years we got to know each other. form heart to heart. sekarang aku blh baca hg.
hg pun blh baca aku. haha. skema seh ayat aku. lantak.

yup. kat KISAS. sape tak kenal kitorg. berkepit ke hulu ke hilir je keja. takde dia takde la aku. boleh dikatakan aku dgn dia mesti spend time 24/7.
nama dah sama. birthday lbh krg. dia 0505. aku 0909. haha.
that's why they called us 'twins'. right, dude?

masa muda2. earphone in ears was a norm.

semestinya kau la partner yg setia.

partner di D104 dan B306
partner utk chat di kala kesunyian.
partner main volley sama2.
partner outing setiap minggu.
partner turun DM dan musolla.
partner bangun lmbat.
partner basuh baju kt washing machine.
partner panjat dan terjun bangunan.
partner dlm fan Chelsea
partner dlm KSL.
partner dalam mcm2 projek.
partner utk study dan stay up.
partner 'terbang' siang dan malam.
partner buat module bila demam.
partner bila hati tgh happy dan kelam.
partner utk cerita segala isi hati.
partner segala idea gila.

yup. we're partners in crime. ;)

masa remaja. ecece.

5 May 2008. sambut birthday dia ala kadar je. aku dgn Aiman Halid plan.
beli pizza dgn lasagne. makan kt D104 je. kami 4 org. siap letak lilin lg kat pizza.
after all mmg best la. 1st time ktorg roommates sambut birthday sorg nih. haha.

5 May 2008

5 May 2009. sambut birthday dia mcm biasa. kali ni dgn bdk2 LI. Aiman pun join jgk.
masa semestinya midnight. lokasi mmg secret habis. very risking. very dangerous.
tp party tu berjaya jugak. makan dlm senyap ditemani hembusan air-cond. haha. memories.

5 May 2009

too bad tahun ni tak leh sambut birthday hg. kita dipisahkan dua negeri.
cewah. cam jauh je Penang dgn Perak tu.
tapi takpe. nanti bila2 kita jumpa aku belanja hg okeh?
offer ni hanya utk hg je. tuntut jgn tak tuntut.


may Allah bless, dude. :)

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars